Showing posts with label Ekspresi Interaksi. Show all posts
Showing posts with label Ekspresi Interaksi. Show all posts

Friday, June 8, 2018

PTM : Batch Terakhir Yang Mengikuti Kursus Ini...

Assalammualaikum dan selamat malam...



Salah satu aktiviti PTM iaitu senamrobik sebelum mengikuti ceramah slot daripada pensyarah-pensyarah Institut Perguruan Temenggong Ibrahim (IPTI), Larkin.




Hai! PTM singkatan bagi Program Transformasi Minda yang diadakan untuk penjawat-penjawat awam seperti cikgu bagi mengesahkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan. Program yang berlangsung selama 5 hari 4 malam di IPTI. Umum mengetahui EH dan rakan-rakan guru yang lain merupakan batch terakhir yang mengikuti program PTM pada ketika itu manakala batch junior EH berkursus dengan menjawab soalan secara online iaitu EPSA. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Cerita tahun 2017....

Sunday, June 3, 2018

Agenda : Ke Bazar Ramadan Bandar Putra, Kulai

Assalammualaikum dan selamat pagi...



Mencari juadah berbuka puasa sambil melihat gelagat manusia di bulan yang penuh berkat ini.




Hai! Bazar Ramadan Bandar Putra, Kulai merupakan bazar yang kedua EH kunjungi sepanjang bulan puasa ini. Mungkin sibuk bekerja di bulan puasa merupakan salah satu alasan tidak sempat untuk singgah ke bazar Ramadan. Biasanya membeli kuih-muih untuk berbuka di kedai tepi jalan sahaja di tempat kawasan rumah EH sewaktu balik dari sekolah. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Qadaq pergi bazar Ramadan waktu cuti sekolah minggu hadapan nanti....

Monday, May 28, 2018

Agenda : Ke Dobi Taman Desa Harmoni

Assalammualaikum dan selamat pagi....




Kadang-kadang terfikir perkhidmatan mendobi sendiri ni memudahkan orang lebih-lebih bila cuaca di luar sana hujan tanpa henti. Setuju?




Hi! Disebabkan dobi di Taman Molek ramai orang terus bertukar destinasi mendobi sendiri di Taman Desa Harmoni. Tak sangka walaupun esok kebanyakan orang bekerja namun perkhidmatan dobi ini masih mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat.  Tak pelik perniagaan ini turut berkembang di luar bandar. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Tak putus-putus pengunjung tiba...










Sunday, May 27, 2018

Agenda : Tempah Hamper Di Econsave, Taman Daya..

Assalammualaikum dan selamat pagi...



Tempah 6 biji hamper setiap satu berjumlah RM50.00 di Econsave, Taman Daya untuk pemenang bulanan kelas terbersih bagi setiap tingkatan.




Hi! Bagi kali ini EH bertugas sebagai guru kebersihan kelas. Setiap kelas akan dinilai kebersihan dan keceriaan kelas mereka. Kelas yang menang setiap minggu akan mendapat sijil penghargaan manakala pemenang bulanan akan menerima hamper juga sijil. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Mudah berurusan dengan pekerja Econsave, Taman Daya....

Friday, May 25, 2018

Rumah Saya : Berurusan Di Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta JB....

Assalammualaikum dan selamat malam...




Dokumen yang diperlukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta untuk pinjaman rumah baharu EH.




Hi! Siapa tahu kenapa EH perlu berurusan dengan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta? Jawapannya kerana EH membeli rumah yang sudah siap oleh pihak pemaju. Jabatan Penilaian akan menilai harga semasa rumah EH sebelum menghantar dokumen untuk pinjaman LPPSA pula.




EH : Tak silap, rumah baharu EH dah siap pada tahun 2016.


Wednesday, May 23, 2018

Agenda : Lawatan Pengawas Pusat Sumber Sekolah Ke Putrajaya...

Assalammualaikum dan selamat pagi....



EH dan guru pusat sumber sekolah turut bergambar di hadapan bangunan pejabat Perdana Menteri seusai menunaikan solat Zuhur di Masjid Putrajaya.




