Friday, February 7, 2014

Pernah dengar lagu Ibu, Haddad Alwi Feat Farhan?

Assalammualikum dan selamat hari jumaat...

Santai-santai di petang jumaat . Bagaimana mood anda hari ni ek?


Hi semua! Bulan lepas anda ada menyaksikan drama "Balqis" arahan pengarah tersohor negara, Kak Erma Fatima dalam slot drama Festival KL di TV3 tak? Tentu anda ada dengar lagu ini :


Lirik yang menghargai pengorbanan ibu. Lagu "Ibu" nyayian Haddad Alwi feat Farhan. Comel dan imut dengar suara Farhan. Bagaimana pendapat anda?



Banyak lagu yang membawa tema pengorbanan ibu yang boleh anda dengar. Salah satunya lagu ini. Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Terapi Entertaiment...



EH : Terima kasih ibu!



Wednesday, February 5, 2014

Rabu Tanpa Bicara : Percaya Rezeki Daripada-Nya...


Tuesday, February 4, 2014

Singgah Sebentar di Pantai Peranginan Teluk Kemang, Port Dickson...

Assalammualaikum dan selamat hari Selasa...


Anda pernah pergi ke sini tak? Pantai Peranginan Teluk Kemang, Port Dickson...


Ada yang masih lagi bercuti hari ni? Semalam selepas hantar adik EH yang bongsu balik ke Kem PLKN Warisan Masjid Tanah, Melaka sempat singgah sebentar di Negeri Sembilan. Sahaja berjalan di tempat orang melihat keindahan waktu petang di Port Dickson...


Pemandangan matahari terbenam di pantai. Subhanallah cantiknya...




Desiran ombak sentiasa kelihatan walaupun hari mulai senja. Butiran pasir yang halus umpama memijak tepung gandum yang lembut dan melekat di celah jejari kaki.



Menikmati angin yang sepoi-sepoi bahasa sambil berjalan di tepi pantai. Ramai juga orang yang pergi ke sini semalam.


Tak lama berada di sana sebelum bertolak ke JB. Kebetulan masih lagi dalam mood cuti CNY, perjalanan pergi dalam balik semalam kenderaan bergerak perlahan di lebuh raya PLUS. Ada juga berlaku kemalangan kenderaan. Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Ekspresi Interaksi



EH: Jauh perjalanan luas pemandangan....