Friday, December 30, 2016

Penghargaan : Kerana Keputusan PT3 2016...

Assalammualaikum dan selamat malam...



Dapat ole-ole dari negeri darul iman.Terima kasih banyak-banyak!



Hi! Masa 19/12/2016 yang lalu, membantu rakan setugas EH memberikan slip peperiksaan PT3 untuk pelajar kelasnya. Rakan EH tidak mahu pulang ke Johor lagi kerana menikmati cuti persekolahan di kampungnya, Terengganu pada ketika itu. Semalam mendapat ole-ole di sekolah ketika hari pendaftaran pelajar sebab membantunya.




EH : Tolong-menolong...

Sunday, December 25, 2016

Ucapan : Selamat Hari Krismas 2016...

Assalammualaikum dan selamat pagi...



Bagi yang merayakannya diucapkan, "Selamat Hari Krismas Tahun 2016!"



Hi! Meriah sungguh melihat laman sosial apabila rakan-rakan EH berkongsi gambar makan besar dan hadiah-hadiah yang indah sempena Hari Natal. Mereka berkumpul bersama keluarga tercinta dalam suasana yang damai. Ada dapat hadiah daripada Encik Santa?




EH : Tirai sekolah akan bermula...

Saturday, December 24, 2016

Corat-Coret : 100% Pati Buah Delima, Burcu

Assalammualaikum dan selamat petang...



Buah delima merupakan makanan sunnah. Disebabkan sukar mencari buah delima, bertukar pula kepada 100% pati buah delima, Burcu. Pernah cuba pati buah ini?



Hi! Badan lebih bertenaga dengan mengambil sesudu plastik pati ini sebelum sarapan dan sebelum tidur. Membelinya di kedai arab yang ada menjual karpit-karpit di Bandar Baru Uda berdekatan dengan Mydin. Sebotol dijual dengan harga RM15.00 manakala jika membeli 2 botol harganya RM24.00 tetapi untuk 12 botol dijual dengan harga RM120.00 sahaja. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH :Produk Turki...

Friday, December 23, 2016

Penghargaan : Buku Rekod Mengajar Terbaik Tahun 2016

Assalammualaikum dan selamat pagi...



EH dan beberapa orang rakan setugas diberi penghargaan oleh pihak sekolah dengan sijil serta cenderamata untuk, "Buku Rekod Mengajar Terbaik 2016".



Hi! Sebanyak 2 kali nama EH dipanggil oleh pengacara majlis semasa Majlis Minum Petang KEBIRUS sekolah untuk diberi penghargaan. EH mewakili Panitia Bahasa Melayu. Mungkin GKMP Bahasa yang menilai dan mencadangkan nama-nama guru di bawah seliaan beliau kepada pihak pentadbir. Ok semua, sekian dan sayonara!





EH : Lepas ni RPH format KSSM pula...




Thursday, December 22, 2016

Corat - Coret : Baju Batik Sekolah Tahun 2017

Assalammualaikum dan selamat petang...


Pergi ke kedai tukang jahit untuk mengambil sehelai baju batik sekolah dan sepasang baju Melayu Teluk Belanga untuk lebaran nanti.



Hi! Warna tema baju batik sekolah tahun hadapan adalah warna biru. Baju batik ini akan digunakan pada hari pendaftaran nanti oleh semua guru di sekolah EH supaya seragam. Rasa sekejap je cuti sekolah pada tahun ni. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Batik panitia pun warna biru...

Penghargaan : Kehadiran Penuh Tahun 2016...

Assalammualaikum dan selamat pagi...



Teringin sangat mahu mendapat hamper untuk seorang diri. Kebiasaannya hamper mesti hadiah berkumpulan. Akhirnya tercapai keinginan itu. Syukur Alhamdulillah....