Hi! Ini program lawatan yang pertama EH ikuti sepanjang menjadi guru pusat sumber sekolah. Destinasi utama lawatan ini adalah ke Pameran Buku Antarabangsa di PWTC, Kuala Lumpur. Bertolak dari JB lebih kurang jam 8.00 pagi dan sampai di Putrajaya pukul 12.30 tengah hari. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Bulan lepas ke Putrajaya juga....

Tuesday, May 22, 2018

Agenda : Selesai Berurusan Di Pejabat KWSP JB

Assalammualaikum dan selamat pagi....



Ingatkan nak pergi hari ahad pagi minggu hadapan tetapi kerani di sekolah tidak mencadangkan kerana dikhuatiri ramai orang pada waktu tersebut. Ya la, pekerja sektor swasta bercuti pada hari minggu.




Hi! EH memilih skim pencen dalam perkhidmatan. Menghantar dokumen yang diperlukan untuk pengeluaran duit KWSP bagi skim tersebut. Sangat mudah dan pantas apabila berurusan di sana jika dokumen yang diperlukan lengkap. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Mujur ada i-Akaun KWSP....

Monday, May 21, 2018

Rumah Saya : Rumah Siap Sedia Untuk Diduduki....

Assalammualaikum dan selamat pagi....



Encik Izhar memberitahu bahawa rumah yang ditawarkan kepada EH tinggal lebih kurang 10 unit untuk lot bumi sahaja semasa pameran perumahan di Plaza Angsana.




Hi! Sebenarnya rumah yang EH beli sudah siap sedia untuk diduduki. Ini bermaksud pihak pemaju mungkin ingin menghabiskan jualan rumah bumi lot di sana. Pada EH, harga rumah tersebut masih lagi ok jika dibandingkan dengan projek perumahan lain di sekitar kawasan Johor ni. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Sempat tinjau kawasan rumah sebelum membuat keputusan untuk membeli...

Sunday, May 20, 2018

Rumah Saya : Pameran Perumahan Di Plaza Angsana...

Assalammualaikum dan selamat malam....



Memang EH mencari dan ingin membeli rumah teres setingkat sebab malas nak naik turun tangga kalau rumah dua tingkat. Ok tak rumah teres setingkat ni ek?



Hi! Jenuh mencari rumah teres setingkat untuk dibeli di kawasan Johor Bahru ni. Kebetulan masa bulan 8 tahun lepas, cuaca sangat panas di tempat kediaman EH. Dengan niat untuk mengambil udara sejuk pendingin hawa di Aeon Mall Bandar Dato' Mall  lalu singgah di Plaza Angsana untuk membeli buku bahasa Melayu lantas terpegun dengan tawaran pemaju di Karnival Perumahan di situ. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Bermulalah episod berurusan membeli rumah teres setingkat dengan Encik Izhar....


Sunday, June 4, 2017

Agenda : Ke Today's Mall Ulu Tiram Pula?

Assalammualaikum dan selamat malam...



Cuaca panas pada bulan Ramadan ini menguji kesabaran setiap umat-Nya. Tak salah mencari pasar raya yang mempunyai pendingin hawa yang kuat untuk menyejukkan badan ini.




Hi! Pergi ke Today's Mall Ulu Tiram untuk melihat Ekspo Parkson Jualan Gudang. Kalau ada yang berkenan bolehlah beli untuk persiapan hari raya nanti. Ternyata, melangkah kaki ke sini dapat membeli dua helai baju untuk kegunaan nanti dengan harga yang sangat berpatutan. Ok semua, sekian dan sayonara!



Sempat singgah melihat kawasan perumahan Bandar Tiram sebelum balik ke rumah. Foto : FB Today's Mall Ulu Tiram.





EH : Jalan-jalan di bulan puasa...

Saturday, June 3, 2017

Agenda : Meriah Bazar Hari Raya Di Pasar Borong, Pandan

Assalammualaikum dan selamat malam...



