Sunday, June 4, 2017

Agenda : Ke Today's Mall Ulu Tiram Pula?

Assalammualaikum dan selamat malam...



Cuaca panas pada bulan Ramadan ini menguji kesabaran setiap umat-Nya. Tak salah mencari pasar raya yang mempunyai pendingin hawa yang kuat untuk menyejukkan badan ini.




Hi! Pergi ke Today's Mall Ulu Tiram untuk melihat Ekspo Parkson Jualan Gudang. Kalau ada yang berkenan bolehlah beli untuk persiapan hari raya nanti. Ternyata, melangkah kaki ke sini dapat membeli dua helai baju untuk kegunaan nanti dengan harga yang sangat berpatutan. Ok semua, sekian dan sayonara!



Sempat singgah melihat kawasan perumahan Bandar Tiram sebelum balik ke rumah. Foto : FB Today's Mall Ulu Tiram.





EH : Jalan-jalan di bulan puasa...

Saturday, June 3, 2017

Agenda : Meriah Bazar Hari Raya Di Pasar Borong, Pandan

Assalammualaikum dan selamat malam...



Tak tipu, kalau ada bazar ni saban tahun jalan nak menghala ke Pasar Borong Pandan pasti sesak. Adakalanya kesesakan sehingga jalan Kampung Melayu bagi yang hendak menuju ke Kota Tinggi. Ini terbukti kemeriahan di sana dengan  pengunjung yang ingin membuat persiapan sempena 1 Syawal 1438H nanti termasuklah warga Singapura. Anda pernah pergi ke bazar ini tak?




Hi! Semalam sempat singgah melihat pakaian yang mungkin menjadi trend pada raya kali ini di Bazar Hari Raya, Pasar Borong Pandan. Mata ini sangat terpegun dengan aneka baju Melayu dan samping yang dijual oleh para peniaga. Pengunjung pun saling tawar-menawar baju raya yang hendak dibeli di sana. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Mujur naik motosikal ke sana...



Friday, June 2, 2017

Corat-Coret : Menerima Hadiah Hari Guru Daripada Cikgu Farhana....

Assalammualaikum dan selamat malam...


Hadiah yang diterima semasa pertukaran hadiah semasa sambutan hari guru bulan lepas.




Hi! Cantik hadiah yang dibungkus Cikgu Farhana kelihatan seperti sebiji gula-gula. Memang boleh dianggap hasil kerja cikgu wanita sangat teliti dan kemas. Ada yang bangkang kenyataan tersebut? Ok semua, sekian dan sayonara!





EH : Macam sayang dan tak nak buka je hadiah ni...

Thursday, June 1, 2017

Corat-Coret : Pertukaran Hadiah Hari Guru...

Assalammualaikum dan selamat malam...



Sengaja EH membuat sendiri penanda buku untuk hadiah hari guru rakan setugas EH dengan harapan aksesori tambahan hadiah tersebut boleh dijadikan kenangan apabila permohonan pindah beliau diluluskan nanti. Amin....



Hai! Awal-awal lagi rakan panitia BM EH sudah berpesan bahawa beliau tidak mahu tudung, selendang atau kain ela semasa pertukaran hadiah hari guru berlangsung. Atas saranan beliau dengan harga minimum hadiah berjumlah RM20.00, EH telah memberikan hadiah peralatan yang boleh digunakan untuk mengajar di dalam kelas. Cuba teka, hadiah apa agak-agaknya? Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Mujur dapat rakan yang sporting...