Sunday, March 31, 2013

Jom Heboh 2013 Di Plaza Angsana, Johor...

Assalammualaikum dan selamat berhujung minggu...

 Berkesempatan pergi Jom Heboh di Angsana. Meriah!

Semalam dan hari ini EH pergi ke Jom Heboh di Plaza Angsana. Disebabkan ada urusan tertentu, dapat juga EH merasa sendiri kemeriahan Karnival Jom Heboh itu. Nak tahu bagaimana kemeriahannya? Saksikan gambar-gambar di bawah ini. Jom!

Ramai pengunjung datang ke karnival ini...

Pelbagai promosi yang ditawarkan kepada pengunjung walaupun cuaca panas terik...

Setelah penat berjalan anda boleh mencuba Air Oligogo Coco Sejuk secara percuma di gerai Power Root. Segarnya tekak!

Cuaca panas ataupun hujan tak perlu risau. Payung ada dijual untuk pengunjung Karnival Jom Heboh..

Anda boleh bergambar bersama artis seperti pelakon MIG Production ni...

Pelakon watak Adib dalam Slot Aksi TV3 Karlos ada di gerai Cereka...

Wartawan Melodi berada di tapak lokasi sebelum rancangan Melodi disiarkan secara langsung jam 12.30 tengah hari tadi...

Buah-buahan tempatan digubah secara kreatif di gerai Selera...

 Chef Zaidah dalam Jom Masak membuat roti. Ada bersama Tam Cili Padi...

 Jauh meletakkan kenderaan. Berjalan dan memecahkan lebihan lemak... Heheheee

RM5.00 Per Entry. Parking Sambil Menderma. Jika susah untuk mencari tempat meletak kenderaan, Kawasan Perumahan Pangsa berhampiran Plaza Angsana boleh memberi perkhidmatan kepada pengunjung Karnival Jom Heboh...

 
 Jalan agak sesak namun Polik Trafik menjaga aliran lalu lintas...

Jika jalan untuk pergi ke Plaza Angsana sesak, diharapkan dapat menggunakan jalan alternatif agar memberi keselesaan untuk menikmati cuti hujung minggu anda pada hari ini. Ok semua, sekian dan sayonara!

 Segmen Ekspresi Interaksi...



EH : Esok dah naik sekolah...

Lagu Hangat ST12 - Putih-Putih Melati

Assalammualaikum dan selamat petang...

Setelah Charley keluar daripada Band ST12, kini Pepet menjadi vokalis utamanya pula...


Pepet mendapat ilham mencipta lagu ini daripada nyanyian anak lelakinya di rumah. Lagu rakyat ini telah dimurnikan semula dan mendapat sambutan yang hangat oleh pendengar di luar sana. Percayakah anda?

EH baru pulang dari Mydin di Bandar Baru Uda tadi...


Semasa pulang dari Jom Heboh tadi, EH singgah sebentar di Mydin untuk membeli sedikit barang. Semasa berada di Mydin lagu ST12, Putih-Putih Melati telah diputarkan. Apakah yang terjadi agak-agaknya ek? Kanak-kanak kecil terhibur dengan lagu tersebut dan menyanyikan lagu yang hangat itu. Jom kita layan lagu ST12 itu!


Lagu ST12 yang kerap dimainkan di corong-corong radio, Putih-Putih Melati...


Ternyata muzik tidak membataskan pada sesuatu usia. Mungkin selepas ini lebih banyak lagu-lagu rakyat yang akan diperbaharui dengan pelbagai genre. Ok semua, sekian dan sayonara!


Muzik dalam segmen Terapi Entertainment...



EH : Terhibur dengan keadaan yang menghiburkan...

Friday, March 29, 2013

Nikmati Cuti Sekolah Di Pantai Air Papan, Mersing

Assalammualaikum dan selamat pagi...


Destinasi pilihan di musim cuti sekolah...


Awal pagi lagi persiapan untuk pergi berkelah ke Pantai Air Papan, Mersing sudah dilakukan. Pada hari rabu yang lepas, EH sekeluarga menikmati cuti sekolah di pantai yang mendamaikan dengan desiran ombaknya.

 Segmen pada pagi jumaat yang sungguh barakah...


Bagaimana anda menikmati masa cuti sekolah? Jom kita lihat keindahan Pantai di Mersing itu. Ayuh!



Membentangkan tikar mengkuang di bawah pokok yang rendang untuk beristirehat...


