Tuesday, September 30, 2014

Tegar, Ke Mana Kasih Sayang

Assalammualaikum dan selamat malam...


Hidup mesti diteruskan walaupun dugaan datang menerpa...



Hi! Biasa dengar lagu Tegar ni masa dengar radio Best.fm. Lagu yang berkisahkan rasa rindu seorang anak kepada kedua ibu bapanya. Memang sesuai dengan tajuk lagunya. Jom kita layan lagu tersebua! Ok semua, sekian dan sayonara!



Lagu Ke mana kasih sayang daripada artis Indonesia Tegar. Apa pendapat anda tentang lagu ni ek?




Segmen Terapi Entertaiment...




EH : Salam kasih sayang....

Monday, September 29, 2014

Nama Untuk Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS DG41)

Assalammualaikum dan selamat hari isnin...


Alhamdulillah, nama EH naik untuk semakan posting pada bulan Oktober ni. Ya Allah!



Hi! Seramai empat orang coursemate EH dapat dipostingkan di negeri darul takzim. Ini bermakna EH tidak keseorang semasa taklimat 13hb nanti. Cabaran untuk bergelar guru tetap semakin dirasai. Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Bimbingan dan Kaunseling....




EH : Allah Maha Mengetahui!





Semakan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS DG41)

Assalammualaikum dan selamat petang...



Boleh tak baca hebahan di atas? Sungguh berdebar hari ini....



Hi! Mesti ramai kawan-kawan calon simpanan EH berdebar menanti hari ini termasuk diri EH. Hari ini 29 September 2014 boleh menyemak untuk penempatan PPPS DG 41 untuk posting 13 Oktober ni. Semoga ada sinar untuk calon simpanan. Amin! Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Bimbingan dan Kaunseling...




EH : Semoga berjaya!



Thursday, September 25, 2014

Sudut Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan

Assalammualaikum dan selamat tengah hari...


Tiga orang pelajar membantu EH  untuk menyiapkan sudut Pendidikan Sivik di bilik guru. Gracias!



Sempena bulan kemerdekaan, Panitia Sivik telah mengadakan satu pertandingan yang dinamakan Pertandingan Sudut Sivik. Terdapat tiga sudut yang menyertai pertandingan tersebut yang memaparkan foto-foto khidmat masyarakat SMKTDT daripada Panitia Sivik. Selamat maju jaya dan terima kasih membantu EH! Ok semua, sekian dan sayonara!



Syahira daripada tingkatan 1 Cempaka menggunting beberapa gambar khidmat masyarakat SMKTDT untuk ditampat nanti.



Para pelajar yang membantu EH setelah menyiapkan sudut Pendidikan Sivik. Yahoo!




Sudut Bimbingan dan Kaunseling...





EH : Salam kemerdekaan yang ke-57!

Tuesday, September 23, 2014

Tahniah! Markah Tertinggi Kertas Ujian 2 ABM...

Assalammualaikum dan selamat hari selasa...



Tahniah Chan Jun Lin daripada kelas Peralihan A yang mendapat markah 95%. Semoga Jun Lin terus sukses di hari-hari yang mendatang, Siapa pula yang mendapat markah tertinggi untuk kelas Peralihan B ek? Jeng jeng jeng....Heheeee



Sudah semestinya, apabila sudah menanda kertas ujian atau peperiksaan cikgu tidak sabar untuk mengetahui siapa pelajarnya yang mendapat markah tertinggi. Berapakah markah yang pelajar-pelajarnya dapat? Berapa ramai pelajar yang lulus atau gagal? Betul tak? Syabas, untuk para pelajar EH yang berjaya menduduki kertas Amalan Bahasa Melayu (ABM) ujian 2. Ok semua, sekian dan sayonara!



Jika kelas sebelah, pelajar perempuan yang mendapat markah tertinggi berbeza dengan kelas Peralihan B yang lebih satu markah dengan Jun Lin iaitu Lee Wei Loon pelajar lelaki yang berjaya mendapat markah 96%. Tahniah dan syabas daripada EH!




Segmen Bimbingan dan Kaunseling...




EH : Semua orang berhak untuk berjaya...

Selesai Menanda Soalan ABM Ujian Bulanan 2

Assalammualaikum dan selamat malam...


 Rasa tenang bila kertas ujian bulanan 2 sudah siap ditanda. Setelah membuat ulangkaji bersama pelajar, tiba masanya para pelajar berusaha memahami apa yang telah dipelajari di dalam kelas.



Walaupun sekadar ujian bulanan 2, ternyata daripada situ dapat dilihat usaha dan pencapaian para pelajar peralihan menguasai sesuatu subjek. Untuk subjek Amalan Bahasa Melayu (ABM), ada segelintir pelajar yang menguasai dan memahami ilmu pembelajaran yang diajar oleh EH. Tahniah atas usaha yang ditunjukkan oleh mereka! Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Bimbingan dan Kaunseling




EH : Selepas ini peperiksaan akhir tahun!

Sunday, September 14, 2014

Selamat Pengantin Baharu Syafiq dan Erna...

Assalammualaikum dan selamat petang...


Baharu sahaja pulang dari majlis persandingan rakan sekolah rendah EH iaitu Syafiq dan pasangannya, Erna. Selamat pengantin baharu untuk kalian berdua. Selamat menempuhi alam rumah tangga dan berbahagia hingga ke taman firdausi. Tahniah!



Hi! Tahu tak anda aplikasi what's up dapat menghubungkan semula EH dan rakan-rakan sekolah rendah EH yang ada diantaranya telah lama tidak bersua. Melalui aplikasi tersebut jugalah rakan-rakan mengkhabarkan sesuatu kepada kami semua. Terima kasih juga kepada Syafiq kerana mengundang EH ke majlis perkahwinannya tadi. Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Refleksi Minda...



EH : BarakAllah till jannah....