Monday, September 30, 2013

Hari Konvokesyen Saya Tanpa Arwah Abah...

Assalammualaikum dan selamat petang...


 Sebelum menghembuskan nafas terakhir, arwah abah ada menyatakan nak ikut ke Tanjung Malim untuk konvokesyen EH. Gambar selepas mengambil scroll ijazah tanpa emak dan abah tercinta.


Berita sedih untuk EH sekeluarga sehari sebelum EH bergraduasi adalah abah meninggalkan dunia ini kerana dek perbuatan orang. Puas kami berikhtiar untuk mengeluarkan benda yang menempel di badan arwah. Namun Allah lebih menyayangi arwah dan memanggilnya pada hari rabu, 11 Sept 2013.


EH berhasrat untuk tidak pergi ke majlis bersejarah sesi pagi ini. Namun difikirkan semula, yang pergi tetap pergi dan yang bernyawa harus meneruskan kehidupan ini. Selepas tahlil malam pertama, EH bertolak ke Tanjung Malim bersama abang dan adik EH menaiki kereta dengan memandu secara perlahan-lahan. Syukur, sampai di Tanjung Malim pada subuh 12 Sept 2013....


 Bergambar bersama sepupu di Pesta Konvo yang telah bergraduasi di UPSI pada hari selasa lalu. Niat EH pergi ke Tanjung Malim pada hari khamis tersebut adalah untuk mengambil scroll di atas pentas dan menyelesaikan semua urusan di UPSI. EH sangat rushing pada hari tersebut untuk pulang ke JB semula bagi tahlil malam kedua. Tak sempat bergambar dengan coursemate!


Hadiah Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling ini khususnya untuk arwah abah.Empat tahun bertungkus-lumus menamatkan pengajian dan ingin pergi ke konvokesyen bersama arwah abah tidak kesampaian. Ya Allah!


Siapa yang tidak sedih bila kematian ahli keluarga? Lebih-lebih lagi persiapan untuk konvokesyen EH telah dibuat awal-awal lagi seperti penginapan dan sebagainya. EH redha dengan ketentuan Yang Maha Esa... Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Bimbingan dan Kaunseling


EH : Al-Fatihah untuk arwah abah...







2 comments:

  1. tahniah ye EH..
    ~semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman...

    ReplyDelete