Ada berapa banyak pokok kelapa dalam gambar ni?


 Indah menikmati alam semulajadi ciptaan Tuhan. Tenang!


Cuaca yang baik. Syukur Alhamdulillah...


Anda boleh menginap di chalet yang disediakan...


Setelah puas bermain air di pantai, anda boleh membilas badan dengan air bersih. Bayaran dikenakan untuk mandi sebanyak RM1.50. Jika anda hendak membuang air kecil atau air besar harganya RM0.50 sahaja.


Mengabadikan gambar sebelum balik semula ke JB...


Ada 2 lagi aktiviti yang dilakukan EH sekeluarga sebelum pulang ke rumah. Apakah aktiviti itu? Teruskan membaca...


 Singgah sebentar untuk membeli keropok lekor, keropok kering, ikan kering, belacan dan snek untuk di bawa pulang.


Selepas itu, destinasi seterusnya berhenti di Bandar Mersing. Ada persamaan dengan Bandaraya JB tak ek?


Membasahkan tekak yang dahaga di Medan Selera Bandar Mersing...


Medan selera tersebut bersebelahan dengan pantai. Nyaman dipukul oleh lambaian bayu. Di sini juga anda boleh membeli tiket feri untuk pergi ke Pulau Tioman. Akan cuba!


Walaupun penat dan letih namun aktiviti berkelah di Air Papan sangat menyeronokkan. EH sampai ke rumah lebih kurang jam 5.30 petang. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Setiap gambar ada moments tersendiri.. Heheeee
  


 
















Thursday, March 28, 2013

Asyiknya Bermain Bowling Di Today's Ulu Tiram Mall...

Assalammualaikum dan selamat petang...

 Di sinilah tempat EH bermain bowling tadi. Cubalah...

Baru pertama kali EH menjejakkan kaki ke Tiram Mall tengah hari tadi. Kebiasaannya hanya lalu sahaja dan tak pernah masuk pun. Disebabkan nak bermain bowling, EH ke sana untuk bersuka ria di musim cuti sekolah ni. Anda pernah ke sana ke ek?

 Manfaatkan kupon percuma bermain bowling di Tiram Bowl. Main 1 permainan percuma 1 permainan. Anda juga dapat 2 pasang kasut bowling dengan menunjukkan kupon ini. Asyik!


Menyusun strategi untuk menjatuhkan kesemua pin bowling. Berapa jumlah markah yang EH dapat? Cuba teka...


Kami berempat cuba mendapatkan takhta juara dalam permainan tersebut. Keluar juga keringat EH!


Pada EH, harga yang ditawarkan berpatutan. Bagaimana pendapat anda pula?


Selain di sini, anda boleh menunjukkan skills bermain bowling di Daiman Bowling Johor Jaya atau di Pelangi Leasure Mall jika datang ke JB. Kepada yang tak pernah mencuba bermain bowling, tengok orang bermain bowling pun dah rasa seronok daripada hidup bermuram duka. Ok semua, sekian dan sayonara!


 Segmen pada cuti sekolah ni...


EH : Bola bowling masuk ke longkang?



Tuesday, March 26, 2013

Tegar Si Pengamen Cilik.

Assalammualaikun dan selamat malam...

Tegar si pengamen cilik dari Kota Subang adalah gelaran yang diberikan sebelum menjadi artis. Namun bakat semulajadi yang ada padanya kini menjadikan artis cilik ini dikenali di Indonesia. Mari kita layan lagu Tegar. Ayuh!


 Lagu, "Aku Yang Dulu Bukanlah Sekarang" merupakan kisah kehidupan sebenar sebelum bergelar artis. Pernah dengar lagu Tegar ni tak?


Setiap orang pasti suka jika situasi bulan jatuh ke riba. Tetapi tidak semua yang diimpikan menjadi kenyataan dengan begitu mudah. Percayalah, setiap usaha pasti akan diberikan jalan oleh-Nya untuk meraih kejayaan. Ok semua, sekian dan sayonara!


 Kehidupan ini ibarat sebuah perjalanan yang bersimpang-siur. Janganlah mengeluh untuk melepasi perjalanan yang mencabar itu.
Cc to : www.iluvislam.com
 



EH : Sumber motivasi... 



Tahniah Kepada Calon SPM 2012!

Assalammualaikum dan selamat malam,

Bagaimana keputusan SPM anda? Maaf kalau EH lambat memberi ucapan kepada calon-calon SPM 2012. Semoga keputusan tersebut menjadi titik permulaan untuk mencapai cita-cita yang diingini. Tahniah!

