Sunday, April 14, 2013

Penangan Lagu Sayang Oleh Shae...

Assalammualaikum dan selamat pagi...

Kemana EH pergi mesti dengar lagu Sayang oleh Shae walaupun EH dah tamat pengajian di UPSI. Kalau buat kerja pengurusan dan pentadbiran di pejabat sekolah untuk Program E-Kehadiran pun tetap dengar lagu ni waktu pagi. Dalam kereta masih dengar lagu ni diputarkan dicorong radio.

 
Kawan-kawan satu rumah masa EH sem akhir pun minat lagu ni. Tak pelik kan?

Mungkinkah lagu Shae ini telah diasimilasikan di telinga pendengar rakyat Malaysia? Mungkin juga penangan video parody pelawak Johan semasa ABP 2012 dan Bobobo Melaka artis youtube tu? Mari sama-sama kita layan lagu Sayang ini. Ayuh!

 Lagu Sayang yang kerap kedengaran ketika ini nyanyian artis dari Indonesia iaitu Shae...

Apa pendapat anda tentang lagu ni? Pada EH, lagu ni sangat santai. Irama, lirik dan alunan muziknya mudah diterima pendengar. Ok semua, sekian dan sayonara! 


 Dunia muzik dalam segmen Terapi Entertaiment...



EH : Ada lagi lagu yang bertemakan ayat sayang? 

 

Wednesday, April 10, 2013

Rabu Tanpa Bicara : Senyap!


Sunday, April 7, 2013

Hadiah Semasa Berpraktikum!

Assalammualaikum dan selamat pagi...

Kemas bilik dan baharu sahaja buka hadiah yang EH dapat semasa berpraktikum tahun lepas. Hadiah apa ek?


Antara hadiah semasa berpraktikum. Disebabkan berpraktikum masa Hari Guru, ada juga pelajar & para guru SMKBS yang bagi hadiah. Terima kasih!

Set cawan untuk lebaran nanti. Hadiah ni dapat sebelum EH berucap ketika majlis perpisahan di kantin sekolah...

Hadiah yang EH takkan lupakan sampai bila-bila. Hadiah daripada Cikgu Shamsul Hisham, guru pembimbing semasa berinternship kaunseling. Sifu dalam dunia kaunseling. Heheeee

Pastinya semua orang akan rasa gembira bila dihargai walaupun tidak diminta begitu. Macam Teori Heararki Maslow. Suka bila Cikgu Pembimbing pun suka dengan hadiah yang EH dan partner EH bagi kat UBK SMKBS. Ok semua, sekian dan sayonara!


EH : Rasa sayang nak buka hadiah masa praktikum...