Monday, February 29, 2016

Kalut Menjadi Guru Bertugas Mingguan Di Sekolah

Assalammualaikum dan selamat malam...


Kalau dilihat di dalam buku pengurusan, sebenarnya EH bertugas pada minggu ini dan diawalkan seminggu pula atas alasan tertentu.


Hi! Kalut dan capek ketika bertugas pada minggu lepas. Itulah yang sering berlegar di fikiran ini ketika mengingat semula imbasan yang terjadi pada minggu sebelum ini. EH bersyukur kerana semakin mengenali personaliti rakan setugas EH. Betul tak? Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Ada hikmah disebalik sesuatu kejadian...

Sunday, February 28, 2016

Disangka Pekerja Jurugambar Majlis Konvokesyen Universiti...

Assalammualaikum dan selamat malam...


Seorang ibu yang mengomen di entri blog EH. Tidak mengapa, tak salah bertanya. Betulkan?


Hi! EH suka melihat apabila email masuk di yahoo mail EH. Antaranya dapat melihat perkembangan blog EH seperti di bahagian komen entri. Pada minggu lepas ada yang menyangka EH seorang staff jurugambar majlis konvokesyen universiti apabila individu terbabit melihat entri EH tentang gambar konvokesyen UPSI. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Bersangka baik...

Wednesday, February 24, 2016

Rabu Tanpa Bicara : Saya Berhak Untuk Berjaya!


Tuesday, February 23, 2016

Jenuh Menaiki Tangga Menuju Ke Tasik Dayang Bunting...

Assalammualaikum dan selamat malam...


Gambar di atas kelihatan ada gunung-ganang di sekitar tasik tersebut seolah-olah seperti seorang wanita mengandung yang sedang berbaring. Anda nampak tak? Adakah itu alasan dipanggil Tasik Dayang Bunting.



Hi! Misi apabila tiba di sini adalah untuk mengambil air Tasik Dayang Bunting atas tujuan bagi mempermudahkan urusan menimang cahaya mata oleh rakan sekerja EH. Tetapi sebelum tiba di tasik itu, EH menaiki tangga dan menikmati keindahan kawasan hutan simpanan. Hampir setengah jam menaiki tangga dengan beberapa ekor monyet hutan dilepaskan dan dalam situasi yang mendebarkan baharulah tiba di tasik yang indah itu. Syukur Alhamdulillah. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Penat tetapi terpersona...

Monday, February 22, 2016

Ke Dayang Bunting Marble Geoforest Park Pula...

Assalammualaikum dan selamat malam...


Dengan menggunakan perkhidmatan menaiki bot untuk sampai ke Tasik Dayang Bunting, bot memberhentikan perjalanan di Dayang Bunting Marble Geoforest Park pula.


Hi!Setibanya di sini, EH melalui jeti yang disediakan untuk sampai ke Tasik Dayang Bunting. Jangan terkejut kerana di tempat ini juga disediakan kedai menjamu selera setelah kepenatan menaiki bot. EH sempat bersarapan di pintu masuk kawasan ini sambil melihat gelagat beberapa ekor monyet sedang berkeliaran di atas jeti tersebut. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Jemput-jemput, roti sandwich dan air mineral...

Saturday, February 20, 2016

Oh Beras Basah, Island Resort Pulau Langkawi

Assalammualaikum dan selamat tengah hari...


Singgah sebentar ke Beras Basah, Island Resort sebelum ke destinasi seterusnya iaitu Tasik Dayang Bunting.


Hi! Tidak tersenarai dalam perancangan tempat yang EH untuk kunjungi. Ini semua atas permintaan Cikgu Kaunseling STAR, Kak Noor Zaliana  yang meminta EH untuk menemaninya ke Tasik Dayang Bunting dengan menggunakan pakej yang disediakan di sana. Dengan menaiki bot dari Jeti Kawah, tibalah di Beras Basah, Island Resort yang tersergah indah pemandangan semula jadinya sebelum ke tempat seterusnya. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Laut bergelora dan berjerebu...

Friday, February 19, 2016

Asal-Usul Nama Langkawi?

Assalammualaikum dan selamat petang....


Saat indah ketika pergi ke Pulau Langkawi. Menangkap gambar tatkala burung helang merah menyambar roti pemberian pengunjung yang baik hati. Cantik tak burung tu?


Hi! Semasa berada di Pulau Langkawi, pemandu arah bas yang EH naiki iaitu Kak Lin ada menyatakan tentang sejarah nama Langkawi. Nama Langkawi diambil daripada perkataan Helang Merah, kawi. Helang dan kawi disingkatkan akhirnya disebut Langkawi. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Mungkin ada benarnya..

Destinasi : Ke Kilim Geoforest Park, Pulau Langkawi

Assalammualaikum dan selamat pagi....

Destinasi pertama ketika kami tiba di Pulau Langkawi. Di Kilim Geoforest Park juga terdapat banyak spesies helang merah.



