Thursday, March 27, 2014

Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS DG41)

Assalammualaikum dan selamat malam...


Peluh asyik keluar sahaja siang tadi walaupun sudah berada di bilik temuduga 1. Adakah disebabkan pemakaian blazer hitam ini, pendingin hawa yang tidak berfungsi atau sistem tubuh badan EH yang tidak stabil ek? Sehingga kini masih mencari jawapannya....Heheee 


3 orang calon UPSI, 2 orang calon UIAM dan seorang calon daripada UPM. Itulah calon-calon yang menduduki ujian temuduga PPPS DG41 untuk kumpulan 3 yang memasuki bilik temuduga bersama EH pada jam 9.40 pagi dan berakhir kurang 5 minit jam 11.00 pagi. Alhamdulillah Ya Allah....


Slip panggilan temuduga pada pagi tadi. Bohong kalau EH kata tidak gementar untuk bersua muka dengan panel temuduga. Itu normal!


Sesi temuduga yang sangat sempoi diskusinya. 2 orang panel temuduga iaitu seorang guru cemerlang bimbingan dan kaunseling serta Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) iaitu YBhg. Datuk Dr. Haili Bin Dolhan. Semoga urusan posting dipermudahkan dan dipercepatkan oleh-Nya. Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Bimbingan dan Kaunseling



EH : Seronok jumpa kawan baharu....

5 comments:

  1. gudluck EH!dan semoga sentiasa dipermudahkan segala urusan.. ^^,

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Dah dapat tempat posting bulan sepuluh tu kat bumi Mersing saudara Ahmad Fadzil.
      Syukur Alhamdulillah...

      Delete