Thursday, June 30, 2016

Lebaran : Beli Kuih Kapit Cikgu Azlina...

Assalammualaikum dan selamat berpuasa...


Membeli kuih kapit perisa coklat dan kacang daripada Kak Azlina. Mesti rangup kuih ni bila masuk ke dalam mulut. Tidak percaya ke?


Hi! Suka apabila melihat cikgu-cikgu membawa bungkusan biskut raya yang ditempah dengan rakan guru untuk dibawa sebagai buah tangan semasa pulang ke kampung.  Tadi sebelum pelajar-pelajar pulang dari sekolah diadakan majlis maaf-bermaafan menyambut 1 Syawal yang bakal tiba. Tidak dilupakan cikgu-cikgu berjabat tangan mengucapkan, "Selamat Hari Raya!" Ok semua, sekian dan sayonara!


EH : Hati-hati memandu pulang ke kampung...

Wednesday, June 29, 2016

Rabu Tanpa Bicara : Pt. Muhammad, Parit Sulong, Batu Pahat


Tuesday, June 28, 2016

Dari Lazada : Bungkusan Aidilfitri 1

Assalammualaikum dan selamat berpuasa...


Horey! Semalam bungkusan yang pertama sempena Aidilfitri dari Lazada telah pun tiba. Tempah hari khamis malam jumaat minggu lepas, semalam hari Isnin barang sudah sampai. Tidak lama berurusan membeli-belah di aplikasi Lazada.



Hi! Minggu lepas tempah minyak wangi sempena lebaran di Lazada. Minyak wangi tersebut mempunyai potongan diskaun yang agak banyak pada EH dengan harga mampu milik. Itu yang terus tempah untuk memilikinya. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Berwangi-wangian....

Monday, June 27, 2016

Gara-Gara Komunikasi Melalui Whats App...

Assalammualaikum dan selamat berpuasa....


Kebanyakan organisasi mempunyai group whats app untuk memudahkan penyampaian maklumat dilakukan termasuklah di sekolah EH. Dalam telefon pintar anda, ada berapa group whats app yang aktif?


Hi! Gara-gara line internet bermasalah semalam, nama kelas EH naik di group whats app sekolah oleh pengetua dengan emotion marah sebab EH tidak mengemaskini bilangan ibu bapa yang hadir mengambil penyata kad semalam. Habis bila tiba di sekolah tadi cikgu-cikgu memerli insiden tersebut. Walhal semalam borang kehadiran ibu bapa sudah dihantar kepada setiausaha hari terbuka sekolah. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Asyik-asyik whats app...

Sunday, June 26, 2016

Selesai Kisah Hari Terbuka Sekolah Tadi...

Assalammualaikum dan selamat berpuasa....


Berkongsi tempat yang sama dengan Kak Fauziliyana semasa hari terbuka sekolah tadi. Sambil menunggu kehadiran ibu bapa dan pelajar datang, membuka laman sosial untuk mengetahui maklumat terkini.


Hi! Selesai sesi hari terbuka sekolah tadi pada jam 12.00 tengah hari. Seramai 22/27 orang pelajar yang hadir bersama ibu bapa mereka. Syukur Alhamdulillah sebanya RM115.00 dapat dikumpulkan semasa derma ikhlas tadi untuk disumbangkan semula dana tersebut pada Majlis Kasih Ramadan nanti. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Ibu bapa sangat memahami

Saturday, June 25, 2016

Baju Batik Hari Terbuka Sekolah

Assalammualaikum dan selamat berpuasa...


Kain untuk baju batik ini diberikan oleh rakan EH pada 16 September 2013 dan kini baru dihantar ke tukang jahit. Baju batik siap digosok untuk dipakai semasa hari terbuka sekolah nanti. Hampir 3 tahun kain ini disimpan dengan rapi di dalam gerobok.



