Tuesday, November 10, 2015

Selamat Hari Deepavali Tahun 2015

Assalammualaikum dan selamat pagi....


Selamat Hari Deeapavali Tahun 2015 kepada semua masyarakat beragama Hindu. Meriah bunyi mercun berdentam-dentum tengah malam tadi.....Heheeeeee



Hi! Syukur tahun ni EH dapat bercuti panjang sedikit berbanding tahun lepas walaupun di sekolah tiada pelajar yang berbangsa India. Dapatlah berehat seketika daripada menjadi pengawas peperiksaan SPM di SMK (F) Tenggaroh yang berakhir 8/12/15 nanti. Ini keunikan silang budaya yang dapat dinikmati di bumi Malaysia. Adakah anda bercuti pada hari ini? Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Releksasi Minda....




EH : Makan maruku....





Sunday, October 18, 2015

Hari Graduasi SMK Tan Sri Abdul Kadir Tahun 2015

Assalammualaikum dan selamat malam...



Banner Hari Graduasi dan Hari Kecemerlangan pelajar tingkatan 5....


Setelah ditunda sebelum ini ekoran cuti khas jerebu, hari ini selesai sudah Hari Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan Tingkatan 5 STAR. Seperti biasa EH berganding bahu bersama Cikgu Farah menggalas tugas sebagai pengacara majlis di Dewan Seri Budiman siang tadi. Bertuah pelajar sekolah menengah sekarang ada majlis graduasi. Setuju? Ok, sekian dan sayonara!


Segmen Bimbingan dan Kaunseling....






EH : Dahulu dan sekarang....

Saturday, October 17, 2015

Di Pulai Spring Resort, Majlis Makan Malam SMK Tan Sri Abdul Kadir Tahun 2015

Assalammualaikum dan selamat malam....


Antara barisan guru dan kakitangan STAR yang hadir semalam. Gambar di atas, detik sebelum tirai melabuhkan agenda.



Dari Taman Pulai Indah terus memandu ke destinasi majlis makan malam tempat bekerja EH. Dengan bertemakan kostium bebas, acara bermula lebih kurang jam 8.30 malam. Anda pernah hadiri majlis makan malam di resort ini? Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen ekspresi interaksi.




EH : Beraneka kek...

Tugas Baharu Menjelang Peperiksaan SPM 2015!

Assalammualaikum dan selamat malam....


Percaya setiap rencana daripada-Nya pasti ada hikmah yang diri ini tidak tahu apakah kesudahan episod indah ini.



Pada tahun ini diberi amanah untuk mengajar subjek bahasa Melayu tingkatan 5. Sudah pastinya, pada tarikh keramat 2 November 2015 nanti calon SPM akan menjawab subjek BM itu. Semoga para pelajar beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti. Amin! Ok semua, sekian dan sayonara!



 Segmen Bimbingan dan Kaunseling.




EH : Choice Theory & quality world.


Friday, January 16, 2015

Syukuri Nikmat Teladan Hidup...

Assalammualaikum dan selamat pagi...


Berdasarkan teori William Glasser, manusia bermasalah mungkin disebabkan kurangnya basic need dalam hidup mereka. Boleh jadi kurangnya rasa love and belonging, freedom, power, survival mahupun fun. Apa yang anda mahukan sekarang?



Hi! Ada ke orang yang suka diceloteh, ditegur ataupun dimarah oleh orang di sekelilingnya? Mungkin melalui tindakan tersebut insan yang bernama manusia akan terfikir makna kehidupan ini dan cuba memperbaiki kekurangan diri. Justeru, bertanggungjawablah dengan pilihan hidup yang dipilih pada ketika ini. Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Bimbingan dan Kaunseling....





EH : Tindakan efektif atau tidak?

Thursday, January 8, 2015

Buku Diari 2015 Dan Kenangan 1998...

Assalammualaikum dan selamat hari khamis...



 Ikut abang pergi ke Mydin Bandar Baru Uda dan membeli buku diari 2015 untuk memudahkan segala catatan berkaitan perancangan serta aktiviti seharian terutamanya yang bersangkut-paut dengan urusan sekolah. 



Hi! Semasa darjah 5 Bestari sekolah rendah dahulu, Cikgu BM EH iaitu Cikgu Hajjah Rubiah mewajibkan kami sekelas menulis diari di dalam buku setiap hari dan menghantarnya pada setiap hari khamis. Cikgu Hajjah Rubiah akan membaca, menyemak dan memperbetulkan setiap penulisan diari kami baik dari segi kesalahan ejaan mahupun kesalahan tatabahasa. Mungkin itulah strategi Cikgu Rubiah untuk memahirkan anak muridnya dalam penulisan BM. Ok semua, sekian dan sayonara!




Segmen Releksasi Minda...





EH : Arwah tegas & garang. Al-fatihah...





Pandangan : Di mana telefon bimbit diletakkan semasa memandu?

Assalammualaikum dan selamat petang...



Boleh tak sehari sahaja tidak memegang telefon bimbit? Jawapan EH tidak dan jawapan anda? Heheee




Hi! Memandu seorang diri dan dalam perjalanan yang agak jauh? Letaklah telefon bimbit anda pada tempat yang mudah didengari bunyinya serta mudah dicapai terutamanya bagi kaum hawa yang gemar meletak alat komunikasi tersebut di dalam beg tangan. Sebagai contoh pada masa kini maklumat disampaikan melalui aplikasi what's up dan jika kita terdengar bunyi masuk what's up bolehlah membacanya sekali imbas sambil memperlahankan kenderaan. Lagi-lagi maklumat penting seperti penangguhan mesyuarat pengurusan. Setuju tak? Ok semua, sekian dan sayonara!




Segmen Releksasi Minda...






EH : Tidak membazir masa, tenaga & pulus...





Monday, January 5, 2015

Bertanggungjawab Atas Pilihan Yang Dibuat...

Assalammualaikum dan selamat petang...




Teori kaunseling daripada William Glasser, Choice Theory Reality Therapy menekankan sikap kebertanggungjawaban pilihan yang dibuat dalam dunia realiti ini. 




Hi! Setiap insan bertanggungjawab memilih keputusan dalam hidupnya untuk membentuk identiti berjaya atau identiti gagal. Keputusan yang dibuat setelah mendapat kata sepakat majoriti seharusnya dihargai untuk tingkah laku keseluruhan dalam hidup ini. Mungkin kegagalan pilihan pada hari inilah yang akan menjadikan perlakuan efektif pada hari esok. Ok semua, sekian dan sayonara!




Segmen Bimbingan dan Kaunseling...




EH : Marah akan emosi...

Hafiz Hamidun, Kasih PadaMu...

Assalammualaikum dan selamat petang...




Lagu Kasih PadaMu nyanyian Hafiz Hamidun ini ada dimainkan dalam rancangan khas sempena Telemovie Maulidur Rasul di TV9 pada hari sabtu yang lepas. Anda tengok tak telemovie tersebut?




Hi! Pernah dengar lagu Kasih PadaMu ini tak? Bila didengar lirik yang ditulis oleh pengacara rancangan Malaysia Hari Ini (MHI), Ahmad Fedtri Yahya menggambarkan keperibadian mulia Rasulullah S.A.W dalam menyampaikan ajaran Islam yang benar ini. Semoga tidak putus asa dalam menyampaikan sesuatu yang hak untuk kehidupan yang lebih diberkati daripada-Nya. Ok semua, sekian dan sayonara!




Segmen Terapi Entertaiment...





EH : Jalan berliku...

Saturday, January 3, 2015

Salam Maulidur Rasul 1436 Hijrah...

Assalammualaikum dan selamat pagi...



Syukur Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menikmati tarikh 12 Rabbiulawal pada tahun hijrah ini. Masih kedengaran meriahnya sambutan Maulidur Rasul di sana sini memperingati perjuangan Nabi Muhammad S.A.W dalam menyebarkan agama suci Islam. Bagaimana sambutan Maulidur Rasul di tempat anda?




Hi! Nabi Muhammad merupakan insan yang terpuji daripada semua aspek termasuklah akhlak, tutur kata, pemikiran dan sebagainya. Berharap baginda merupakan idola dan ikutan sepanjang zaman. Selamat menyambut hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W 1436 Hijrah. Ok semua, sekian dan sayonara!




Segmen Releksasi Minda...





EH : Rasulullah penyuluh kegelapan...











Friday, January 2, 2015

Kumpulan Ungu, Shalawat...

Assalammualaikum dan selamat malam...




Berdoa dan berharap mangsa-mangsa banjir tabah serta sabar menghadapi dugaan Tuhan terutamanya rakan sekerja EH yang masih berada di kampung bertungkus lumus membersihkan rumah mereka yang dilanda musibah air bah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Subhanallah!




Hi! Masa perjalanan untuk membeli chicken chop di Hutan Bandar Bistro, Radio Best FM ada memutarkan lagu Shalawat daripada kumpulan Ungu. Teringat lagu ni masa tujuh tahun yang lalu ketika zaman belajar tidur di atas katil dua tingkat menggunakan telefon bimbit Nokia. Mari kita dengar lagu tersebut. Ok semua, sekian dan sayonara!




Berselawat tanda cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W.





Segmen Terapi Entertaiment...




EH : 12 Rabbiulawal 1436H





Thursday, January 1, 2015

Salam Tahun Baharu 2015 Masihi!

Assalammualaikum dan selamat malam...



Hari yang indah bersama percikan cerita yang sangat menarik daripada Maha Pencipta. Salam Tahun Baharu Masihi!



Hi! EH setuju dengan Teori Kaunseling Aflred Adler iaitu melalui sifat sosialisasi manusia dengan persekitaran akan menyebabkan rasa inferioriti dan rasa itulah yang menjadikan kita berusaha mencapai tahap superioriti. Mustahil manusia yang bernyawa tak nak berjaya. Betul tak? Semoga kejayaan di dunia dan akhirat dapat dicapai. Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Releksasi Minda...




EH : Kegagalan & kejayaan, lumrah hidup!

Selesai Tugas Menjual Buku Di Koperasi STAR...

Assalammualaikum dan selamat malam...



Bergandingan dengan Cikgu Syafiq bertugas di koperasi menjual buku untuk para pelajar tingkatan tiga pada tahun ini. 



Hi! Lebih kurang pukul 11.30 pagi kaunter menjual buku bagi tingkatan tiga ditutup ekoran tiada lagi pelajar dan ibu bapa yang mahu melakukan urusan jual beli. Seawal jam 8.00 pagi lagi kelihatan ramai yang sedang menunggu di luar kopearasi sekolah dengan pelbagai reaksi untuk membeli buku. Berasa seronok melihat persediaan para pelajar untuk sesi persekolahan yang baharu ini. Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Bimbingan dan Kaunseling...




EH : Pengorbanan menuntut imu...