Monday, September 30, 2013

Hari Konvokesyen Saya Tanpa Arwah Abah...

Assalammualaikum dan selamat petang...


 Sebelum menghembuskan nafas terakhir, arwah abah ada menyatakan nak ikut ke Tanjung Malim untuk konvokesyen EH. Gambar selepas mengambil scroll ijazah tanpa emak dan abah tercinta.


Berita sedih untuk EH sekeluarga sehari sebelum EH bergraduasi adalah abah meninggalkan dunia ini kerana dek perbuatan orang. Puas kami berikhtiar untuk mengeluarkan benda yang menempel di badan arwah. Namun Allah lebih menyayangi arwah dan memanggilnya pada hari rabu, 11 Sept 2013.


EH berhasrat untuk tidak pergi ke majlis bersejarah sesi pagi ini. Namun difikirkan semula, yang pergi tetap pergi dan yang bernyawa harus meneruskan kehidupan ini. Selepas tahlil malam pertama, EH bertolak ke Tanjung Malim bersama abang dan adik EH menaiki kereta dengan memandu secara perlahan-lahan. Syukur, sampai di Tanjung Malim pada subuh 12 Sept 2013....


 Bergambar bersama sepupu di Pesta Konvo yang telah bergraduasi di UPSI pada hari selasa lalu. Niat EH pergi ke Tanjung Malim pada hari khamis tersebut adalah untuk mengambil scroll di atas pentas dan menyelesaikan semua urusan di UPSI. EH sangat rushing pada hari tersebut untuk pulang ke JB semula bagi tahlil malam kedua. Tak sempat bergambar dengan coursemate!


Hadiah Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling ini khususnya untuk arwah abah.Empat tahun bertungkus-lumus menamatkan pengajian dan ingin pergi ke konvokesyen bersama arwah abah tidak kesampaian. Ya Allah!


Siapa yang tidak sedih bila kematian ahli keluarga? Lebih-lebih lagi persiapan untuk konvokesyen EH telah dibuat awal-awal lagi seperti penginapan dan sebagainya. EH redha dengan ketentuan Yang Maha Esa... Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Bimbingan dan Kaunseling


EH : Al-Fatihah untuk arwah abah...







Friday, September 27, 2013

Lagu Shalat Dulu, Iwan Syahman

Assalammualaikum dan selamat hari jumaat...

 Bersyukur kepada-Nya kerana masih dapat menghirup udara di sekeliling ini.. Alhamdulillah....

Teringat masa dua tahun yang lepas, masa temankan arwah abah buat rumah abang kat Taman Kota Putri. Disebabkan bosan bawalah radio sebagai peneman di sana. Lepas tu radio Suria Fm ada putar lagu ni. Lagu apa ek?


 
Inilah lagunya, "Shalat Dulu" daripada artis dangdut yang popular pada satu ketika dahulu dan kini telah berhijrah iaitu Iwan Syahman. 


EH percaya anda semua ada memori bersama lagu yang pernah anda dengar tidak kiralah samada di corong radio atau di mana sahaja. Semoga lagu tersebut memberi inspirasi agar anda menjadi lebih terbaik pada hari ini. Setuju? Ok semua, sekian dan sayonara!

 Segmen Terapi Entertaiment...


EH : Hari terakhir jumaat pada bulan ini....

Wednesday, September 25, 2013

Rabu Tanpa Bicara : Selamat Konvokesyen Mahasiswa/i UPSI!


Tuesday, September 24, 2013

Mee Hot Plate, Giant Plentong

Assalammualaikum dan selamat pagi....

Pada hari jumaat yang lepas, selepas pergi ke Permas Jaya EH sempat singgah ke Giant Plentong. Niat di hati nak membeli keropok lekor mentah di Pasar Tani tapi singgah di Medan Selera menikmati Mee Hot Plate seketika. Emmm sedap!

 Mee hot plate ayam + telur ayam yang panas lagi pedas berharga rm6.80. Membasah tekak dengan Milo Ais hanya rm2.00 sahaja. Kalau tak nak pedas tak payah letak lada jeruk dan sambal lada. Mudahkan!

Medan selera Giant, Plentong yang menjadi tempat persinggahan untuk beristirehat seketika. Pernah singgah di sini tak ek?


Selepas perut kenyang, baharulah EH pergi ke Pasar Tani membeli keropok lekor mentah, nasi ambang, kuih tomagelek dan air cendol. Banyak tak makanan yang EH beli? Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Ekspresi Interaksi...



EH : Petang jumaat yang hangat...

 

Friday, September 20, 2013

Hafiz Hamidun - Hasbi Rabbi

Assalammualaikum dan selamat pagi....

Mencari ketenangan daripada-Nya di hari jumaat yang indah ini.....


Hi semua! Sebelum pergi menunaikan solat Jumaat, apa kata kita dengar dahulu alunan zikir daripada Hafiz Hamidun yang memuji keagungan Yang Maha Esa. Ayuh!


Zikir Terapi Hafiz Hamidun iaitu Hasbi Rabbi. Terpegun tak dengan klip video tersebut?


Semoga sentiasa diberi ketenangan dalam melalui kehidupan ini. Semalam merupakan sejarah, hari ini kenyataan dan esok pula adalah harapan. Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Terapi Entertaiment


EH : Sentiasa mengingati-Nya....



Thursday, September 19, 2013

Guru Ganti KGSK Di SMK Bandar Seri Alam, Masai....

Assalammualaikum dan selamat petang....

Menjadi guru ganti KGSK di SMK Bandar Seri Alam pula. Pengalaman Baharu!


Syukur Alhamdulillah dapat juga EH mengaplikasikan ilmu  yang dipelajari di UPSI kepada pelajar-pelajar SMKBSA. Subjek apa yang EH ajar di sekolah sana ek?

EH mengajar subjek bahasa Melayu tingkatan 4 dan 5. Inilah jadual Cikgu Farduha yang EH ambil alih kerana beliau cuti bersalin. Cuba tengok, hari apa yang EH free?


Di dewan Za'ba inilah tempat EH mengambil kehadiran pada waktu pagi. Merasa beban tugas menjadi seorang guru tingkatan. Mengira bilangan pelajar....Heheeee


Untuk pengetahuan anda, EH telah mengambil fokus tumpuan bahasa Melayu di UPSI. Setidak-tidaknya ada juga ilmu yang disampaikan kepada calon-calon SPM SMKBSA. Lebih-lebih lagi subjek bahasa Melayu merupakan subjek wajib lulus SPM selain sejarah. Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Bimbingan dan Kaunseling....


EH : Membaca karangan pelajar....