Tak tipu, kalau ada bazar ni saban tahun jalan nak menghala ke Pasar Borong Pandan pasti sesak. Adakalanya kesesakan sehingga jalan Kampung Melayu bagi yang hendak menuju ke Kota Tinggi. Ini terbukti kemeriahan di sana dengan  pengunjung yang ingin membuat persiapan sempena 1 Syawal 1438H nanti termasuklah warga Singapura. Anda pernah pergi ke bazar ini tak?




Hi! Semalam sempat singgah melihat pakaian yang mungkin menjadi trend pada raya kali ini di Bazar Hari Raya, Pasar Borong Pandan. Mata ini sangat terpegun dengan aneka baju Melayu dan samping yang dijual oleh para peniaga. Pengunjung pun saling tawar-menawar baju raya yang hendak dibeli di sana. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Mujur naik motosikal ke sana...



Monday, May 1, 2017

Agenda : Mendaki Gunung Lambak, Kluang

Assalammualaikum dan selamat malam...



Memberi ganjaran pada diri sendiri dengan mendaki Gunung Lambak.



Hi! Syukur Alhamdulillah akhirnya berjaya mendaki gunung yang berketinggian 1400m. Hampir berputus asa untuk meneruskan misi pendakian dan mahu membatalkan hajat yang dirancang disaat-saat akhir. Setelah beberapa kali berhenti seketika, memakan masa hampir dua jam baharulah dapat menikmati pemandangan yang indah di atas puncak gunung tersebut. Ok semua, sekian dan sayonara!



Berhenti sekejap ketika berada pada ketinggian 800m. Jenuh dan penat tidak terkata pada ketika ini. Percaya tak?



Keindahan kawasan hutan yang menghijau dengan kicauan bunyi burung, unggas dan cengkerik.



Liputan panggilan telefon masih boleh diterima walaupun berada di atas puncuk gunung ini.



Dengar betul-betul, bunyi apakah itu?




Berehat sambil bervideo sebagai kenangan di sana...




EH : Hujan ketika turun gunung.









Saturday, April 22, 2017

Agenda : Program Transformasi Minda (PTM) Siri 4 / 2017

Assalammualaikum dan selamat pagi...


Program 5 hari 4 malam ini dijalankan di Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.



Hi! Untuk ke sekian kalinya, EH dan rakan-rakan yang posting di sekolah pada tahun 2014 dipanggil untuk mengikuti program ini. Program tersebut merupakan salah satu syarat untuk pengesahan jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di sektor awam. Ayuh kita lihat kenangan sepanjang program berlangsung!


EH dilantik menjadi ketua kumpulan 10 iaitu Kumpulan Ben 10.


Banyak aktiviti berkumpulan dan pembentangan dijalankan.


Tugasan yang agak mencabar apabila diminta untuk menguruskan malam kebudayaan dengan bertemakan angkasa. Kumpulan EH diminta membuat persembahan syair. Sedap dan lunak alunan suara Cikgu Noraini Binti Munawar yang mendeklamasikan syair pada malam tersebut untuk Kumpulan Ben 10.


Meminjam dan memulangkan peralatan muzik di Jabatan Muzik, Blok D IPG tersebut. Peralatan itu digunakan untuk malam kebudayaan bagi persembahan pentomen, sketsa, lakonan, sajak, syair, pantun, boria, dikir barat, nyayian dan tarian. Pada ketika ini, Tok Penghulu sedang menghatar alas meja dan bunga-bunga di Dewan Kuliah A (DKA).


Syukur Alhamdulillah kumpulan EH memenangi kategori kumpulan paling bekerjasama. Terima kasih kawan-kawan kerana penat dan lelah kita membuahkan hasil.


Bergambar bersama Tok Penghulu Program iaitu Cikgu Mohd Alif Aqwa.


Kumpulan Ben 10 berfoto bersama para pensyarah dan fasilitator program ini.


Sesi kenang-kenangan sebelum pulang ke rumah.


Cikgu-cikgu lelaki yang menghadiri program ini.


Semoga EH lulus Program Transformasi Minda ini dan sah jawatan. Sememangnya program ini sangat bermakna dan bernilai pada diri EH. Ok semua, sekian dan sayonara!



Rakan kaunseling semasa pengajian di UPSI suatu ketika dahulu.





