Friday, June 8, 2018

PTM : Batch Terakhir Yang Mengikuti Kursus Ini...

Assalammualaikum dan selamat malam...



Salah satu aktiviti PTM iaitu senamrobik sebelum mengikuti ceramah slot daripada pensyarah-pensyarah Institut Perguruan Temenggong Ibrahim (IPTI), Larkin.




Hai! PTM singkatan bagi Program Transformasi Minda yang diadakan untuk penjawat-penjawat awam seperti cikgu bagi mengesahkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan. Program yang berlangsung selama 5 hari 4 malam di IPTI. Umum mengetahui EH dan rakan-rakan guru yang lain merupakan batch terakhir yang mengikuti program PTM pada ketika itu manakala batch junior EH berkursus dengan menjawab soalan secara online iaitu EPSA. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Cerita tahun 2017....

Thursday, June 7, 2018

PRU14 : Mengundi Secara Pos...

Assalammualaikum dan selamat pagi...



Kertas undi yang dipos kepada alamat penerima.




Hai! Mengimbas kembali kisah Pilihan Raya Umum Kali Ke-14 bulan lepas. Menerima kertas undi parlimen dan adun yang sedia untuk dipangkah. Selepas itu, kertas undi tersebut boleh dipos semula di pejabat pos yang terdekat. Mudah tak? Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Undi itu rahsia!

Wednesday, June 6, 2018

Corat-Coret : Ubat Cacing Pilihan EH...

Assalammualaikum dan selamat pagi...



Ubat cacing jenama Champs inilah pilihan EH. Ada 2 tablet di dalamnya dan berperisa coklat.




Hai! Ubat cacing bagi orang dewasa perlu diambil enam bulan sekali supaya cacing-cacing di dalam perut dapat dihapuskan. Selepas memakan ubat cacing ini atau pada keesokan harinya akan rasa ingin membuang air besar. Cacing-cacing di dalam badan akan terhapus melalui proses membuang air besar tersebut. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Ubat cacing jenama apa pilihan anda?

Tuesday, June 5, 2018

Sekolah : Dibimbing Oleh Pegawai SISC+ BM...

Assalammualaikum dan selamat pagi...



Sijil penghargaan yang dikeluarkan daripada pihak PPD setelah EH tamat dibimbing oleh Puan Asmah.




Hai! Kena bimbing dengan SISC+ BM? Tak dinafikan agak gusar dan gementar apabila terpilih untuk dilihat oleh Puan Asmah bagaimana pedagogi PAK 21 yang EH gunakan dalam PdPC BM di dalam kelas. Berfikiran positif serta sematkan di dalam fikiran untuk menimba ilmu baru semasa dibimbing sebanyak tiga kali pada tahun lepas. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Menanti sijil penghargaan yang sebenar bukannya berdasarkan sijil dalam alam maya....

Sunday, June 3, 2018

Agenda : Ke Bazar Ramadan Bandar Putra, Kulai

Assalammualaikum dan selamat pagi...



Mencari juadah berbuka puasa sambil melihat gelagat manusia di bulan yang penuh berkat ini.




Hai! Bazar Ramadan Bandar Putra, Kulai merupakan bazar yang kedua EH kunjungi sepanjang bulan puasa ini. Mungkin sibuk bekerja di bulan puasa merupakan salah satu alasan tidak sempat untuk singgah ke bazar Ramadan. Biasanya membeli kuih-muih untuk berbuka di kedai tepi jalan sahaja di tempat kawasan rumah EH sewaktu balik dari sekolah. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Qadaq pergi bazar Ramadan waktu cuti sekolah minggu hadapan nanti....

Saturday, June 2, 2018

Corat-Coret : Salam Nuzul Al-quran 1439 Hijrah...

Assalammualaikum dan selamat petang...



Tenang apabila membaca Kalam Allah...




Hai! Apabila tibanya fasa keampunan pada bulan Ramadan pasti akan teringat peristiwa indah Islam di Gua Hiraq. Peristiwa turunnya ayat Al-quran yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W. Dikesempatan ini EH ingin mengucapkan, "Salam Nuzul Al-quran 1439H !". Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Besar ganjaran membaca Al-quran di bulan yang mulia ini.... 