Hi! Nampak tak tulisan yang tertera pada bungkusan hamper di atas? EH mendapat hamper tersebut semasa Majlis Minum Petang KEBIRUS sekolah EH. Syukur pada Ilahi atas nikmat dan keupayaan hadir ke sekolah pada tahun ini.




EH : Motivasi diri....

Tuesday, December 20, 2016

Agenda : Seronoknya Mandi Di Air Terjun Kota Tinggi...

Assalammualaikum dan selamat malam....


Mendapat maklumat daripada laman Muka Buku bahawa Air Terjun Kota Tinggi sedang membuat promosi di sana. Tiket masuk untuk warganegara RM5.30 termasuk cukai GST seorang dan parkir kereta pula berharga RM3.00. Ada yang menyatakan promosi ini berakhir sehingga hujung bulan Disember ini sahaja.




Hi! Menghabiskan sisa-sisa cuti ke sekolah di sini hari ini. Lama tidak menjejakkan kaki ke sini. Mungkin kali terakhir pergi ke air terjun ini pada usia 5 atau 6 tahun dahulu. Ok semua, sekian dan sayonara!




Mandi di ruangan paling atas tadi dengan airnya yang jernih dan sejuk sekali. Sangat berpuas hati.



EH : Makanan pun boleh bawa sekali...

Monday, December 19, 2016

Sekolah : Penyerahan Keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

Assalammualaikum dan selamat malam...


Bermacam-macam gelagat yang dapat dilihat di dewan sekolah siang tadi ketika calon-calon PT3 2016 mengambil slip pentaksiran mereka. Tahniah!



Hi! Hari ini mungkin merupakan titik permulaan kepada calon-calon PT3 untuk menentukan haluan pilihan mereka semasa aliran menengah atas nanti. Buatlah pilihan dengan bijak. Seandainya perlu, mintalah pandangan daripada guru kaunseling di sekolah. Ok semua, sekian dan sayonara!



Jika jatuh tersungkur, bangkitlah dalam meneruskan perjuangan suci. Kejayaan tidak datang dengan semudah menulis status di laman sosial.




EH : Subjek BM ada peningkatan. Alhamdulillah..

Sunday, December 18, 2016

Agenda : Pengantin Nurul Akmar Bt Salajudin Dan Luqman Hakim...

Assalammualaikum dan selamat malam...


Bagai pinang dibelah dua. Sama cantik, sama padan pasangan mempelai di atas pelamin yang indah.



Hi! Siang tadi sempat menghadiri majlis persandingan rakan satu sekolah menengah EH di Dewan Taman Molek. Lama tidak berjumpa sejak tahun 2006. "Selamat pengantin baharu Puan Nurul Akmar Bt Salajudin dan Encik Luqman Hakim B Md Kamal," semoga berbahagia hingga ke jannah. Ok semua, sekian dan sayonara!




Teringat kembali di dewan persandingan tadi pernah bekerja Watsons dengan Akmar selepas tamat peperiksaan SPM.



EH : Berita melalui media sosial....

Saturday, December 17, 2016

Agenda : Berkebun Sebentar

Assalammualaikum dan selamat petang....


Anak pokok pisang yang dibawa dari Kampung Parit Lubok Sipat, Benut.



Hi! Aktiviti mengeluarkan peluh dengan menggembur tanah di sekitar tanaman pokok pisang di halaman rumah abang dan memotong daun-daun keringnya. Kebetulan cuaca mengizinkan untuk berkebun sebentar. Berapa bulan agak- agaknya pokok pisang akan berbuah? Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Berbudi pada tanah...

Friday, December 16, 2016

Corat-Coret : Rumah Mampu Milik Johor

Assalammualaikum dan selamat malam...


Terus pergi ke pejabat pemaju jualan perumahan untuk bertanyakan  maklumat lebih lanjut tentang Projek Perumahan Mampu Milik Johor. Manalah tahu boleh membuat permohonan secara langsung dengan pemaju perumahan. Kerani pemaju memberi penjelasan bahawa pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (SUKJ) yang bertanggungjawab sepenuhnya dengan permohonan rumah ini. Kertas di atas merupakan ole-ole yang diterima daripada kerani itu. Huhuu..



