Saturday, March 29, 2014

Oh Durian Crepe!

Assalammualaikum dan selamat petang...

Esok sudah mula naik sekolah? Itu bermakna cuti persekolahan penggal 1 sesi 2014 akan berakhir. Melakukan persediaan menghadapi hari esok sambil beristirehat di rumah.


Tak dapat makan si buah durian, makan durian crepe pun jadilah untuk penggemar buah durian. Berehat sambil mengunyah sesuatu di dalam mulut. Heheeee


Sekarang banyak kedai yang sudah menjual durian crepe ni. Mungkin yang membezakannya harga dan rasa durian crepe tersebut. Ada yang seimbang rasa durian dan krimnya, ada yang terlebih krim ataupun terkurang isi duriannya. Betul tak? Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Releksasi Minda...



EH : Durian Crepe memang sedap!

Keseronokan Berada Di Country Garden, Danga Bay JB...

Assalammualaikum dan selamat hari sabtu....



 Daya tarikan baharu di Bandaraya Johor Bahru, Country Garden Danga Bay. Pemandangan pada malam dipenuhi dengan cahaya yang berwarna-warni di dalamnya. Pernah ke sini?


Malam semalam, meronda-ronda sambil menghirup udara nyaman singgah sekejap di taman Country Garden. Taman tema yang menjadi tumpuan para pelancong apabila berada di negeri Johor Darul Takzim. EH sekadar meronda di kawasan tersebut melihat agak ramai pengunjung merasai keseronokan serta mengabadikan foto di sana walaupun jam hampir menunjukkan pada angka 11.00 malam. Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Ekspresi Interaksi...



EH : 5-Star Living For You...






Thursday, March 27, 2014

Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS DG41)

Assalammualaikum dan selamat malam...


Peluh asyik keluar sahaja siang tadi walaupun sudah berada di bilik temuduga 1. Adakah disebabkan pemakaian blazer hitam ini, pendingin hawa yang tidak berfungsi atau sistem tubuh badan EH yang tidak stabil ek? Sehingga kini masih mencari jawapannya....Heheee 


3 orang calon UPSI, 2 orang calon UIAM dan seorang calon daripada UPM. Itulah calon-calon yang menduduki ujian temuduga PPPS DG41 untuk kumpulan 3 yang memasuki bilik temuduga bersama EH pada jam 9.40 pagi dan berakhir kurang 5 minit jam 11.00 pagi. Alhamdulillah Ya Allah....


Slip panggilan temuduga pada pagi tadi. Bohong kalau EH kata tidak gementar untuk bersua muka dengan panel temuduga. Itu normal!


Sesi temuduga yang sangat sempoi diskusinya. 2 orang panel temuduga iaitu seorang guru cemerlang bimbingan dan kaunseling serta Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) iaitu YBhg. Datuk Dr. Haili Bin Dolhan. Semoga urusan posting dipermudahkan dan dipercepatkan oleh-Nya. Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Bimbingan dan Kaunseling



EH : Seronok jumpa kawan baharu....

Tuesday, March 25, 2014

Bila Tiba Nyanyian Kumpulan Ungu...

Assalammualaikum dan selamat pagi...

Peringatan untuk diri EH, Mati itu pasti. Semua orang akan merasainya juga...


Semalam balik dari Pulai Indah, radia Hot FM ada memutarkan lagu Kumpulan Ungu iaitu Bila Tiba. Liriknya yang sungguh bermakna pada diri EH. Jom hayati lagu tersebut!


Apa yang anda rasakan setelah mendengar lagu " Bila Tiba, Ungu" ini ek?


Ajal, maut, jodoh, pertemuan semua telah direncanakan oleh-Nya. Sentiasa mengingati Yang Maha Esa. Dialah Yang Maha Mengetahui segalanya. Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Terapi Entertaiment



EH : Salam takziah mangsa MH370...