Sekolah : Melepaskan Jawatan Setiausaha PIBG...

Assalammualaikum dan selamat pagi...



Bendahari PIBG sedang membacakan laporan penyata kewangan semasa Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kali Ke-14 tempoh hari.




Hai! Syukur Alhamdulillah sejak posting sehingga tahun ini baru boleh melepaskan jawatan setiausaha PIBG di sekolah. Jawatan yang memerlukan kesabaran yang tinggi ekoran berurusan dengan pihak di luar sekolah. Semoga jawatan yang pernah digalas selama ini akan menjadi sumber kekuatan untuk meneruskan amanah mendidik anak bangsa kerana Allah Taala. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Mesyuarat AJK PIBG hari ahad pukul 2.00 petang...

Friday, June 1, 2018

PRU14 : Menjadi Petugas Saluran 1

Assalammualaikum dan selamat petang...



Sempat bergambar bersama-sama rakan setugas EH yang menjaga bilik saluran 1 sebelum orang awam mula memilih wakil rakyat mereka.




Hai! Pengalaman pertama menjadi kerani pengundian dan mengira undi semasa Pilihan Raya Ke-14 yang lepas. Bersyukur kerana ditugaskan untuk bilik saluran satu iaitu saluran warga emas. EH duduk dan bertugas bagi jawatan kerani nombor dua, mencelup jari telunjuk para pengundi ke dalam dakwat kekal yang dibekalkan. Ok semua, sekian dan sayonara!





EH : Ada lagi tak kesan inai dakwat kekal pada kuku anda?

Thursday, May 31, 2018

Cabutan Bertuah : Dapat Seterika Jenama Khind

Assalammualaikum dan selamat pagi....



Bagai bulan jatuh ke riba. Rezeki yang tidak diduga semasa Majlis Penutupan Sambutan Hari Guru di sekolah EH tempoh hari.




Hai! Nama aktiviti pun cabutan bertuah. Hanya individu tertentu sahaja yang naik ke atas pentas menerima hadiah yang ditawarkan. Mujur tidak menerima hamper ketika pengetua memilih nama guru yang bertuah pada ketika itu. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Seterika untuk rumah baharu nanti....

Wednesday, May 30, 2018

Sekolah : Soalan Bahasa Melayu Peralihan Peperiksaan Pertengahan Tahun....

Assalammualaikum dan selamat malam...



Contoh soalan bahasa Melayu tingkatan peralihan peperiksaan pertengahan tahun yang EH buat untuk dijawab oleh para pelajar pada minggu hadapan.




Hai! Syukur Alhamdulillah urusan menyiapkan soalan bahasa Melayu peralihan dipermudahkan oleh-Nya. Mujur Ketua Bidang menerima dan menandatangani soalan yang EH buat. Tinggal untuk disusun, distepler, dibungkus dan diletakkan di rak bilik peperiksaan dalam masa terdekat ini. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Ada 3 set kertas soalan bahasa Melayu peralihan untuk peperiksaan pertengahan tahun nanti...

Tuesday, May 29, 2018

Hari Guru : Dapat Hadiah Popia Sedap...

Assalammualaikum dan selamat pagi...



Hadiah istimewa sempena hari guru tahun ini. Jujur EH beritahu sos popia yang pelajar ni bagi Masya Allah sedap. Memang cocok  dimakan dengan popia enak ni.




Hai! Hidup ni kadang-kadang sukar untuk diduga. Pelajar yang EH tegur, marah dan denda semasa kelas bahasa Melayu ini jugalah menjadi pelajar pertama yang memberikan hadiah istimewa ini secara senyap-senyap di atas bilik guru EH. Semoga pelajar ini berjaya di dunia dan akhirat. Amin. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Nak minta apa-apa balasan...

Monday, May 28, 2018

Agenda : Ke Dobi Taman Desa Harmoni

Assalammualaikum dan selamat pagi....




Kadang-kadang terfikir perkhidmatan mendobi sendiri ni memudahkan orang lebih-lebih bila cuaca di luar sana hujan tanpa henti. Setuju?