Hi! Terkejut melihat di hadapan rumah abang di Taman Pulai Indah sedang dibangunkan dengan Projek Perumahan Mampu Milik Johor. Rumah teres 2 tingkat yang mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. EH berminat dengan lokasi rumah tersebut. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Berdekatan dengan masjid...

Agenda : Tukar Selera Di Pizza Hut, Pulai Perdana

Assalammualaikum dan selamat malam...


Rancangnya mahu singgah di Yus Bianco Pizza, Skudai tetapi terlajak sampai ke Pulai Perdana kerana salah masuk simpang untuk ke sana.



Hi! Berhenti sekejap di Pizza Hut, Pulai Perdana kerana ingin membungkus pizza. Tekak ingin memakan pizza tatkala cuti sekolah ni. Kebetulan Pizza Hut ada membuat promosi ketika ini iaitu pizza yang kecil RM5, sederhana RM10 dan besar RM15 sehingga bulan Mac 2017. Ok semua, sekian dan sayonara!



Menempah Aloha Chicken Pizza dan Island Tuna Pizza untuk dibawa pulang.




EH : Harga termasuk cukai GST...

Tuesday, December 13, 2016

Destinasi : Singgah Ke Tanjung Balau, Kota Tinggi

Assalammualaikum dan selamat malam...



Menikmati kesegaran angin pantai dengan deruan ombak serta pemandangan yang menenangkan fikiran ini. SubhanAllah dan Allahu Akbar!



Hi! Orang kata, "menyelam sambil minum air". Semasa balik dari Bandar Penawar, Kota Tinggi singgah pula ke Tanjung Balau. Kalau tidak mahu ke sini, boleh merehatkan minda di Pantai Desaru yang berdekatan dengan Tanjung Balau ini juga. Pilihan anda? Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Suka pemandangan pantai.

Agenda : Ke Aeon Tebrau City Pula..

Assalammualaikum dan selamat malam...


Terus menuju ke Kaunter Khidmat Pelanggan di aras 2 setibanya di Aeon Tebrau City petang tadi.


Hi! Tujuan utama pergi ke sini adalah untuk mengambil sub kad keahlian adik. Memang sudah dijangka waktu puncak menghala ke Tiram pergerakan kenderaan tersangat perlahan. Meredah kesesakan tersebut dengan menaiki motorsikal. Mudahkan! Ok semua, sekian dan sayonara!



Kad keahlian adik EH. Anda ada tak? Hehee...



EH  : Hujan turun ketika pulang...

Agenda : Majlis Persandingan Suriani Syed Ali dan Suami...

Assalammualaikum dan selamat malam...


Setibanya di Bandar Penawar, Kota Tinggi pasangan pengantin sudah makan damai di halaman rumahnya.



Hi! Bila hujung tahun pasti banyak kad undangan walimatulurus yang diterima. Ada yang memberi kad itu sendiri atau dijemput menggunakan laman media sosial. Begitulah perbezaan yang dapat dirasai ketika tahun 90-an dan masa kini. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Kad undangan berderet...

Agenda : Ke Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Seremban

Assalammualaikum dan selamat pagi...



Cikgu Muzaidi yang merupakan rakan sebilik abang semasa belajar di UKM memilih untuk bersanding di dewan IPG ini. Tahniah!



Hi! Menikmati musim cuti sekolah dengan menghadiri jemputan majlis perkahwinan yang diterima termasuklah ke Negeri Sembilan untuk menyaksikan raja sehari di atas pelamin. Semasa perjalanan dari Johor Bahru ke Seremban terdapat 3 kemalangan di Lebuh Raya PLUS. Adakalanya pemanduan menjadi perlahan di atas jalan kerana banyak kenderaan ekoran cuti sekolah dan cuti hujung minggu. Ok semua, sekian dan sayonara!



