Wednesday, July 31, 2013

Rabu Tanpa Bicara : Salam Nurramadhan!


Monday, July 29, 2013

Selamat Menyambut Malam Lailatur Qadar...

Assalammualaikum dan selamat pagi...

Hari ini sudah masuk Ramadhan yang kedua puluh hari. Sepuluh malam terakhir ni dijanjikan malam Lailatur Qadar. Ada yang mengatakan malam tersebut berlaku pada malam yang ganjil.

 Salam malam Lailatur Qadar! Bulan puasa mengajar kita menginsafi diri dengan memperbanyakkan amal ibadah kepada-Nya...


Jika di kawasan perkampungan sudah tentu indah dihiasi dengan lampu liko mengelilingi kawasan halaman. Semuanya kerana ingin menyambut malam tujuh liko. Tempat siapa yang paling banyak diterangi lampu liko ek? Ok semua, sekian dan sayonara!


 Segmen Releksasi Minda...


EH : Lampu liko atau lampu kelap-kelip?



Sunday, July 28, 2013

Sambut Ramadhan Di Bumi Tanjung Malim...

Assalammualaikum dan selamat petang...


Setiap orang pasti ada memori  tersendiri di bulan Ramadhan yang mulia ini. Kisah EH berlaku di bumi Tanjung Malim semasa semester 2. Apakah kisahnya?


 Cerita yang berlaku di Kolej Za'ba...


Bila berjauhan dengan keluarga, waktu sahur dan berbuka kena uruskan sendiri. EH dan housemate memasak untuk sahur secara bergilir menggunakan multi cooker walaupun peraturan kolej tak benarkan pelajar memasak di kolej kediaman. Pernah EH memasak sambal tumis yang kelihatan tak seperti sambal tumis. Risau dan gelabah akhirnya Nekman tolong modified sambal tumis tu. Sampai sekarang tak boleh lupa peristiwa tu. Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Releksasi Minda...


EH : Kena ambil kursus masakan...