Sunday, April 14, 2013

Karnival Pengajian Tinggi Negara 2013 Di Persada, Johor

Assalammualaikum dan selamat hari minggu...

EH dan kaunselor sekolah, Kak Lin menjadi guru pengiring membawa para pelajar ke karnival tersebut. Seronok!

Tahun lepas semasa praktikal, membawa para pelajar SMK Batu Sepuluh Lekir pergi ke Kuala Kangsar manakala pada tahun ini EH membawa para pelajar tingkatan 5 pergi ke Karnival Pengajian Tinggi Negara 2013 di Persada, Johor pula. Bagaimana cerita karinival di sana? Teruskan membaca blog EH...

EH menaiki bas yang disewa oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) Sekolah untuk pergi ke karnival ini. Rata-rata sekolah di negeri Johor menghantar penyertaan untuk memberi maklumat berguna kepada para pelajar selepas tamat peperiksaaan SPM dan STPM nanti. Sekolah di daerah Kluang pun ada di sana. 

Penyertaan pada hari pertama semalam amat menggalakkan. Di perkarangan pintu masuk dan ruang karnival sesak dengan kehadiran para pengunjung. Sukar untuk bergerak.

Pengunjung turut dihiburkan dengan penyampai radio Johor FM. Cikgu disuruh menyanyi?

Ada perbezaan pergi karnival ini di Kuala Kangsar dengan negeri kelahiran EH.

Diharap karnival sebegini dapat memberi ilmu pengetahuan kepada para pelajar tentang ilmu sepanjang hayat. Walaupun satu pintu di hadapan sana sudah tertutup, satu pintu lagi masih tetap terbuka. Jangan cepat berputus asa. Teruskan berusaha sehingga berjaya. Ok semua, sekian dan sayonara!

 Segmen bimbingan dan kaunseling di hari minggu...


EH : Semalam ada juga Karnival Akademik di sekolah...





1 comment: