Sunday, October 12, 2014

Posting Di SMK Tan Sri Abdul Kadir, Mersing...

Assalammualaikum dan selamat petang...


Keputusan penempatan di sekolah yang dipaparkan melalui portal Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ). Syukur Ya, Allah...



Alhamdulillah akhirnya EH sudah mengetahui ke mana kaki ini akan melangkah untuk berkhidmat mendidik dan mengajar para pelajar di sekolah. SMK Tan Sri Abdul Kadir, Mersing di Felda Tenggaroh lima merupakan sekolah yang akan EH lapor diri pada hari esok. InsyaAllah berharap segala urusan dipermudahkan oleh-Nya. Amin...Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Bimbingan dan Kaunseling...




EH : Bumi Mersing, Johor....

Thursday, October 2, 2014

Senarai Semak Tindakan Untuk Posting Ke Sekolah...

Assalammualaikum dan selamat hari khamis...


Senarai semak tindakan untuk melapor diri ke`sekolah pada 13hb Oktober nanti. Harap sangat segala dokumen yang diperlukan oleh pihak sekolah dapat diberi pada kerani nanti.



Hi! EH dan rakan-rakan yang ingin melaporkan diri ke sekolah pasti berdebar dan rungsing untuk menyiapkan segala keperluan termasuk dokumen-dokumen peribadi. Mujur ada kawan-kawan yang berkongsi senarai semak untuk kemudahan bersama. Terima kasih! Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Bimbingan dan Kaunseling...




EH : Fotokopi dokumen...

Buat i-Akaun Ahli KWSP...

Assalammualaikum dan selamat petang...


Untuk melapor diri pada 13hb ni, pihak sekolah memerlukan nombor KWSP. Maklumat butiran diri EH tidak mempunyai alamat surat-menyurat. Malas nak pergi pusat KWSP, EH mengemaskini maklumat menggunakan alam maya sahaja. Boleh lihat penyata akaun sekali!



Hi! Untuk anda yang sudah ada akaun KWSP bolehlah menggunakan perkhidmatan online untuk i-Akaun Ahli KWSP. Perlu mendapatkan 6 digi kod pengaktifan i-Akaun Ahli dengan menelefon pihak KWSP ditalian 03-89226000. Sesudah itu anda boleh daftar log in dan menggunakan alam maya untuk akaun KWSP anda. Mudah bukan? Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Bimbingan dan Kaunseling...



EH : Sudah ada i-Akaun Ahli KWSP tak?