Hi! Disebabkan dobi di Taman Molek ramai orang terus bertukar destinasi mendobi sendiri di Taman Desa Harmoni. Tak sangka walaupun esok kebanyakan orang bekerja namun perkhidmatan dobi ini masih mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat.  Tak pelik perniagaan ini turut berkembang di luar bandar. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Tak putus-putus pengunjung tiba...










Sunday, May 27, 2018

Agenda : Tempah Hamper Di Econsave, Taman Daya..

Assalammualaikum dan selamat pagi...



Tempah 6 biji hamper setiap satu berjumlah RM50.00 di Econsave, Taman Daya untuk pemenang bulanan kelas terbersih bagi setiap tingkatan.




Hi! Bagi kali ini EH bertugas sebagai guru kebersihan kelas. Setiap kelas akan dinilai kebersihan dan keceriaan kelas mereka. Kelas yang menang setiap minggu akan mendapat sijil penghargaan manakala pemenang bulanan akan menerima hamper juga sijil. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Mudah berurusan dengan pekerja Econsave, Taman Daya....

Saturday, May 26, 2018

Rumah Saya : Memohon Secara Online Pinjaman LPPSA...

Assalammualaikum dan selamat pagi...



Pinjaman perumahan EH menggunakan pinjaman LPPSA.




Hi! Sebelum berurusan dengan Jabatan Penilaian, EH perlu melengkapkan maklumat yang diperlukan untuk pinjaman perumahan sektor awam EH. Permohonan LPPSA semua menggunakan aplikasi online. Meneliti maklumat yang diperlukan seperti harga rumah, mukim, nama peguam, insurans dan sebagainya. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Mujur kemusykilan masih boleh menghubungi pihak pemaju.

Friday, May 25, 2018

Rumah Saya : Berurusan Di Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta JB....

Assalammualaikum dan selamat malam...




Dokumen yang diperlukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta untuk pinjaman rumah baharu EH.




Hi! Siapa tahu kenapa EH perlu berurusan dengan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta? Jawapannya kerana EH membeli rumah yang sudah siap oleh pihak pemaju. Jabatan Penilaian akan menilai harga semasa rumah EH sebelum menghantar dokumen untuk pinjaman LPPSA pula.




EH : Tak silap, rumah baharu EH dah siap pada tahun 2016.


Thursday, May 24, 2018

Rumah Saya : Kelayakan Pinjaman Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam(LPPSA)

Assalammualaikum dan selamat malam...



Jumlah kelayakan pinjaman Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) yang terkini. Berapa jumlah kelayakan pinjaman anda?




Hi! Setelah berkenan dengan rumah teres setingkat yang Encik Izhar tawarkan, EH memutuskan untuk menggunakan pinjaman LPPSA. EH terus berjumpa dengan Encik Yusof, ketua kerani di sekolah dan bertanyakan mengenai pinjaman tersebut. Encik Yusof menggalakkan EH membeli rumah tersebut dan memang layak menggunakan pinjaman itu. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Menyediakan dokumen untuk pinjaman LPPSA....

Wednesday, May 23, 2018

Agenda : Lawatan Pengawas Pusat Sumber Sekolah Ke Putrajaya...

Assalammualaikum dan selamat pagi....



EH dan guru pusat sumber sekolah turut bergambar di hadapan bangunan pejabat Perdana Menteri seusai menunaikan solat Zuhur di Masjid Putrajaya.




Hi! Ini program lawatan yang pertama EH ikuti sepanjang menjadi guru pusat sumber sekolah. Destinasi utama lawatan ini adalah ke Pameran Buku Antarabangsa di PWTC, Kuala Lumpur. Bertolak dari JB lebih kurang jam 8.00 pagi dan sampai di Putrajaya pukul 12.30 tengah hari. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Bulan lepas ke Putrajaya juga....

Tuesday, May 22, 2018

Agenda : Selesai Berurusan Di Pejabat KWSP JB

Assalammualaikum dan selamat pagi....



Ingatkan nak pergi hari ahad pagi minggu hadapan tetapi kerani di sekolah tidak mencadangkan kerana dikhuatiri ramai orang pada waktu tersebut. Ya la, pekerja sektor swasta bercuti pada hari minggu.