Setiap usaha pasti ada hasilnya..


 Pada tahun lepas, EH dan rakan internship kaunseling EH mengadakan Minggu Kerjaya semasa keputusan SPM diumumkan. Pada hari tersebut diadakan sesi konsultasi bersama calon-calon SPM yang mengambil keputusan itu iaitu halatuju selepas SPM...



 Rakan EH, Cikgu Adib memberi penerangan kepada pelajar SMKBS di perpustakaan. Bimbingan individu & bimbingan kelompok. Di sekolah anda ada tak?


Kepada mereka yang mendapat keputusan SPM tidak seperti yang diharapkan janganlah berputus asa dan bersedih hati. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Teruskan perjuangan suci untuk terus menuntut ilmu daripada pengalaman semalam. Ok semua, sekian dan sayonara!


 Cc to : I Luv Islam. Com



EH : Bagaimana keputusan calon-calon SPM 2012 dari SMKBS? 



 



Monday, March 11, 2013

Dapat Cek Daripada Pihak Nuffnang!

Assalammualaikum dan selamat petang...

Hi!Bagaimana hari isnin anda? Hari ni EH dapat cek daripada pihak Nuffnang setelah cashout jumlah akaun EH masa bulan satu yang lalu. Yuhuuu, seronoknya!

Pihak Nuffnang menolak RM1 sebagai charge perkhidmatan mereka setelah EH cashout akaun yang ada. Syukur Alhamdulillah cek bernilai RM99.55 telah sampai di tangan EH. Nak buat apa dengan duit daripada pihak Nuffnang ni ek? Cuba bagi idea...Heheee

Warkah berirama daripada pihak Nuffnang.Terima Kasih!

Selepas ni nak pergi bertemu janji dengan mesin ATM untuk mencairkan cek ni. Tidak sia-sia meluangkan masa yang ada dengan menulis entri dalam blog dan akhirnya mendapat ganjaran daripada pihak Nuffnang. Sekali lagi, terima kasih semua! Ok, sekian dan sayonara! 

Menarik untuk dibaca klik :


Segmen untuk anda pada hari ini...


EH : Rezeki...




Sunday, March 10, 2013

Hadiah Untuk Noorlin Bt Md Daseh...

Assalammualaikum dan selamat hari minggu...

Tahniah! Noorlin Bt Md Daseh atau Olin sudah memasuki alam baharu apabila sah bergelar isteri kepada pasangannya. Olin ni merupakan rakan EH sejak dari zaman budak-budak lagi. Masa main kecik-kecik dulu pasti ada muka dia sebab rumah kami dekat.


 Nampak tak juntaian riben berwarna pink kat hadiah pengantin di atas? Ilmu membuat riben tersebut diajar oleh guru pembimbing EH semasa berinternship di SMK Batu Sepuluh Lekir, Sitiawan. 
Terima Kasih Cikgu Shamsul Hisham!

Selamat pengantin baharu diucapkan kepada Noorlin dan Aqasha. Semoga berbahagia hingga ke taman firdausi dan mendapat cahaya mata yang soleh serta solehah. Nak bersiap-siap ke rumah pengantin. Ok semua, sekian dan sayonara!

Lagu khas untuk pengantin baharu yang bersanding pada hari ini.


EH : Meriah suasana rewang!

Terima Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M)

Assalammualaikum dan selamat pagi...


 
 Cuba kira berapa keping baucar yang EH dapat ek?


Syukur, tak perlu pergi Tanjung Malim ambil Baucar Buku 1 Malaysia. Pagi tadi EH dah ambil baucar buku tersebut di Kolej Islam YPJ berhampiran dengan Larkin. Selepas ni bolehlah membeli apa yang patut di kedai buku Popular, Badan di Angsana, Haris di AEON Tebrau City dan Mydin.

Baucar ini boleh digunakan sehingga 31/5/2013. Ada masa lagi beberapa bulan sahaja...

Kepada pelajar UPSI yang satu batch dengan EH, hari ni merupakan hari terakhir untuk mengambil baucar buku tersebut sehingga jam 3 petang. Pegawai yang bertugas memaklumkan bahawa semalam kaunter pengambilan baucar dihujani dengan ramai pelajar. Ok semua, sekian dan sayonara!

 Segmen pada hari minggu ni...


EH : Banyak juga nilai RM250.00!