Hi Dengan membayar lebih kurang RM20 harga perkhidmatan bot untuk sampai di sini, ternyata ia cukup berbaloi untuk melihat keindahan flora dan fauna alam semula jadi. Pengunjung diberi kesempatan melihat aktiviti penternakan ikan air tawar, beberapa spesies monyet dan gua batu kapur. Yang lebih menarik, EH dapat melihat sendiri dengan mata ini burung helang merah menyambar kepingan roti yang diberikan oleh pengunjung di permukaan air di sana.


Keterujaan menaiki bot ke Kilim Geoforest Park bersama pelajar dan rakan sekerja di sekolah EH.



EH : Tak rugi berkunjung ke sini...

Tuesday, February 16, 2016

Stamp Pad Untuk Menanda Buku Latihan Pelajar

Assalammualaikum dan selamat malam...


Stamp pad yang ditempah dengan Cikgu Zasni di sekolah EH. Jimat ruang lebih-lebih lagi untuk penandaan buku bahasa Melayu pelajar.


Hi! Kalau ada masa di bilik guru, EH akan cuba nenghabiskan aktiviti menanda buku latihan pelajar di sekolah juga. Apabila di rumah terasa lapang dan tenang setelah sedikit urusan sekolah sudah dibereskan. Sedikit sebanyak stamp pad untuk guru ni menjadi pemangkin agar diri ini gigih menanda buku latihan pelajar. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Stamp pad kayu

Saturday, February 13, 2016

Kursus Pembugaran Pedagogi Abad Ke-21, Daerah Mersing

Assalammualaikum dan selamat petang...


Bersama rakan sekerja bergambar selepas aktiviti night walk dilakukan. Tinggi juga untuk tiba di puncak empangan hidroelektrik, Rembau ni. Muka kegembiraan atau kepenatan yang terpancar tu ek? Heheeee...


Hi! Rasa bertuah apabila EH dan beberapa orang guru sekolah EH terpilih untuk mengikuti Kursus Pembugaran Pedagogi Abad Ke-21 Guru Sekolah Menengah Daerah Mersing. Kursus 4 hari 3 malam itu bertempat di Kem Bina Negara, Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan. Kesepuluh-sepuluh buah sekolah daerah Mersig menghantar peserta untuk kursus yang sangat berguna kepada para guru pada zaman millenia ini. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Bukan Kursus BTN...

Friday, February 12, 2016

Imbas Kembali : Jamuan Hari Raya Aidilfitri Di Bitara Siswa, UPSI

Assalammualaikum dan selamat petang...


Batch Ekstovert Kaunseling UPSI berkumpul dan menyambut jamuan raya buat kali pertamanya pada semester 2/2010. Jamuan diadakan selepas solat jumaat. Cuba cari gambar di atas ada seorang insan yang bukan bergelar mahasiswa mahupun mahasiswi UPSI. Yang mana satu agaknya eh? Heheeeee...


Hi! Kisah 6 tahun yang lalu menyambut jamuan hari raya bersama teman tercinta. Menikmati juadah lebaran seperti ketupat dan rendang sambil amalan maaf-bermaafan dilakukan. Yang lebih penting, mengeratkan lagi ukhwah Geng Ekstrovert Kaunseling UPSI. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Tahun ni ada jamuan raya Geng Ekstrovert tak?

Thursday, February 11, 2016

Bersantai Di Pulau Langkawi, Kedah

Assalammualaikum dan selamat petang...

Dataran Helang antara lokasi wajib yang perlu dikunjungi jika
pergi ke Pulau Langkawi. Tidak jauh dari terminal feri Langkawi. Besar tak replika burung helang tu?


Hi! Seusai peperiksaan PT3 tahun lalu, Unit Kaunseling dan Unit Kokurikulum SMK Tan Sri Abdul Kadir Mersing mengadakan lawatan sambil belajar ke Negeri Jelapang Padi, Pulau Langkawi. EH antara guru pengiring yang pergi ke sana. Lama juga perjalanan untuk tiba di sana dari bumi darul takzim. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : 12 jam di atas bas...

Tuesday, February 9, 2016

Jadual Waktu Guna Banner...

Assalammualaikum dan selamat malam...


Salah satu banner yang ditempah sekali dengan jadual waktu, jadual bertugas dan carta organisasi untuk diletakkan di dalam kelas EH. 


Hi! Tahun ni EH masih lagi nenjadi guru tingkatan di sekolah. Kelainan pada kali ini, EH menempah 8 banner untuk dipasang di dalam kelas dengan hanya RM12.80. Jadual waktu siap dan tidak perlu membuatnya di atas kad manila atau sugar paper. Mudahkan? Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Suntikan penghargaan kendiri

Gong Xi Fa Cai 2016!

Assalammualaikum dan selamat petang...

Tahun baharu masyarakat Tiong Hwa. Tahun monyet dipercayai
oleh masyarakat Cina mempunyai banyak tuah.


Hi! Belum terlambat lagi EH ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua masyarakat beragama budha khususnya di Malaysia. Suka apabila melihat dekorasi rumah sempena tahun baharu yang dimuat naik oleh rakan EH di laman sosial. Ada yang dapat ang pau banyak? Ok, sekian dan sayonara!



EH : Dentuman mercun...