Wednesday, June 19, 2013

Kisah Seram Misteri Jam 12 (MJ12)

Assalammualaikum dan selamat pagi...

Jika ada kesempatan dan mata tidak terlelap lagi, EH suka mendengar radio dari Singapura untuk mendengar Kisah Misteri Jam 12 (MJ12) bertemankan DJ KC. Semestinya Radio Ria. Anda pernah dengar rancangan MJ12?


Kisah seram Misteri Jam 12 bertemankan DJ KC. Anda juga boleh membaca kisah-kisah menarik di blog MJ12. Sumber : kisahmj12.blogspot.com


Jika di U pun sama. Sambil membuat tugasan, sambil melayan kisah-kisah misteri yang boleh meremang bulu roma. Yang paling EH suka apabila kisah-kisah tersebut berlaku di sekitar Johor Bahru. Secara tak langsung, dapat mengetahui tempat-tempat yang dipanggil "ANGKER". Ok semua, sekian dan sayonara!


Untuk mendengar, klik :
Radio Ria Online


 Segmen Terapi Entertaiment


EH : Selamat mendengar MJ12!

Rabu Tanpa Bicara : Bisikan Hati


Friday, June 14, 2013

Pergi Ke Pelabuhan Johor, Pasir Gudang

Assalammualaikum dan selamat petang...

 Pas masuk ke Johor Port sah untuk sehari sahaja. Pas ini ditunjukkan kepada pengawal keselamatan. Sebanyak 2 check point dilalui untuk sampai ke Wisma Kontena.


Hi! Semalam EH pertama kali masuk ke Pelabuhan Johor, Pasir Gudang kerana menemankan adik yang mempunyai urusan di sana. Cuaca dan suhu di sana agak tinggi. Pelabuhan Johor berdekatan dengan laut dan kawasan perindustrian bahan kimia Titan. Ohhh... sebab tu terasa hangat je walaupun menggunakan baju berwarna merah bukan black colour. Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Ekspresi Interaksi...



EH : Menunggu sambil membaca surat khabar...

Westlife Feat Amr Diab, My Love

Assalammualaikum dan selamat hari jumaat...

Nak memperkasakan tulisan jawi. Boleh baca tak mesej yang EH tulis kat atas ni? Walaupun terputus tali kasut di persimpangan, bersyukur kerana masih mampu meneruskan perjuangan ini...


Bersyukur masih dapat meneruskan kehidupan pada hari penghulu hari ini. Alhamdulillah! Asam garam kehidupan bila berhadapan dengan dugaan dan cabaran. Cuba teka, lagu apa yang EH nak kongsikan bersama anda ek? 

 
Lagu nyanyian kumpulan Westlife feat Amr Diab bertajuk My Love. Amr Diab merupakan penyanyi lagu pop arab yang berasal dari Mesir. Pernah dengar kolobrasi lagu english dengan arab? Cuba dengar lagu kesukaan EH ini sejak menggunakan handphone Nokia daun dulu...Heheeee.


Lumrah kehidupan manusia yang mempunyai perasaan cinta dan dicintai. Cinta kepada-Nya lebih utama daripada yang lain. Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Terapi Entertaiment...


EH : Berfikir sejenak, cinta sabun mandi?   




Thursday, June 13, 2013

Bob Rezal, Lagu Kupendam Rindu

Assalammualaikum dan selamat hari khamis...

Seronok bila idea datang, macam-macam boleh buat macam gambar di atas sewaktu pergi menyaksikan Gema Zafana di Istana Budaya bersama rakan-rakan di kolej EH. Agak-agak idea siapa yang suruh bergambar sebegitu ek?

Anda mesti pernah mengalami keadaan kekeringan idea atau idea yang dicari tak datang-datang. Begitulah situasi yang berlaku pada EH semasa mencari ilham dan sumber dalam tajuk tesis EH. Membuat kerja sambil mendengar radio Sinar FM online pada pagi hari lalu menikmati muzik lagu ini. Lagu apakah?


Janganlah idea yang dicari terpendam begitu sahaja. Akhirnya lagu ini mengurangkan ketegangan dalam mencari idea bagi menunjukkan draf kepada penyelia tesis iaitu lagu Kupendam Rindu nyanyian artis Bob Rezal. Tak salah sekali-sekala mendengar lagu 70-an. Setuju?


Kita perlu berada dalam keadaan yang tenang untuk mencari ilham walaupun masa begitu suntuk untuk mempersembahkan hasil kerja kita. Mendengar muzik salah satu cara mengekspresi minda  Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Terapi Entertaiment


EH : Macam-macam yang difikirkan sebelum kerja siap!

Praktis Sesi Kaunseling Individu

Assalammualaikum dan selamat pagi...

 Mula-mula EH berfikir, sesi kaunseling seperti kerjaya wartawan Melodi yang hanya menyoal dan menanya sahaja. Ternyata tanggapan EH salah! Kenapa ye?


Begitulah tanggapan EH masa mula-mula hendak mempraktis sesi kaunseling individu bersama rakan EH. Seharusnya EH perlu berada dalam ruang rujuk klien supaya klien benar-benar percaya dan menghargai sesi yang dijalankan bersama. Kini, EH setuju pendapat Carls Rogers dalam Teori Pemusatan Perorangan bahawa 3 elemen penting dalam sesi kaunseling adalah perasaan empati, ketulenan dan penerimaan tanpa syarat. Ok semua, sekian dan sayonara!


 Segmen Bimbingan dan Kaunseling.


EH : Belajar dari kesilapan...

Tuesday, June 11, 2013

Taubat Seorang Hamba Oleh Kumpulan Irsyadee Feat Hafiz Hamidun

Assalammualaikum dan selamat malam...

En Taqiuddin (berbaju melayu) menjadi instraktor bagi kumpulan EH dalam makmal Kelompok Berstruktur (KKG 2023) semasa semester 3. Selamat menamatkan pengajian dalam peringkat PHD En. Taqi!


Anda ada kenangan ketika belajar? Kenangan yang tak boleh EH lupakan semasa semester 3 adalah mengikuti subjek Psikologi Abnormal (KKD 2043). Subjek tersebut begitu mencabar kerana EH mempelajari punca mengapa manusia itu menjadi abnormal. Mencabar tetapi seronok!

Lagu yang menjadikan manusia itu sentiasa memuhasabah diri. Lagu, " Taubat Seorang Hamba" nyanyian Kumpulan Irsyadee Feat Hafiz Hamidun. Pernah dengar lagu ini?


Bagi menyiapkan tugasan individu Cik Amelia Bte Mohd Noor (penyelia praktikum EH) ini, EH telah mengkaji punca selebriti luar negara Clara Bow menjadi abnormal iaitu skizophrenia. Lagu inilah yang menjadi peneman dan inspirasi untuk menyiapkan tugasan itu. Ok semua, sekian dan sayonara!


 Segmen Terapi Entertaiment.


EH : Lagu & kenangan... 

Thursday, June 6, 2013

Salam Isra' Dan Mikraj 1434H

Assalammualaikum dan selamat pagi...

Peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy.



Selamat berpuasa bagi yang menunaikan ibadat sunat pada hari ini dan dapat memperbanyakkan amalan untuk bekalan di sana. Tidak lupa juga EH ingin mengucapkan, "Salam Isra' dan Mikraj 1434H!". Semoga sirah Rasulullah sentiasa diingati dan amalan sunah baginda diikuti untuk keberkatan hidup di dunia serta akhirat nanti. Ok semua, sekian dan sayonara!



 Segmen : Releksasi Minda


EH : Arah kiblat bertukar ke Makkah selepas peristiwa ini.