2 mempelai bersanding bersama.



Sama cantik, sama padan juga rakan baik Muz yang merupakan seorang anggota polis bersanding di dewan yang sama. Tahniah sekali lagi diucapkan!




EH : Seperti berada di zaman kuliah dahulu..






Monday, December 12, 2016

Corat-Coret : Salam Maulidur Rasul 1438H

Assalammualaikum dan selamat petang..


Selamat menyambt hari Maulidur Rasul 1438 Hijrah. Jom banyakkan berselawat!



Hi! Syukur Alhamdulillah bersua lagi dengan hari kelahiran nabi terakhir umat Islam iaitu Nabi Muhammad junjungan mulia. Meriah di masjid-masjid kedengaran jemaah-jemaah berselawat tanda kecintaan kepada Rasullullah. Kalaulah hari-hari begini mesti seronok. Betul tak? Ok semua, sekian dan sayonra!



EH : Sepanduk, kain rentang dan perarakan...


Friday, December 9, 2016

Agenda : Steamboat di Bucida Garden, Bandar Seri Alam

Assalammualaikum dan selamat malam...



Abang belanja satu keluarga makan steamboat di Bucida Garden, Bandar Seri Alam. Syukur Alhamdulillah, kenyang...



Hi! EH boleh bagi 8 daripada 10 bintang makan steamboat di sini. Beraneka menu dan hidangan untuk pilihan pelanggan. Berhampiran dengan Kip Mart Seri Alam dan sungguh menikmati apabila dapat duduk semeja menjamu selera seisi keluarga. Anda mesti cuba! Ok semua, sekian dan sayonara!



Kenangan yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.



EH : Ramai pelanggan. Meriah!

Agenda : Hadiah Perkahwinan Nur Shuhada Binti Anuar

Assalammualaikum dan selamat malam...


Hadiah yang dikirimkan melalui pesanan pos kepada anak tunggal ibu angkat di Sabak Bernam, Selangor. Maaf kerana tidak dapat hadir ke majlis walimatulurus anak ibu.



Hi! Pernah tak terjadi bila benda yang dirancang akhirnya tidak jadi kesudahannya? Begitulah perancangan awal untuk datang ke rumah ibu angkat semasa cuti sekolah ni. Disebabkan mempunyai tugasan di sekolah disaat-saat akhir, perancangan tersebut terpaksa dibatalkan bukan dengan sengaja. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Manusia dan perasaan...

Menu : Pulut Kuning dan Rendang Daging

Assalammualaikum dan selamat malam...


Ada beras pulut yang adik beli dari Thailand ketika ke sana lalu terciptalah menu pulut kuning dan rendang daging. Jujur, memang sedap rendang daging emak EH. Tak tipu!



Hi! Sempat emak mengukus pulut kuning dan memasak daging yang dibeli di Pasar Smart untuk hidangan rendang daging yang paling sedap. Terasa kerisik dan rempah-rempah rendang. Menu ini sempena hari lahir emak. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Rezeki. Alhamdulillah...

Corat-Coret : Selamat Hari Lahir Mak!

Assalammualaikum dan selamat malam...


Kek Coklat Indulgance Secret Recipe yang dibeli oleh adik semasa hari jadi emak.



Hi! Belum terlewat untuk EH mengucapkan, " Selamat Hari Lahir Bonda Tercinta". Semoga Puan Sanah Binti Ali dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa diberkati Ilahi. Emak lahir pada tahun 1960. Cuba kira berapakah umur mak sekarang? Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Umur sekadar angka?


Thursday, December 8, 2016

Sekolah : Persediaan Tahun Baharu Di Bilik Darjah...

Assalammualaikum dan selamat pagi...


Jadual waktu kelas EH pada tahun ini. Dicetak di atas kanvas dan boleh diguna berulang kali. Jimat! Hehee...



