Assalammualaikum dan selamat hari khamis...
Seronok bila idea datang, macam-macam boleh buat macam gambar di atas sewaktu pergi menyaksikan Gema Zafana di Istana Budaya bersama rakan-rakan di kolej EH. Agak-agak idea siapa yang suruh bergambar sebegitu ek?
Anda mesti pernah mengalami keadaan kekeringan idea atau idea yang dicari tak datang-datang. Begitulah situasi yang berlaku pada EH semasa mencari ilham dan sumber dalam tajuk tesis EH. Membuat kerja sambil mendengar radio Sinar FM online pada pagi hari lalu menikmati muzik lagu ini. Lagu apakah?
Janganlah idea yang dicari terpendam begitu sahaja. Akhirnya lagu ini mengurangkan ketegangan dalam mencari idea bagi menunjukkan draf kepada penyelia tesis iaitu lagu Kupendam Rindu nyanyian artis Bob Rezal. Tak salah sekali-sekala mendengar lagu 70-an. Setuju?
Kita perlu berada dalam keadaan yang tenang untuk mencari ilham walaupun masa begitu suntuk untuk mempersembahkan hasil kerja kita. Mendengar muzik salah satu cara mengekspresi minda Ok semua, sekian dan sayonara!
Segmen Terapi Entertaiment
EH : Macam-macam yang difikirkan sebelum kerja siap!
No comments:
Post a Comment