Hi! Pada kebiasaannya EH lebih suka membeli baju batik yang sudah siap dijahit untuk dipakai semasa bekerja. Mungkin disebabkan kos membeli baju tersebut lebih murah berbanding jika kita menempah pakaian dengan tukang jahit. Bagaimana pula dengan pilihan anda? Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Ahad pakaian batik di Johor...

Friday, June 24, 2016

Duit Raya Tahun 2016

Assalammualaikum dan selamat berpuasa....


Antara duit raya yang ditukar dari bank dan sebahagian sampul duit raya yang diberi percuma.


Hi! Saban tahun apabila menjelangnya lebaran, duit raya akan disediakan untuk diberikan terutamanya kepada kanak-kanak juga sanak saudara. Nilai duit raya bukanlah menjadi ukuran. Niat keikhlasan memberi lebih penting dan bermakna ketika meraikan hari yang berbahagia itu nanti. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Tradisi pemberian duit raya boleh ditukarkan dengan buah tangan yang lain tak?

Thursday, June 23, 2016

Di Sana-Sini Promosi Jualan Hari Raya Aidilfitri!

Assalammualaikum dan selamat berpuasa....


Selain di pasar raya, jual beli di alam maya juga mempromosikan jualan hari raya. Pernah tak membeli-belah menggunakan aplikasi, "Lazada"?


Hi! Ada yang sibuk dengan persiapan menyambut hari lebaran? Mesti rambang mata melihat promosi di sana sini. Apa yang penting, berbelanjalah dengan penuh berhemah bukan ikut hawa nafsu yang akan punah. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Peringatan untuk diri ini!


Tuesday, June 21, 2016

Apakah Warna Tema Baju Raya Tahun 2016?

Assalammualaikum dan selamat berpuasa...


Sampin hijau yang EH beli dari Langkawi semasa lawatan pasca PT3 tahun lepas akan disarung bersama baju melayu di atas apabila menjelangnya 1 Syawal 1437H nanti. Sepadan tak agak-agaknya?


Hi! Jurujual di pasar raya ada memaklumkan bahawa ramai orang pada tahun ini mencari baju raya berwarna hijau lebih-lebih lagi yang gemarkan pemakaian busana lebaran sedondon seisi keluarga. EH tidak pasti rakyat Malaysia mencari baju lebaran berwarna hijau muda atau hijau tua untuk warna tema baju raya tahun 2016. Adakah warna tema, 'mak ko ijau' kembali lagi? Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Sejuk mata memandang...

Monday, June 20, 2016

Hari Terbuka Sekolah Pada Minggu Hadapan...

Assalammualaikum dan selamat berpuasa....


Mencetak slip peperiksaan pertengahan tahun melalui aplikasi SAPS sekolah.


Hi! Minggu hadapan merupakan hari terbuka sekolah. Jika dibandingkan dengan tahun lepas, tahun ini hari terbuka sekolah dijalankan pada bulan Ramadan Al-mubarak. Esok akan diadakan taklimat hari terbuka pula. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Sesi konsultasi bersama ibu bapa...

Sunday, June 19, 2016

Persediaan Malam Tujuh Likur Ke?

Assalammualaikum dan selamat berpuasa....


Dahulu masa kecik-kecik sebab jakun dan teruja punya pasal sanggup buat pelita guna tin minuman terbuang kemudian letak di hadapan halaman rumah. Selepas itu ada anak jiran tetangga yang lebih jakun tidak boleh lihat lampu likur, dia tiup lampu tersebut sehingga terpadam nyalaannya. Dia fikir tiup lilin kek hari jadi ke?



Hi! Alhamdulillah sudah pun masuk solat sunat terawih malam ke-15 pada hari ini. Ada ke yang sudah bersedia untuk mamacak pelita di halaman rumah? Membuat persediaan awal memeriahkan malam tujuh likur nanti. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Cahaya lampu kelap-kelip...

Saturday, June 18, 2016

Menjejakkan Kaki Ke Bazar Ramadan Taman Bandar Baru Uda Pula...

Assalammualaikum dan selamat berpuasa....


