Monday, November 5, 2012

Zikir Terapi Diri, Hafiz Hamidun...

Berzikir, memuji kebesaran Allah Taala...



Salam dan holahai...
Walaupun pada ketika ini cuaca tidak menentu dan rata - rata di kebanyakkan tempat hujan, namun itulah nikmat yang diberikan oleh Tuhan untuk iklim khatulististiwa seperti di Malaysia ini. Semoga sentiasa dalam lembayung rahmat-Nya. Petang ni EH nak update segmen Terapi Entertaiment.



Rajin mencoretkan segmen ni...



Sebelum EH balik ke Tg. Malim ni, sempat la EH menonton cerekarama kat TV3 yang bertajuk "Tiada Jalan Ke Sana". Antara pelakon-pelakon cerita ini seperti Zila Bakarin, Roy Azman, Syera Ayop dan Ashmen Iskandar yang mengisahkan tentang ibu bapa yang sibuk mengejar harta kebendaan dan tidak melakukan persediaan yang secukupnya untuk menjadi Tetamu Allah. Apa yang menariknya, EH tertarik dengan lagu latar yang dimainkan dalam cerekarama ini. Mari kita layan alunan lagu tersebut. Lagu apakah?


 
Lagu latar cerekarama tersebut. Astagfirullah oleh Hafiz Hamidun.. 




 
Yang ini pun sedap untuk didengari, Lailaha Illallah...


Dalam sibuk dan pening - pening kepala nak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, tak salah kita tenangkan diri dengan zikir terapi ni. Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Maha Pencipta. Nak undur diri dulu waktu hujan yang sejuk ni. Ok semua & sayonara!



EH : Semua orang inginkan ketenangan diri... 





Seronok Dengar Celoteh Abby Fana!

Abby Fana kreatif berceloteh dalam segmren SEMBANG SINAR...



Salam dan holahai!
Sekarang dah ada kat bumi Tanjung Malim setelah hampir dua minggu bercuti hari raya haji. Biasalah kalau kepala tension2, EH suka dengar radio secara online. Kalau pagi line internet OK sangat kat kolej ni. So, buat la apa yang patut sambil dengar radio. Kalau pagi semestinya dengar radio SINAR FM. 



 Sinar Fm, EH follow!


Dengar sinar pagi gelagat KE, SY, Khairil Rashid & Mak Neng. Sungguh kelakar dan tergelak dengan reaksi penyampai - penyampai ni. Cubalah dengar kalau tak percaya!  



 Antara penyampai yang menceriakan SINAR PAGI...



Tepat jam 10 pagi seronok dan tersengeh seorang diri dengar celoteh Kak Bed a.k.a Abby Fana atau nama sebenarnya Habsah Bt Omar. Paling EH suka bila Kak Bed bagi soalan ceceput gangsa yang kadang-kadang kita boleh berfikir di luar kotak pemikiran kita. Kalau ada masa EH akan like dan komen soalan tersebut dalam muka buka SINAR fm. Setakat ni dah dua kali Kak Bed baca komen dan mention nama fb EH. Seronok giler rasa! Sebab tu EH suka dengar celoteh Kak Bedah ni...Heheeee




Abby Fana dahulu pernah menjadi penyampai radio THR..



EH : Dengar radio dapat menceriakan kehidupan...


SPM & STPM 2012 : Ucapan Khas!