Hi! EH memilih skim pencen dalam perkhidmatan. Menghantar dokumen yang diperlukan untuk pengeluaran duit KWSP bagi skim tersebut. Sangat mudah dan pantas apabila berurusan di sana jika dokumen yang diperlukan lengkap. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Mujur ada i-Akaun KWSP....

Monday, May 21, 2018

Rumah Saya : Rumah Siap Sedia Untuk Diduduki....

Assalammualaikum dan selamat pagi....



Encik Izhar memberitahu bahawa rumah yang ditawarkan kepada EH tinggal lebih kurang 10 unit untuk lot bumi sahaja semasa pameran perumahan di Plaza Angsana.




Hi! Sebenarnya rumah yang EH beli sudah siap sedia untuk diduduki. Ini bermaksud pihak pemaju mungkin ingin menghabiskan jualan rumah bumi lot di sana. Pada EH, harga rumah tersebut masih lagi ok jika dibandingkan dengan projek perumahan lain di sekitar kawasan Johor ni. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Sempat tinjau kawasan rumah sebelum membuat keputusan untuk membeli...

Sunday, May 20, 2018

Rumah Saya : Pameran Perumahan Di Plaza Angsana...

Assalammualaikum dan selamat malam....



Memang EH mencari dan ingin membeli rumah teres setingkat sebab malas nak naik turun tangga kalau rumah dua tingkat. Ok tak rumah teres setingkat ni ek?



Hi! Jenuh mencari rumah teres setingkat untuk dibeli di kawasan Johor Bahru ni. Kebetulan masa bulan 8 tahun lepas, cuaca sangat panas di tempat kediaman EH. Dengan niat untuk mengambil udara sejuk pendingin hawa di Aeon Mall Bandar Dato' Mall  lalu singgah di Plaza Angsana untuk membeli buku bahasa Melayu lantas terpegun dengan tawaran pemaju di Karnival Perumahan di situ. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Bermulalah episod berurusan membeli rumah teres setingkat dengan Encik Izhar....


Saturday, May 19, 2018

Hari Guru : King Of Retro Award

Assalammualaikum dan selamat pagi...



Syukur Alhamdulillah menerima gelaran, "King Of Retro Award" sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah tempoh hari.




Hi! Sebenarnya baju kuning berbunga-bunga ni dah lama dibeli melalui aplikasi Shopee. Dalam gerobok pun sudah tersedia seluar slack berwarna kuning dan rambut afro. Lantas pakaian tersebut disesuaikan dengan kasut berwarna hijau daun pisang semasa sambutan hari 16 Mei yang diadakan di sekolah EH. Ok semua, sekian dan sayonara!





EH : Dapat juga cabutan bertuah sterika berjenama Elba.

Friday, May 18, 2018

Tema Retro : Sambutan Hari Guru Tahun 2018

Assalammualaikum dan selamat malam....


Bergambar bersama-sama Cikgu Rahim dan Cikgu Zasni sebelum berarak menuju ke tapak perhimpunan dari foyer makmal komputer.



Hi! Sambutan Hari Guru pada tahun ni di sekolah EH bertemakan retro. Ada kelainan KEBIRUS bidang teknik dan vokasional menguruskan sambutan yang dijalankan pada hari kelmarin. EH memilih sut sedondon tema retro berwarna kuning. Ok semua, sekian dan sayonara!





EH : Apakah tema sambutan hari guru di sekolah anda? 

Thursday, May 17, 2018

Corat-Coret : Salam Ramadan Al-Mubarak 1439H!

Assalammulaikum dan selamat malam....


Syukur Alhamdulillah dapat bersua lagi di bulan yang penuh berkat, bulan Ramadan Ya Kareem.



Hi! Sesungguhnya orang yang berpuasa tidak terkecuali diuji oleh Yang Maha Esa. Ujian tersebut boleh hadir dalam pelbagai cara seperti diuji sama ada mahu bersabar atau bersifat marah. Berharap madrasah Ramadan ini menjadikan kita sebagai umat yang sentiasa bermuhasabah diri. Setuju? Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Salam Ramadan Al-Mubarak 1439H!