Alang-alang pergi ke Mydin BBU, singgah sekejap mencari juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan Taman Bandar Baru Uda. Panjang bazarnya dan ramai peniaga yang menjual aneka juadah di sana.


Hi! Bazar Smart Pandan, Bazar Kg Melayu dan Bazar Giant Extra Majidee sudah pernah menjejakkan kaki untuk merasakan kemeriahan mencari menu berbuka puasa. Semalam mencuba kelainan pada Ramadan 1437H ke Bazar BBU pula. Adakah hari ini ke Bazar Syukur Selalu TV3 di Plaza Angsana? Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Ke bazar mana?


Friday, June 17, 2016

Kurta Hari Lebaran?

Assalammualaikum dan selamat berpuasa....


Memilih konsep JDT. Warna pilihan kurta ialah biru dan merah untuk tahun ini. Luaskan Kuasamu! Heheeeeee...



Hi! Sempat ke Kg Sinaran Baru, Kempas untuk membeli kurta di sana. Ada pelbagai saiz dan warna yang sesuai untuk digayakan sama ada di hari lebaran atau ke tempat-tempat tertentu. EH difahamkan kurta di sana lebih murah harganya setakat ini berbanding di tempat-tempat yang lain. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : kurta VS baju melayu?

Thursday, June 16, 2016

Menyiapkan Borang Keberhasilan PBPPP....

Assalammualaikum dan selamat berpuasa....


Semua sasaran bidang tugas diambil kira dalam penilaian ini seperti kurikulum, hal ehwal murid (HEM), kokurikulum dan tugas-tugas lain di sekolah.


Hi! Apa itu PBPPP? Bagi para pendidik mesti pernah mendengar perkataan tersebut. PBPPP ialah singkatan untuk Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Guru-guru dinilai untuk kenaikan gaji juga gred perkhidmatannya. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : PYD1, GKMP Bahasa...

Tuesday, June 14, 2016

Membaiki Kereta Di Meng Heng Motor Workshop, Taman Mount Austin

Assalammualaikum dan selamat berpuasa...


Menghantar kereta di bengkel seperti yang tertera di atas.


Hi! Banyak faktor yang dikemukakan untuk menghantar kereta yang rosak bagi tujuan dibaiki kenderaan tersebut. Kita boleh menilai hasil kerja mekanik melalui pengalaman menghantar kereta sebelum ini di bengkelnya. Tidak mahu rasa tidak puas hati timbul setelah kenderaan tersebut siap dibaiki sepenuhnya. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Bagaimana pengalaman anda pula?

Monday, June 13, 2016

Survey Rumah Second di Simpang Renggam,Johor....

Assalammualaikum dan selamat berpuasa....


Semua orang menginginkan rumah sendiri tidak kira rumah itu besar, sederhana ataupun kecil. Ada yang tidak setuju?



Hi! Pada cuti sekolah minggu lepas, sempat ke Simpang Renggam untuk survey rumah second di taman perumahan sana sebelum balik ke kampung Benut. Rumah teres setingkat kos sederhana mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik air dan kondesi rumah sudah direnovasi sehingga ke dapur kering di belakang halaman rumah dijual dengan harga RM190 000. Harga rumah baharu di sekitar kawasan Johor Bahru pun melambung harganya ketika ini. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Bila harga rumah akan turun?

Sunday, June 12, 2016

Alamak! Kereta Disondol Dari Belakang...

Assalammualaikum dan selamat berpuasa....


Pernah tak mengalami situasi kereta disondol dari belakang?


Hi!  Apabila kita memandu secara berhemah belum tentu orang di sekeliling kita memandu dengan berhemah juga. Adakalanya kemalangan boleh berlaku bukan disebabkan oleh kita sendiri yang memandu kenderaan. Cuai dan leka seketika musibah menimpa. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Ujian Ilahi...

Saturday, June 11, 2016

Bertema Retro Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah

Assalammualaikum dan selamat berpuasa....


