Friday, March 1, 2013

Guru Ganti Di SK Taman Permas Jaya 2, Pasir Gudang...

Assalammualaikum dan selamat malam...

Syukur masih diberikan kesempatan oleh-Nya untuk meneruskan kehidupan ini.  Bagi mengisi masa terluang, EH telah mencuba nasib untuk menjadi guru ganti di SK Taman Permas Jaya 2, Pasir Gudang. Suasana mengajar di sekolah rendah sangat berbeza. Fuhh!

Sekolah ni bersebelahan dengan SMK Taman Permas Jaya 1. Waktu pergi sekolah pada waktu pagi laluan untuk ke pintu masuk agak sesak. Harus merancang pengurusan masa!

Pada pagi tadi telah diadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Selain persembahan nasyid, turut dihiburkan dengan alunan pukulan kompang kumpulan kompang sekolah. Semua guru mengenakan tema biru atas permintaan Panitia Pendidikan Islam.

Pelajar tahap 1 & 2 dikumpulkan di dalam dewan sebelum aktiviti perarakan di kawasan taman berkenaan dijalankan. Antara wajah-wajah murid tahun 1Gemilang yang dijar oleh EH. Bermacam ragam mereka ni..

EH cuba mengaplikasikan ilmu dan kemahiran kaunseling yang telah dipelajari di dalam kuliah semasa aktiviti pedagogi dijalankan bersama murid-murid sekolah ni. Gambar di bawah ni merupakan jadual mengajar EH yang diberikan oleh PK Pentadbiran. Ok semua, sekian dan sayonara!

Seronok juga mengajar Pendidikan Moral murid tahun 1.


EH : Setting sekolah...

5 comments:

  1. And I am your 141 ;);) hahaha

    ReplyDelete
  2. ada kekosongan guru sandaran lagi tak kat sekolah nih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal guru ganti boleh mohon kt E-KGSK atau pergi ke PPD yg berhampiran & tanya. Apa2 pegawai PPD akan bgtau. Selamat mencuba kawan!

      *maaf lambat reply Anonymous...

      Delete