Wednesday, November 20, 2013

Rabu Tanpa Bicara : Selamat Bercuti Sekolah Tahun 2013!


Saturday, November 16, 2013

Jadi Guru Ganti KGSK Di SMK Taman Desa Tebrau, JB

Assalammualaikum dan selamat pagi...


 SMK Taman Desa Tebrau berdekatan dengan pusat membeli-belah Aeon Tebrau City atau dahulunya dikenali dengan nama Jusco Tebrau City...


Selamat bercuti! Hari ini para pelajar sudah memulakan cuti persekolahan sesi 2013 selama enam minggu. Semalam juga hari terakhir EH menjadi guru ganti KGSK di SMK Taman Desa Tebrau, JB.


Bersama para pelajar pasca PMR yang mengisi masa terluang dengan bermain chess, Siapa agak-agaknya yang menang ek?


Setelah beriadah di padang, pelajar pasca PMR berkumpul di Anjung Seri Tanjung untuk akttiviti seterusnya...


Walaupun semalam merupakan hari terakhir sesi persekolahan, kedatangan para pelajar di sekolah ini agak memuaskan. Mereka mendapat pinjaman buku teks dan sibuk mengemas kelas. Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Releksasi Minda...



EH : Sekolah satu sesi...




Wednesday, November 6, 2013

Rabu Tanpa Bicara : Selamat Menjawab Peperiksaan SPM & STPM 2013!


Tuesday, November 5, 2013

Salam Awal Muharam 1435 Hijrah!

Assalammualaikum dan selamat pagi...



Lumrah kehidupan pertemuan akan berakhir dengan perpisahan. Berpisah dengan Zulhijjah 1434H & bertemu dengan Muharam 1435H. Alhamdulillah....


Semoga terus tabah dan sabar dalam melalui kehidupan yang terbentang luas dengan onak badai melambai-lambai melemahkan kendiri ini untuk terus melangkah meninggalkan tapak kaki di belakang sana. Syukur bertemu lagi dengan tahun baharu Islam. Salam Awal Muharam 1435 Hijrah kepada semua umat Islam. Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Releksasi Minda...



EH : Umur bertambah lagi...






Monday, November 4, 2013

Murah Sarapan Di Warung Parit Betak, Benut...

Assalammualaikum dan selamat hari isnin...




Kampung emak di Parit Lubuk Sipat, Benut dekat dengan Parit Betak...


Pada pendapat EH agak murah bersarapan di warung Parit Betak bila balik ke kampung emak. EH bertiga bersarapan di sana hanya RM5.70. Murah jika dibandingkan dengan di Bandaraya JB. Setuju?


Antara menu sarapan adalah teh tarik, teh o. kopi o, nasi lemak, roti kosong 2 dan sekeping roti telur. Semuanya berjumlah RM5.70.


Kalau balik kampung emak juga ada menu sarapan yang EH tak pernah jumpa kat JB iaitu "bom". Bukan roti bom tau! Kalau nak rasa belilah di Warung Ancan kat Simpang, Kg Parit Lubuk Sipat... Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Ekspresi Interaksi...



EH : Sudah bersarapan?


Sejenak Di Puteri Harbour, Nusajaya, Johor....

Assalammualaikum dan selamat pagi...


 Singgah sebentar di Puteri Harbour untuk menyaksikan acara ini. Nampak tak banner di atas?


Ada yang masih bercuti hari ni? Hari minggu semalam sebelum ke rumah abang di Pulai Indah, EH sempat singgah melihat acara yang julung-julung kali di buat di Nusajaya, Johor. Acaranya adalah Nusajaya International Triathlon 2013.


Selepas berenang, peserta menyelesaikan tugasan seterusnya dengan berbasikal...


Peserta berlumba-lumba diantara satu sama lain. Peserta dari Malaysia menduduki tempat keberapa ye?


Keindahan pemandangan di Puteri Harbour...


Inilah garisan penamat setelah peserta berlari, berenang dan berbasikal.

Sebenarnya EH tidak tunggu sampai acara tamat. Sekadar melihat kemeriahan hari minggu di Nusajaya. Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Ekspresi Interaksi...



EH : Lalu Legoland...







Saturday, November 2, 2013

Selamat Hari Deepavali 2013!

Assalammualaikum dan selamat pagi...


Ada yang balik ke kampung hari ni? Berhati-hati di jalan raya dan Selamat Hari Deepavali 2013!



Seronok bila lihat pelajar-pelajar di sekolah berbual mengenai sambutan Hari Raya Deepavali. Inilah keistimewaan sekolah yang mempunyai pelajar yang berbilang bangsa. "Selamat Hari Deepavali 2013!", EH ucapakan kepada semua masyarakat India. Raikan hari cahaya dengan penuh keindahan...Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Releksasi Minda...





EH : Deepavali & maruku...