Hanya membeli baju bercorak kotak-kotak sahaja untuk mengikut tema yang telah ditetapkan. Aksesori lain menggunakan barang yang sedia ada di rumah. Ada nampak seperti tema, "Retro" tak? Heheeeeee....



Hi! Esok sudah naik sekolah setelah hampir 2 minggu bercuti sejak hujung bulan 5 yang lepas. Sekadar berkongsi tema sambutan perayaan hari guru di SMK Tan Sri Abdul Kadir yang lalu. EH percaya keyakinan itu penting untuk meraikan hari yang indah itu. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Juara kerusi muzik....

Friday, June 10, 2016

Kata Laluan Celcom Internet Online Terlupa Pula...

Assalammualaikum dan selamat berpuasa....


Baharu sahaja bertukar kepada Pelan Internet Celcom Basic pada tahun lepas kerana bayarannya jauh lebih murah serendah RM38 untuk 4GB. Pelan sebelum ini EH membayar bilnya lebih kurang RM70. Berjimat tatkala situasi ekonomi pada hari ini.


Hi! EH membayar bil internet Celcom secara online sahaja selepas mendaftar di laman sesawang Celcom. Boleh pula EH terlupa kata laluan hanya kerana tersilap huruf besar atau kecil pada kata laluan tersebut. Dengan rasa gelisah dan tidak senang hati sehingga 3 kali EH menelefon pegawai perkhidmatan pelanggan Celcom meminta bantuan mereka. Alhamdulillah masalah tersebut sudah selesai. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Cuba jaya...

Thursday, June 9, 2016

Teruja Ke Pasar Kemboja Di Sungai Tiram

Assalammualaikum dan selamat berpuasa....


Seawal pagi lagi sudah kelihatan ramai orang berkunjung ke Pasar Kemboja. Buktinya parkir kereta agak penuh dan mujurlah parkir tersebut dikawal oleh pengawal yang bertugas. Mungkinkah mereka mencari persiapan menyambut lebaran?


Hi! Seumur hidup ini kali pertama ke Pasar Kemboja di Sungai Tiram. Ada yang berpendapat harga di sini jauh lebih murah berbanding bazar-bazar Ramadan di kawasan Johor Bahru. Pasar ini dibuka hanya pada hari khamis sahaja. Sudahkah anda pergi ke pasar ini? Ok semua, sekian dan sayonara!


Resit parkir kereta.



EH : Berwaspada ketika memandu

Tuesday, June 7, 2016

Memakai Hadiah Baju Batik Semasa Praktikal 2012

Assalammualaikum dan selamat berpuasa...


Baju batik pemberian kaunselor pembimbing EH iaitu Cikgu Shamsul Hisham Bin Md Shariff semasa berpraktikal di SMK Batu Sepuluh Lekir, Setiawan, Perak pada tahun 2012. Ada apa dengan baju ini ek?


Hi! Walaupun hampir 5 tahun EH mendapat hadiah baju batik di atas, baharu sekarang EH memakainya ketika Majlis Mesyuarat Agung di sekolah baru-baru ini. EH sangat sayang dan menghargai hadiah pemberian seseorang. Jangan terkejut masih terdapat hadiah hari guru yang sebelum ini diterima pun EH tidak membuka balutannya. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Penilaian seseorang....

Monday, June 6, 2016

Salam Ramadan 1437 Hijrah

Assalammualaikum dan selamat berpuasa....


Pejam celik, pejam celik bersua kembali dengan bulan yang penuh keberkatan dan keampunan daripada-Nya. Syukur Alhamdulillah...


Hi! Apapun keinginan anda sama ada dalam meningkatkan amalan dan ibadah kepada-Nya diharap beroleh keberkatan juga keredhaan Yang Maha Esa. EH dengan penuh rendah diri mengucapkan, "Salam Ramadan 1437H kepada semua muslimin serta muslimat di seluruh dunia!". Syukuri nikmat bertemu Ramadan Al-Karim. Ok, sekian dan sayonara!



EH : Doa penghubung kepada-Nya....