Tuesday, February 4, 2014

Singgah Sebentar di Pantai Peranginan Teluk Kemang, Port Dickson...

Assalammualaikum dan selamat hari Selasa...


Anda pernah pergi ke sini tak? Pantai Peranginan Teluk Kemang, Port Dickson...


Ada yang masih lagi bercuti hari ni? Semalam selepas hantar adik EH yang bongsu balik ke Kem PLKN Warisan Masjid Tanah, Melaka sempat singgah sebentar di Negeri Sembilan. Sahaja berjalan di tempat orang melihat keindahan waktu petang di Port Dickson...


Pemandangan matahari terbenam di pantai. Subhanallah cantiknya...




Desiran ombak sentiasa kelihatan walaupun hari mulai senja. Butiran pasir yang halus umpama memijak tepung gandum yang lembut dan melekat di celah jejari kaki.



Menikmati angin yang sepoi-sepoi bahasa sambil berjalan di tepi pantai. Ramai juga orang yang pergi ke sini semalam.


Tak lama berada di sana sebelum bertolak ke JB. Kebetulan masih lagi dalam mood cuti CNY, perjalanan pergi dalam balik semalam kenderaan bergerak perlahan di lebuh raya PLUS. Ada juga berlaku kemalangan kenderaan. Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Ekspresi Interaksi



EH: Jauh perjalanan luas pemandangan....

2 comments:

  1. subhanallah!mmg cantik sgt...masih mood2 cuti ke EH?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ni cikgu2 dah mula pergi ke sekolah Cik Niesa...Heheee

      Delete