Hi! Apabila melayari laman sosial, ramai rakan guru yang berkongsi apa-apa persediaan alam persekolahan yang akan tiba di sana. Perkongsian tersebut bermanfaat dan boleh digunakan di dalam bilik darjah. Menyimpan bahan atau dokemen terus ke perisian tab untuk kegunaan pelajar-pelajar di sekolah. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Mood cuti sekolah...

Corat-Coret : Warna Tema Blog Tahun 2017

Assalammualaikum dan selamat pagi...


Logo baharu blog EH sempena akan tiba tahun 2017. Apa pendapat anda ek?


Hi! Akhirnya EH memilih warna merah sebagai warna tema blog untuk kali ini. Berharap EH akan lebih rajin mengemaskini entri di blog ini walaupun adakalanya mempunyai urusan yang perlu disiapkan di sekolah. Pada EH, blog boleh dianggap sebagai diari seseorang. Setuju? Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Merah tuah...

Sunday, October 2, 2016

Corat-Coret : Salam Tahun Baharu 1438H!

Assalammualaikum dan selamat pagi...


Sekejap sahaja masa berlalu dengan pantas. Hari ini sudah masuk tahun baharu dalam kalender Islam. Syukur Alhamdulillah....


Hi! Saban tahun pasti ada azam baharu bila tibanya tahun baharu. Betul tak? Begitu juga dengan EH. Apa yang pasti semoga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Salam Tahun Baharu 1438 Hijrah kepada semua umat Islam! Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Hijrah & Pengorbanan...

Wednesday, July 6, 2016

Syawal : Salam Lebaran 1437H...

Assalammualaikum dan salam syawal...


Berhari raya di desa sungguh menyeronokkan.


Hi! Genap sebulan umat Islam menunaikan ibadah berpuasa di bulan Ramadan yang penuh barakah. Hari ini 1 Syawal 1437H merupakan hari kemenangan dan berhari raya. Dengam penuh rendah diri EH mengucapan, "Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir dan batin!"



EH : Harapan syawal...


Monday, July 4, 2016

Lebaran : Kipas Serta Aktiviti Kunjung-Mengunjungi...

Assalammualaikum dan selamat berpuasa...


Kipas sate. Siapa yang ada kipas ni di rumah? Kita geng... heheeeeee



Hi! Sekadar peringatan untuk diri ini semasa aktiviti kunjung-mengunjungi di hari lebaran nanti. Seandainya rumah yang dikunjungi tiada pendingin hawa atau bekalan kipas jangan ditunjuk-tunjukkan akan kekurangan rumah tersebut. Contohnya, anak muda duduk di ruang tamu menjamu hidangan lebaran dengan tangan asyik mengipas-ngipas diri dengan menggunakan helaian kertas mahupun surat khabar. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Lebih-lebih lagi beraya di desa...

Sunday, July 3, 2016

Menu Berbuka : Evolusi Martabak Yang Enak...

Assalammualaikum dan selamat berpuasa...


Martabak daging keju yang dibeli di Kampung Kurnia, Majidee. Kebiasaannya lokasi membeli martabak di Kampung Melayu.



Hi! Antara menu berbuka puasa yang mudah dan dibeli oleh masyarakat sudah semestinya martabak. Selain evolusi dengan kahadiran martabak keju, pada EH martabak daging yang biasa dibeli ialah pada masa kini kurang diletakkan daging cincangnya. Buktinya apabila dipotong martabak tersebut tidak banyak ketulan daging cincang yang bertaburan pada kertas minyak itu. Setuju? Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Penangan dewasa ini....

Saturday, July 2, 2016

Dari Lazada : Bungkusan Aidilfitri 2...

Assalammualaikum dan selamat berpuasa...


Semalam sempat mengambil bungkusan yang dipos oleh pihak Lazada sebelum menservis kereta di Pusat Servis Perodua. Bermakna ini bungkusan kedua untuk Aidilfitri yang ditempah secara online pada minggu lepas.


