Thursday, December 18, 2014

Rumah Jiran Kuarters Guru Terbakar...

Assalammualaikum dan selamat malam....


Hi! Di bumi Mersing, EH tinggal di kuarters guru di Felda Tenggaroh Timur 1 bersama rakan sekerja sekolah EH. Musibah menimpa jiran sebelah rumah EH pada bulan lepas yang juga merupakan staff di sekolah EH apabila rumahnya terbakar.



 Terkejut apabila mendapat berita daripada kumpulan what's up sekolah yang menyatakan rumah Abang Zam terbakar pada hari jumaat lebih kurang jam 1 pagi ekoran litar pintas. Kebetulan EH dan housemate sudah balik ke kampung pada minggu tersebut.




Kuarters kami merupakan sebuah rumah papan yang mempunyai dua pintu. Sebuah rumah  dihuni oleh dua keluarga. Abang Zam dan Cikgu dari SMK Tenggaroh A yang sudah pulang bercuti di kampungnya tidak dapat menyelamatkan segala pekakas di rumah mereka.



Gambar terkini rumah Abang Zam daripada jendela bilik EH yang diambil pada awal bulan ini.



Apa yang dirisaukan EH seandainya api marak dan merebak ke rumah EH adalah segala dokumen, sijil-sijil serta transkrip peperiksaan yang ditinggalkan di sana. Mujur tiada apa-apa yang berlaku di rumah EH. Syukur! Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Ekspresi Interaksi...




EH : Rasa simpati & takziah





Bilik Guru SMK Tan Sri Abdul Kadir (STAR), Mersing...

Assalammualaikum dan selamat petang....


 Rasa terkejut kali pertama melihat bilik guru sekolah EH posting ni sebab ada pembahagi setiap tempat guru beristirehat. Tempat baharu dan suasana pun baharu juga. Heheeee...



Hi! Sekadar berkongsi entri mengenai sekolah EH posting di bumi Mersing. Sebelum ni EH tak pernah jumpa bilik guru seperti ini. Mungkin ada kebaikan yang EH akan ketahui setelah lama berada di STAR nanti. Ok semua, sekian dan sayonara!



Inilah kamar dan meja EH di STAR. Setiap kamar boleh memuatkan dua orang guru di dalamnya. Kekadang berborak dengan cikgu di kamar sebelah dengan dipisahkan papan lapis itu sahaja. Seronok!




Segmen Bimbingan dan Kaunseling...



EH : Bagaimana persekitaran tempat rehat anda?

Wednesday, December 17, 2014

Rabu Tanpa Bicara : Hidup Ini Indah