Tuesday, October 9, 2012
Monday, October 8, 2012
Lagu Peneman Membuat Tesis
Segmen malam ni..
Salam dan holahai!
Bila semester akhir ni banyak pulak kerja yang nak kena buat. Tesis semestinya sebab salah satu syarat nak bergraduat. Masa mula-mula jumpa pensyarah penyelia, En. Che Anuar Bin Che Abdullah dulu tajuk yang disuruh buat adalah Hubungan Stres Ibu bapa Yang Memiliki Anak Istimewa.
Lepas tu En. Anuar murnikan balik tajuk menjadi Hubungan Stres Dalam Kalangan Ibu Bapa Yang Memiliki Anak Istimewa. Tadi, semasa viva proposal tahun akhir kat makmal kaunseling Dr. J meminta untuk mengubah sedikit tajuk kajian ini agar dapat mengenalpasti korelasi yang hendak dikaji. Apa-apa pun EH akan berbincang dengan pensyarah penyelia dalam masa terdekat ni.
Sebelum tu, ni la lagu yang EH layan supaya datang aura dan idea masa membuat tesis. Ingat tesis pasti ingat lagu ni. Inilah lagu yang kerap EH dengar ketika ini...
Lagu Law Kana Bainana nyanyian Al-Habib...
EH : Muzik terapi ketika sunyi...
Viva Projek Tahun Akhir..
Salam dan holahai...
Syukur Alhamdulillah, hari ni EH telah membentangkan proposal projek tahun akhir EH. Tension jugak sebab asyik menghadap tesis je. Tapi apakan daya nak habiskan pengajian, semua tu harus dilalui dengan penuh kesabaran. Berbalik pada viva siang hari tadi, EH telah dinilai oleh penyelaras projek tahun akhir Jabatan Psikologi dan Kaunseling iaitu Dr. Ahmad Jazimin Bin Jusoh. Bergetar juga masa nak bentang proposal lebih-lebih lagi EH kena giliran no dua. Apa yang boleh EH kongsikan pengalaman viva bersama Dr. J jauh lebih mencabar berbanding praktikum kaunseling masa tu. Bayangkan idea boleh hilang walaupun pensyarah penyelia dah bagi tips untuk viva ni. Dahsyat, dahsyat...

Ini adalah saat yang paling EH tak dapat lupakan. Macam dalam program Malaysian Idol la pulak. Hehee. Apakah dia? Lihat ganbar di bawah ni...
Ulasan pensyarah penilai : perbaiki dan boleh ke lapangan kajian. Syukur, setelah dinilai oleh Dr. J, EH dapat meneruskan tesis untuk kumpul data bagi bab 4 & 5...
EH : Susah pasti akan ada senangnya...
Subscribe to:
Posts (Atom)