Tuesday, December 30, 2014

Bertugas Menjual Buku 2015 Di STAR...

Assalammualaikum dan selamat petang...




Tirai 1 Januari 2015 dengan tugasan dan tanggungjawab di sekolah. Sumber daripada aplikasi what's up sekolah.




Hi! Gambar di atas menunjukkan jadual EH bertugas menjual buku di STAR pada awal tahun Masihi untuk para pelajar tingkatan tiga. Walaupun semalam Timbalan Perdana Menteri mengumumkan cuti persekolahan pada penggal ini dilanjutkan lagi namun guru-guru melakukan persediaan yang secukupnya untuk sesi persekolahan tahun baharu nanti. Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Bimbingan dan Kaunseling...





EH : Merasionalkan kognitif....









Saturday, December 27, 2014

Memetik Buah Ciku Di Kampung, Benut...

Assalammualaikum dan selamat malam...


Musim hujan sebegini, kelihatan pokok ciku di kampung lebat dan besar-besar saiz buahnya. Suka makan buah ciku tak?



Hi! Memang seronok menghabiskan masa cuti sekolah di kampung lebih-lebih lagi kalau tengah musim buah-buahan. Balik ke kampung bonet kereta kosong dan pulang ke rumah dengan bonet yang sarat dengan buah-buahan seperti pisang, ciku, kelapa dan sebagainya. Pernah alami situasi sebegitu tak?



EH dan Mak Cik sudah memetik buah-buahan di halaman kampung seawal jam lapan pagi seusai sarapan kuih bom di dapur. 




Mak Cik dan Pak Cik lah yang tinggal di kampung Mak EH di Parit Lubok Sipat, Benut setelah arwah Atok dan Nenek tiada lagi di muka bumi ini.




Bila saudara-mara pun balik ke kampung menziarahi sesama ahli keluaraga terasa meriah dengan perkongsian cerita yang tiada nokhtahnya sambil menikmati keindahan suasana desa di musim cuti persekolahan ini. Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Ekspresi Interaksi...





EH : Kisah cuti sekolah...

Selamat Pengantin Baharu Hafandy & Siti Azura...

Assalammualaikum dan selamat malam...


Memilih tema berwarna merah jambu semasa majlis walimatulurus di pihak lelaki. Kelihatan cantik dan segak seri pengantin pada petang itu.



Belum terlambat untuk EH ucapkan, "Selamat pengantin baharu" kepada sepupu EH iaitu Hafandy dan pasangannya Siti Azura. Seminggu hari ini EH, emak dan abang EH pergi ke majlis yang indah itu di Jalan Sungai Suloh, Batu Pahat, Johor. Semoga berbahagia hingga ke taman firdausi kulaan. Heheee... Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Ekspresi Interaksi...




EH : Berkonvoi dari Benut...