Hi! Kalau ada masa terluang, kadang-kadang suka mengeksploitasi lelaman jualan secara online. Melihat promosi yang diberikan dengan harga yang menakjubkan. Memberi ganjaran kepada diri membeli barang online untuk digunakan pada hari lebaran atau untuk mengajar di sekolah. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Lama berfikir sebelum membeli....

Friday, July 1, 2016

Lebaran : Servis Kereta Sebelum Hari Raya Menjelma...

Assalammualaikum dan selamat berpuasa...


Servis kereta di Pusat Servis Perodua. Sudah servis kereta anda sebelum balik ke kampung?



Hi! Ada di kalangan rakan guru EH yang sudah pulang ke kampung semalam sejurus habis sesi P&P. Rasa simpati dan kasihan apabila rakan guru memaklumkan di group whats app sekolah bahawa kereta meragam di Kuantan tatkala ingin pulang ke kampung di Pantai Timur. Dugaan Ramadan. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Mood balik kampung...

Thursday, June 30, 2016

Lebaran : Beli Kuih Kapit Cikgu Azlina...

Assalammualaikum dan selamat berpuasa...


Membeli kuih kapit perisa coklat dan kacang daripada Kak Azlina. Mesti rangup kuih ni bila masuk ke dalam mulut. Tidak percaya ke?


Hi! Suka apabila melihat cikgu-cikgu membawa bungkusan biskut raya yang ditempah dengan rakan guru untuk dibawa sebagai buah tangan semasa pulang ke kampung.  Tadi sebelum pelajar-pelajar pulang dari sekolah diadakan majlis maaf-bermaafan menyambut 1 Syawal yang bakal tiba. Tidak dilupakan cikgu-cikgu berjabat tangan mengucapkan, "Selamat Hari Raya!" Ok semua, sekian dan sayonara!


EH : Hati-hati memandu pulang ke kampung...

Tuesday, June 28, 2016

Dari Lazada : Bungkusan Aidilfitri 1

Assalammualaikum dan selamat berpuasa...


Horey! Semalam bungkusan yang pertama sempena Aidilfitri dari Lazada telah pun tiba. Tempah hari khamis malam jumaat minggu lepas, semalam hari Isnin barang sudah sampai. Tidak lama berurusan membeli-belah di aplikasi Lazada.



Hi! Minggu lepas tempah minyak wangi sempena lebaran di Lazada. Minyak wangi tersebut mempunyai potongan diskaun yang agak banyak pada EH dengan harga mampu milik. Itu yang terus tempah untuk memilikinya. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Berwangi-wangian....

Monday, June 27, 2016

Gara-Gara Komunikasi Melalui Whats App...

Assalammualaikum dan selamat berpuasa....


Kebanyakan organisasi mempunyai group whats app untuk memudahkan penyampaian maklumat dilakukan termasuklah di sekolah EH. Dalam telefon pintar anda, ada berapa group whats app yang aktif?


Hi! Gara-gara line internet bermasalah semalam, nama kelas EH naik di group whats app sekolah oleh pengetua dengan emotion marah sebab EH tidak mengemaskini bilangan ibu bapa yang hadir mengambil penyata kad semalam. Habis bila tiba di sekolah tadi cikgu-cikgu memerli insiden tersebut. Walhal semalam borang kehadiran ibu bapa sudah dihantar kepada setiausaha hari terbuka sekolah. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Asyik-asyik whats app...

Sunday, June 26, 2016

Selesai Kisah Hari Terbuka Sekolah Tadi...

Assalammualaikum dan selamat berpuasa....


Berkongsi tempat yang sama dengan Kak Fauziliyana semasa hari terbuka sekolah tadi. Sambil menunggu kehadiran ibu bapa dan pelajar datang, membuka laman sosial untuk mengetahui maklumat terkini.


