Wednesday, December 24, 2014

Program Pasca PT3 STAR 2014 : Projek Inovasi Tong Sampah

Assalammualaikum dan selamat petang...



Setelah membuat lakaran dan ukuran tong sampah, para pelajar menggergaji papan lapis untuk menghasilkan inovasi produk mereka.



Hi! Tahniah kepada semua para pelajar tingkatan 3 seluruh Malaysia yang telah mendapat keputusan PT3 mereka pada hari isnin yang lalu. EH ingin berkongsi Program Pasca PT3 di sekolah EH iaitu Projek Inovasi Tong Sampah yang berlangsung pada bulan sepuluh sejurus tamat peperiksaan PT3 yang lepas.



Sebelum bermulanya tugasan, semua pelajar diberi penerangan oleh beberapa orang guru untuk menghasilkan sebuah tong sampah yang berguna untuk sekolah EH. 





Semangat kerjasama dalam pasukan ditonjolkan oleh semua pelajar bagi mencuri hati panel hakim sekaligus dinobatkan johan untuk projek tersebut. Pembelajaran sepanjang hayat. Heheeeee



Biasalah, pada permulaannya para pelajar agak kekok dengan peralatan menukang tetapi setelah projek inovasi tong sampah mereka siap itulah harga yang dibayar setelah penat lelah berusaha bersama. Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Bimbingan dan Kaunseling



EH : Kelompok jelekit...

Friday, December 19, 2014

Bengkel Pemimpin Muda Sukan (PMS)...

Assalammualaikum dan selamat pagi....



Apabila para pelajar groufies dalam kereta yang dipandu EH. Kelebihan teknologi pada hari ini. Setuju?



Hi! Bulan lepas genap sebulan EH posting di STAR dan Guru PK Ko-kurikulum meminta untuk menghantar wakil pelajar menghadiri Bengkel Pemimpin Muda Sukan (PMS) di PPD Mersing. EH dan Cikgu Zuhaili menghantar pelajar ke sana dengan perjalanan hampir 40 minit dari sekolah EH berserta laluan yang bengkang-bengkok. 



Semua sekolah menengah di daerah Mersing menghantar 8 orang wakil pelajar menghadiri bengkel mengendalikan aktiviti sukan di sekolah pada tahun 2015.




Turut dijalankan aktiviti simulasi menjalankan aktiviti indoor bagi pelajar yang tamat Peperiksaan PT3 dan peperiksaan akhir tahun di sekolah. Mereka umpama satu keluarga yang utuh!



Bengkel ini memberi gambaran bahawa pelajar akan membantu para guru di sekolah mengendalikan aktiviti sukan di sekolah. Guru hanya memantau dan memberi tunjuk ajar kepada mereka sahaja. Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Bimbingan dan Kaunseling...




EH : Jalan Mersing & lori...

Thursday, December 18, 2014

Dadali - Ku Tak Pantas Di Syurga

Assalammualaikum dan selamat malam...


Jika tidak ada kerja yang hendak dilakukan di kuarters guru, EH suka mendengar muzik. Memuat turun lagu kemudian mendengarnya untuk mengurangkan rasa bosan. Heheeee



Hi! Seperti di UPSI tabiat EH berulang kembali apabila tinggal di kuarters guru di Felda Tenggaroh iaitu mendengar muzik. Antara lagu yang EH dengar adalah lagu daripada Kumpulan Dadali. Mari kita layan lagu Ku Tak Pantas Di Syurga. Ayuh! Ok semua, sekian dan sayonara!




Mendengar muzik sambil merefleksi diri ini...




Segmen Terapi Entertaiment...




EH : Genre muzik apa pilihan anda?