EH : Rasa seronok program seperti ini....























Saturday, March 25, 2017

Destinasi : Ke Pantai Batu Layar, Kota Tinggi...

Assalammualaikum dan selamat pagi...



Destinasi kedua terus pergi Pantai Batu Layar. Tidaklah jauh sangat pantai ini dari Pantai Tanjung Balau. Tenang melihat ombak air di pantai. Setuju tak?



Hi! Apabila sampai di Pantai Batu Layar, keadaannya tidak seramai pengunjung di Pantai Tanjung Balau tadi. Mungkin lokasinya yang agak tersorok sedikit. Pada EH, di sini lebih privasi merehatkan minda sejenak. Ok semua, sekian dan sayonara!




Desiran ombak pantai yang menenangkan. Syukur Alhamdulillah...



EH : Ronda cuti sekolah...

Destinasi : Beristirahat Di Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi....

Assalammualaikum dan selamat pagi...


Rancang disaat-saat akhir untuk beristirahat di pantai area Kota Tinggi.



Hi! Selepas Solat Jumaat bersiap-siap untuk pergi ke pantai. Dalam perancangan mahu ke Pantai Desaru tetapi pantai tersebut tidak boleh dikunjungi kerana sedang dinaik taraf kawasan persekitarannya. Terus menuju ke Pantai Tanjung Balau pula.



Walaupun pada waktu petang, ramai pengunjung yang bersantai di sini.



Tikar dibentang dan menikmati keindahan pemandangan pantai.



Suasana petang di tepi pantai




Jambatan di Lebuh Raya Desaru. Kagum dan terpersona.




Tidak lama selepas itu, meneruskan destinasi yang kedua pula. Ok semua, sekian dan sayonara!




EH : Melalui Lebuh Raya Desaru...


Friday, March 24, 2017

Corat-Coret : Ke Kampung Pt. Muhammad, Parit Sulong, Batu Pahat

Assalammualaikum dan selamat malam...



Biasanya orang-orang di sini menyebut kampung ini ialah Kampung Parit Che Mad...



Hi! Alang-alang sudah sampai di Batu Pahat, singgah sekejap di kampung arwah abah. Sempat melihat sekitar keadaan kampung selepas pulang dari Taman Perindustrian Seri Sulong dan Parit Lapis Maimon.



Di hadapan halaman rumah peninggalan arwah atuk.



Sebelum ini, kawasan tersebut ditanam dengan pokok-pokok manggis. Jakun melihat pokok-pokok manggis yang rendang lebih-lebih lagi apabila musim buah manggis di kampung tiba.



Apabila hari raya menjelma pada zaman kanak-kanak dahulu, kawasan ini penuh dengan kereta Pak Cik, Mak Cik dan saudara-mara yang balik ke kampung.



Kebun di belakang rumah.



Sebelah bangsal terdapat tempat simpanan air hujan. Kenangan balik ke kampung dahulu kala, apabila air untuk diminum tidak kira untuk dibuat air teh atau kopi menggunakan air hujan yang disimpan di dalam bekas tersebut atas permintaan dan arahan arwah atuk.



Lain hulu, lain belalang, lain dahulu, lain sekarang. Ada tak yang kampungnya terletak di bandar? Balik ke kampung atau bandar? Heheee... Ok semua, sekian dan sayonara!





EH : Memanfaatkan waktu cuti sekolah....











Thursday, March 23, 2017

Destinasi : Ke Pantai Punggur, Rengit Batu Pahat...

Assalammualaikum dan selamat pagi....



Berswafoto kendiri semasa berada di Pantai Punggur ini.



Hi! Semasa hendak pulang ke kampung di Benut, Pontian sempat singgah ke Pantai Punggur, Rengit. Kebetulan seusai menghadiri majlis perkahwinan di Parit Sulong, Batu Pahat dan melalui jalan lama berhenti sekejap melihat pemandangan di sana. Anda pernah pergi ke pantai ini? Ok semua, sekian dan sayonara!




Pemandangan waktu senja di Pantai Punggur.




EH : Teruja ke Kedai Kuala, Rengit...