Tuesday, April 30, 2013

Fenomena Gwiyomi...

Assalammualaikum dan selamat petang...

Pelajar di sekolah asyik menyebutkan perkataan dan menyanyikan lagu Gwiyomi? Rata-rata mahu menunjukkan wajah yang paling cute atau comel kepada EH.

 Lagu Gwiyomi yang membawa maksud "Lagu Si Comel"..
 
Ternyata Gwiyomi seakan menjadi fenomena pada masa kini apabila ramai yang memuat turun video parody di alam maya. Mari kita saksikan video Gwiyomi. Ayuh!


Salah satu video parody Gwiyomi di Malaysia...


EH sukakan yang ini. Anda bagaimana?


Dengan adanya fenomena Gwiyomi, kita boleh membuat inovasi dengan membuat energizer di dalam kelas untuk para pelajar. Agak-agaknya, siapa yang lebih comel ek? Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen dihujung bulan April ni....


EH : Cikgu disuruh buat Gwiyomi???

Wednesday, April 24, 2013

Rabu Tanpa Bicara : Merampas Seluruh Waktu...


Sunday, April 14, 2013

Karnival Pengajian Tinggi Negara 2013 Di Persada, Johor

Assalammualaikum dan selamat hari minggu...

EH dan kaunselor sekolah, Kak Lin menjadi guru pengiring membawa para pelajar ke karnival tersebut. Seronok!

Tahun lepas semasa praktikal, membawa para pelajar SMK Batu Sepuluh Lekir pergi ke Kuala Kangsar manakala pada tahun ini EH membawa para pelajar tingkatan 5 pergi ke Karnival Pengajian Tinggi Negara 2013 di Persada, Johor pula. Bagaimana cerita karinival di sana? Teruskan membaca blog EH...

EH menaiki bas yang disewa oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) Sekolah untuk pergi ke karnival ini. Rata-rata sekolah di negeri Johor menghantar penyertaan untuk memberi maklumat berguna kepada para pelajar selepas tamat peperiksaaan SPM dan STPM nanti. Sekolah di daerah Kluang pun ada di sana. 

Penyertaan pada hari pertama semalam amat menggalakkan. Di perkarangan pintu masuk dan ruang karnival sesak dengan kehadiran para pengunjung. Sukar untuk bergerak.

Pengunjung turut dihiburkan dengan penyampai radio Johor FM. Cikgu disuruh menyanyi?

Ada perbezaan pergi karnival ini di Kuala Kangsar dengan negeri kelahiran EH.

Diharap karnival sebegini dapat memberi ilmu pengetahuan kepada para pelajar tentang ilmu sepanjang hayat. Walaupun satu pintu di hadapan sana sudah tertutup, satu pintu lagi masih tetap terbuka. Jangan cepat berputus asa. Teruskan berusaha sehingga berjaya. Ok semua, sekian dan sayonara!

 Segmen bimbingan dan kaunseling di hari minggu...


EH : Semalam ada juga Karnival Akademik di sekolah...





Penangan Lagu Sayang Oleh Shae...

Assalammualaikum dan selamat pagi...

Kemana EH pergi mesti dengar lagu Sayang oleh Shae walaupun EH dah tamat pengajian di UPSI. Kalau buat kerja pengurusan dan pentadbiran di pejabat sekolah untuk Program E-Kehadiran pun tetap dengar lagu ni waktu pagi. Dalam kereta masih dengar lagu ni diputarkan dicorong radio.

 
Kawan-kawan satu rumah masa EH sem akhir pun minat lagu ni. Tak pelik kan?

Mungkinkah lagu Shae ini telah diasimilasikan di telinga pendengar rakyat Malaysia? Mungkin juga penangan video parody pelawak Johan semasa ABP 2012 dan Bobobo Melaka artis youtube tu? Mari sama-sama kita layan lagu Sayang ini. Ayuh!

 Lagu Sayang yang kerap kedengaran ketika ini nyanyian artis dari Indonesia iaitu Shae...

Apa pendapat anda tentang lagu ni? Pada EH, lagu ni sangat santai. Irama, lirik dan alunan muziknya mudah diterima pendengar. Ok semua, sekian dan sayonara! 


 Dunia muzik dalam segmen Terapi Entertaiment...



EH : Ada lagi lagu yang bertemakan ayat sayang? 

 

Sunday, April 7, 2013

Hadiah Semasa Berpraktikum!

Assalammualaikum dan selamat pagi...

Kemas bilik dan baharu sahaja buka hadiah yang EH dapat semasa berpraktikum tahun lepas. Hadiah apa ek?


Antara hadiah semasa berpraktikum. Disebabkan berpraktikum masa Hari Guru, ada juga pelajar & para guru SMKBS yang bagi hadiah. Terima kasih!

Set cawan untuk lebaran nanti. Hadiah ni dapat sebelum EH berucap ketika majlis perpisahan di kantin sekolah...

Hadiah yang EH takkan lupakan sampai bila-bila. Hadiah daripada Cikgu Shamsul Hisham, guru pembimbing semasa berinternship kaunseling. Sifu dalam dunia kaunseling. Heheeee

Pastinya semua orang akan rasa gembira bila dihargai walaupun tidak diminta begitu. Macam Teori Heararki Maslow. Suka bila Cikgu Pembimbing pun suka dengan hadiah yang EH dan partner EH bagi kat UBK SMKBS. Ok semua, sekian dan sayonara!


EH : Rasa sayang nak buka hadiah masa praktikum...