Saturday, September 29, 2012

Tips Gigi Putih!

Macam mana nak memutihkan gigi ek?


Salam dan holahai!
EH agak sibuk sejak kebelakangan ni  sebab nak siapkan tesis untuk Projek Tahun Akhir kat UPSI. Tajuk kajian EH, "Stres Dalam Kalangan Ibu Bapa Yang Memilki Anak Istimewa". Tajuk ni merupakan bidang Special Education Counseling. Hopefully EH kuat & mampu untuk menyiapkan tesis ni dalam masa yg ditetapkan.



Mari ikuti segmen hari ni..



Hari ni EH nak mereleksasikan minda ni dengan coretan Tips Gigi Putih! Macam mana ek? Selain boleh membuat rawatan pemutihan gigi kat klinik @ hospital yang tinggi kosnya, anda juga boleh mencuba tips yang mudah lagi menjimatkan duit ni.
  •  Cara mudah untuk putihkan gigi ialah dengan menggunakan serbuk penaik atau juga di kenali sebagai SODIUM BIKARBONAT.
  •  Sebelum gosok gigi seperti biasa, gosokkan gigi anda guna serbuk penaik terlebih dahulu.
  •  Kemudian kumur dan gosok gigi seperti biasa.  
  • Amalkan petua ini 3-4 kali seminggu. InsyaAllah akan dapat lihat hasilnya lepas sebulan. 
 
 Penampilan seorang kaunselor juga harus diberi perhatian termasuklah penjagaan gigi..


Diharapkan tips ni berguna untuk diri EH dan anda semua.Ye la, apabila kita berkomunikasi secara tak langsung kita memaparkan senyuman dan keputihan gigi kita kepada orang lain.Kalau kita yakin, orang disekeliling kita juga akan selesa berdampingan dengan kita. Ok semua, Sayonara! 
(Sumber : http://lepak.my/blog/)


EH : Mesti cuba!

Sunday, September 16, 2012

Selamat Hari Malaysia 2012!


Thursday, September 13, 2012

Ilmu Kaunseling di Kalumpang?

Bergambar di Kalumpang



Salam dan holahai!
Lama x update blog. Masa yg ada ni, EH nak berkongsi dengan anda tentang Ilmu Kaunseling di Kalumpang? Macam pelik je....


 Dah lama x letak segmen ni..



Sebenarnya EH dan rakan-rakan kaunseling EH telah pergi ke Kalumpang, Selangor untuk bersantai-santai. Merapatkan ukhwah sesama rakan. Pergi mandi-manda melihat keindahan alam. Heheee



Seronok juga bila bakal kaunselor satu kepala..


Ada ke kena mengena dengan ilmu kaunseling ek? Ada kot... Sebab kami mengaplikasikan dinamika kelompok yg telah kami belajar di dalam kelas & makmal kaunseling. Mari saksikan gambar sekitar pelajar kaunseling di Kalumpang...


Disebabkan dekat je dgn UPSI, kami pergi menaiki kereta & motorsikal je..


Meredah air yg sejuk utk mencari port berteduh yg teraputik..(Hehee Bahasa kaunseling la pulak)


Melepaskan tekanan seketika..


Pelbagai reaksi, respons dan gelagat  pelajar B& K (Bimbingan & Kaunseling)..


Shampoo rambut sambil berposing di atas batu be1sar ni.. Kiok ni memang lucu..



Razim pun ada ( Yg baju merah berjalur hitam)..





Aktiviti ni sebenarnya dibuat secara ad-hocc sebab lecturer terpaksa cancel program last minit yang sepatutnya kami ikuti. Sebab makanan semua dah order so Kelumpang la destinasi terbaik. Tak nak membazir.. Sebelum EH akhiri segmen ni, terimalah tinta berbicara di bawah ni ye. Ok & Sayonara!
 





EH : Wangi Ukhwah yg terjalin...