Sunday, May 19, 2013

Lagu Sempena Hari Guru..

Assalammualaikum dan selamat pagi...

Tarikh keramat 16 Mei setiap tahun bagi meraikan warga pendidik..


Syukur, EH dapat meraikan Hari Guru tahun ni lagi walaupun bukan di SMK Batu Sepuluh Lekir, Sitiawan. Walaupun hujan pada hari tersebut, guru-guru tetap diraikan dengan sungguh meriah. Jom kita dengar lagu-lagu yang dimainkan bagi warga pendidik. Ayuh!


 
 Tenang mendengarkan lagu The Teacher daripada Sami Yusuf artis negara Timur Tengah. Cikgu pembimbing masa praktikal pun suka lagu ni..


 
 Semua guru pasti tersenyum mendengar lagu rock daripada Kumpualn Khalifah, Cikgu Ayu. Siapakah gerangan Cikgu Ayu ni ek?



 Lagu yang dinyanyikan EH serta guru-guru yang lain pada tahun lepas dan juga pada tahun ini. Lagu, "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara." Meriah dinyayikan beramai-ramai!



 Lagu keramat setiap tahun yang sinonim dengan sambutan Hari Guru , "Kami Guru Malaysia".


Ada lagi lagu lain yang pernah anda dengar semasa meraikan hari guru? Apa pun lagu yang anda dengar, semuanya membawa mesej menghargai pengorbanan dan jasa warga pendidik. Ok semua, sekian dan sayonara!


 Segmen di pagi ahad yang indah ini...


EH : Selamat hari guru juga buat pensyarah EH!


Sunday, May 12, 2013

Khas Kek Sayang Bonda!

Assalammualaikum dan selamat malam...

EH setuju bahawa setiap hari merupakan hari ibu. Selain ada menu nasi ayam, ada juga sesuatu yang istimewa untuk dinikmati bersama. Apa ye? 

 Kek Sayang Bonda khas untuk emak EH, Pn. Sanah Bt Ali. "Selamat Hari Ibu!".

Semoga manisnya Kek Chocolate Indulgence ini dapat memberi kemanisan juga dalam hidup emak EH menempuhi hari-hari mendatang. Terasa kaya dengan coklatnya bila memasukkan kek ini ke dalam tekak dan bertambah sayang kepada bonda tercinta. Heheeee. Ok semua, sekian dan sayonara!

 Sebelum mengemas beg untuk ke sekolah esok, inilah segmen Releksasi Minda...


EH : Kenyang dengan menu hari ini. Syukur! 

Lagu Untukmu Ibu...

Assalammualaikum dan selamat petang...

Sayang ibu saya!

Semestinya anda akan menunjukkan rasa cinta dan kasih kepada orang yang disayangi termasuklah ibu anda. Bagi meraikan hari yang indah ini, mari kita lihat lagu untukmu ibu. Lagu apakah pilihan EH? Jom kita layan!

Lagu yang menyentuh emosi pendengar. Terimalah Mamat Exist dengan lagunya Untukmu Ibu...


Lagu kesukaan EH semasa di tingkatan 2. Lagu ibu oleh Shahila @ Shila Tekno @ sekarang dikenali dengan Shila Hamzah..


Mempelajari bahasa Arab dengan mendengar lagu Ummi daripada Hadad Alwi dan Sulis. Lirik lagu yang indah lagi sungguh bermakna.


Lagu yang kerap dimainkan ketika mengadakan program-program di sekolah bersama pelajar. Mari hayati lagu ini, Buatmu Ibu oleh artis nasyid Aeman.


Besar sungguh pengorbanan ibu. Tanpa ibu siapalah kita ketika ini. Hargailah mereka agar mereka tersenyum melihat kejayaan anak-anaknya. Ok semua, sekian dan sayonara!


 Segmen Terapi Entertaiment di petang minggu ini...



EH : Suka sangat masakan ibu...