Monday, June 23, 2014

Ke SMK Permas Jaya 3, Karnival Peralihan 2014

Assalammualaikum dan selamat malam...


 Di Dewan Al-Falah inilah dijalankan Pertandingna Bercerita Bahasa Melayu serta Majlis Perasmian dan Penutupan Program. Nampak tak gelagat pelajar peralihan bercerita di atas pentas? Yang penting berani mencuba dan bercakap dikhalayak ramai...Tahniah!



Hi! Pagi tadi EH dan Cikgu Ain pergi ke SMK Permas Jaya 3, menghantar 3 orang wakil pelajar Peralihan mengikuti Pertandingan Bercerita dan Mengeja Bahasa Melayu dan Mengeja Bahasa Inggeris peringkat PPD Pasir Gudang. Besar juga sekolah tu...


Buku program majlis tersebut. SMK Taman Desa Tebrau diberi kepercayaan oleh AJK pengelola untuk menjadi pengerusi majlis perasmian dan penutupan program yang dirasmikan oleh Penolong Pegawai BI (Men), PPD Pasir Gudang iaitu Encik Baharudin Bin Ishak.



Rezeki tidak berpihak kepada sekolah EH. Tahniah kepada pelajar yang berjaya dan cuba lagi kepada pelajar yang tidak berjaya. Belajarlah sesuatu daripada kehidupan ini. Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Bimbingan dan Kaunseling...



EH : Jadi pengerusi majlis?


Wednesday, June 18, 2014

Rabu Tanpa Bicara : Belajarlah Daripada Pengalaman...


Saturday, June 14, 2014

Ujian Psikometrik Kaunseling...

Assalammualaikum dan selamat petang...


Contoh laporan ujian psikometrik kaunseling di SMK Batu Sepuluh Lekir semasa EH internship kaunseling di sana pada tahun 2012. Bagaimana laporan ujian psikometrik kaunseling di sekolah anda?


Ujian psikometrik kaunseling juga dipanggil inventori kaunseling yang dapat mengenalpasti beberapa tret dalam diri seseorang individu agar tret tersebut menjadi panduan untuk individu itu berjaya. Sebagai contoh, Inventori Personaliti Warna (IPW) mengelaskan keistimewaan manusia kepada empat warna iaitu warna emas, hijau, biru dan jingga. Pernah buat ujian IPW tak? Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Bimbingan dan Kaunseling...



EH : Esok dah mula naik sekolah semula...