Hi! Selesai sesi hari terbuka sekolah tadi pada jam 12.00 tengah hari. Seramai 22/27 orang pelajar yang hadir bersama ibu bapa mereka. Syukur Alhamdulillah sebanya RM115.00 dapat dikumpulkan semasa derma ikhlas tadi untuk disumbangkan semula dana tersebut pada Majlis Kasih Ramadan nanti. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Ibu bapa sangat memahami

Saturday, June 25, 2016

Baju Batik Hari Terbuka Sekolah

Assalammualaikum dan selamat berpuasa...


Kain untuk baju batik ini diberikan oleh rakan EH pada 16 September 2013 dan kini baru dihantar ke tukang jahit. Baju batik siap digosok untuk dipakai semasa hari terbuka sekolah nanti. Hampir 3 tahun kain ini disimpan dengan rapi di dalam gerobok.



Hi! Pada kebiasaannya EH lebih suka membeli baju batik yang sudah siap dijahit untuk dipakai semasa bekerja. Mungkin disebabkan kos membeli baju tersebut lebih murah berbanding jika kita menempah pakaian dengan tukang jahit. Bagaimana pula dengan pilihan anda? Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Ahad pakaian batik di Johor...

Friday, June 24, 2016

Duit Raya Tahun 2016

Assalammualaikum dan selamat berpuasa....


Antara duit raya yang ditukar dari bank dan sebahagian sampul duit raya yang diberi percuma.


Hi! Saban tahun apabila menjelangnya lebaran, duit raya akan disediakan untuk diberikan terutamanya kepada kanak-kanak juga sanak saudara. Nilai duit raya bukanlah menjadi ukuran. Niat keikhlasan memberi lebih penting dan bermakna ketika meraikan hari yang berbahagia itu nanti. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Tradisi pemberian duit raya boleh ditukarkan dengan buah tangan yang lain tak?

Thursday, June 23, 2016

Di Sana-Sini Promosi Jualan Hari Raya Aidilfitri!

Assalammualaikum dan selamat berpuasa....


Selain di pasar raya, jual beli di alam maya juga mempromosikan jualan hari raya. Pernah tak membeli-belah menggunakan aplikasi, "Lazada"?


Hi! Ada yang sibuk dengan persiapan menyambut hari lebaran? Mesti rambang mata melihat promosi di sana sini. Apa yang penting, berbelanjalah dengan penuh berhemah bukan ikut hawa nafsu yang akan punah. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Peringatan untuk diri ini!


Tuesday, June 21, 2016

Apakah Warna Tema Baju Raya Tahun 2016?

Assalammualaikum dan selamat berpuasa...


Sampin hijau yang EH beli dari Langkawi semasa lawatan pasca PT3 tahun lepas akan disarung bersama baju melayu di atas apabila menjelangnya 1 Syawal 1437H nanti. Sepadan tak agak-agaknya?


Hi! Jurujual di pasar raya ada memaklumkan bahawa ramai orang pada tahun ini mencari baju raya berwarna hijau lebih-lebih lagi yang gemarkan pemakaian busana lebaran sedondon seisi keluarga. EH tidak pasti rakyat Malaysia mencari baju lebaran berwarna hijau muda atau hijau tua untuk warna tema baju raya tahun 2016. Adakah warna tema, 'mak ko ijau' kembali lagi? Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Sejuk mata memandang...

Monday, June 20, 2016

Hari Terbuka Sekolah Pada Minggu Hadapan...

Assalammualaikum dan selamat berpuasa....


Mencetak slip peperiksaan pertengahan tahun melalui aplikasi SAPS sekolah.


Hi! Minggu hadapan merupakan hari terbuka sekolah. Jika dibandingkan dengan tahun lepas, tahun ini hari terbuka sekolah dijalankan pada bulan Ramadan Al-mubarak. Esok akan diadakan taklimat hari terbuka pula. Ok semua, sekian dan sayonara!



EH : Sesi konsultasi bersama ibu bapa...