Monday, October 15, 2012

Enaknya Tidur!

Salam dan holahai...


Selamat malam semua! Anda masih belum tidur lagi ke blogger ek? Tidur merupakan satu nikmat yang dapat merehatkan kognitif, emosi dan tingkah laku kita setelah melakukan aktiviti seharian. Student kadang-kadang harus mengorbankan waktu tidur demi menyiapkan tuntutan sebagai seorang pelajar.



Tidur yang mencukupi dapat mengekalkan kesihatan kita..




Sebelum EH tidur, EH nak kongsikan beberapa kesan buruk kalau kita kurang tidur. Agak-agaknya apa kesannya ek? Mari kita lihat..

  • peningkatan berat badan
  • tekanan darah tinggi
  • sistem imun kurang berkesan
  • badan jadi lemah dan lesu
  • muka jadi tak ceria dan pucat
  • pedih-pedih pada mata dan mata jadi merah
  • mudah tumbuh jerawat pada muka
  • otak berserabut dan tertekan
  • mudah pening kepala 



Banyak juga kesan buruk kurang tidur ye. Manusia memerlukan tujuh hingga lapan jam waktu tidur dalam sehari. So, jangan la tidur lambat sangat, nanti bangun pun lambat juga. Ok semua bantal dan tilam dah memanggil ni. Mimpi yang indah n sayonara!
(Sumber : Portal Rasmi Unit Penilaian dan Kompetensi Jabatan Pelajaran Negeri Kedah)



Berdoa agar diberkati Illahi..





EH : Esok pagi ada temujanji dengan pensyarah penyelia tesis...

Sunday, October 14, 2012

Program Finishing School Siri 1

 Pelbagai maklumat yang diperolehi dalam slot Persediaan Menghadapi Sesi Temuduga..



Salam dan holahai...
Selamat beristirehat di hari minggu ni. Semalam EH dan Geng Ekstrovert EH diwajibkan menghadiri Program Finishing School siri 1 yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling & Kerjaya UPSI. Program tersebut dijalankan di Bilik Seminar Bangunan Bitarasiswa.



Rajin pulak nak update blog hari ni dalam slot Bimbingan & Kaunseling.


Walaupun dari pagi sampai ke petang mengikuti program ni, tapi banyak input yang diperolehi dari panel penemuduga sebenar dan pegawai dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Selain batch kaunseling, program pendidikan KH, Seni dan Muzik turut menghangatkan perkongsian pendapat. Kecoh juga bilik seminar tu semalam...Hotz!


Sempat singgah ke Pasar Malam dan makan KFC selepas program ni selesai. Lepak santai bersama bakal cikgu-cikgu Nuzik...


Sebenarnya program ni bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada graduan UPSI mengenai kerjaya seorang guru selepas tamat belajar nanti. Sebab tu ada slot Simulasi Menghadiri Temuduga. Program ni ada lagi dua siri yang perlu EH ikuti sebagai syarat untuk bergraduasi.



Susah nak jumpa macam gini masa sem akhir ni. Semua sibuk dengan tugasan yang banyak. Pelajar muzik pun akui jugak...heheee



Apa pun EH boleh bagi 6 per 10 bintang berdasarkan penilaian terhadap program ni. Paling suka sekali dapat bersoseh-soseh dengan member-member seperjuangan ni masa pergi Pekan Tg. Malim. Jarang jumpa dorang kat kampus. Masa yang ada ni digunakan sebaik mungkin. Cayok kawan-kawan! Ok la nak permisi dulu. Sayonara....


Menarik Untuk Dibaca (Sila Klik)
Program Finishing School Siri 2
Program Finishing School Siri 3 



EH : Masa praktikum kena handle Minggu Kerjaya SMKBS...







Thursday, October 11, 2012

Bercakap Jujur Walaupun Ianya Pahit...




Salam dan holahai..
Selamat pagi blogger semua. Kenapa tajuk EH hari ni ek? Deng deng...Sebenarnya EH tak berapa suka orang yang tak bercakap jujur lagi-lagi kerap sangat asyik berbohong. EH rasa kalau amik bidang kaunseling, sikap ni seharusnya dielakkan supaya tidak berlaku persepsi negatif pelajar terhadap kaunselor.


EH tertarik dengan artikel kosmo hari ni, Pemandu teksi diberi AS$2,000 kerana bersikap jujur (klik untuk baca artikel tersebut) Kerana sifat murni ini Allah telah memberi ganjaran kepada pemandu teksi di Las Vegas, Amerika Syarikat. Kalau kita buat baik, insyaAllah akan ada perkara atau benda baik yang kita akan dapat. Tak susahkan?



Sudah-sudahlah bercakap bohong...




Pahit bukan selamanya. Dari bahasa verbal seseorang telah menggambarkan personaliti siapa diri dia yang sebenar. Tak nak cakap banyak la. Hopefully, dijauhkanlah EH daripada sifat yang suka berbohong dan tidak jujur. EH selesa dengan cara yang sederhana sebegini. Alrite, dah nak pergi kuliah ni. Sayonara semua!
(Sumber : Kosmo, 11 Oktober 2012)




Semua ini pilihan anda..




EH : Sifat jujur salah satu sifat Nabi...