Tuesday, July 10, 2012

UPSR, PMR & SPM Semakin Dekat!




Salam dan holahai!
UPSR, PMR & SPM semakin dekat. Jangan takut dan gusar! Hari ni dalam segmen Releksasi Minda, EH akan berkongsi beberapa tips kepada pelajar2 yg akan menghadapi peperiksaan besar. Jom ikuti segmen ini..





Topik yg EH ingin kongsi pada pelajar2 semua adalah 4 Tips Cara Belajar Yg Berkesan. Semoga tips ini memberi manfaat kepada calon UPSR, PMR, SPM dan semua yg bergelar pelajar..Heheee  





Tidak mensia-siakan masa biar pun seminit
Seorang pelajar yg cemerlang menggunakan masa yg terluang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.



 

Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku ke mana sahaja. Sikap ini bukan bermaksud pelajar mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan pelajar menyemai budaya
belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.




Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan pelajar mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.





Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan pelajar merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.


Ini saje catatan pada hari ni. Semoga calon UPSR, PMR & SPM dapat input yg berguna dalam segmen B&K. Diharap jg supaya pelajar2 semua dapat menjawab peperiksaan dengan tenangnya. Nantikan tips yang seterusnya dan Sayonara!


EH : Usaha InsyaAllah pasti berjaya... 


*bersambung



Seribu Bintang Oleh Alleycats

Gambar2 yg digunakan dalam menyiapkan movie maker ini.


Salam dan holahai...
Hari ni EH akan memaparkan movie maker yang EH siapkan dalam assignment Pengurusan dan Konsultasi Kaunseling Sekolah (KKP3053).


 
 Video ini sudah diupload dalam youtube. Cubalah tengok..


Selama ini EH tak tau langsung pasal nak buat movie maker tapi disebabkan tugasan yg lecturer bagi, kenala belajar dan cuba buat sendiri.


 Gambar intro video Seribu Bintang, Alleycats.


Berkat tanya- menanya, EH menggunakan software CyberLink PowerDirector Trial Version. Lecturer EH kata kesan guna software ni nampak hasilnya lagi menarik.


EH menyelitkan unsur2 motivasi dalam pembikinan video ini..



Satu jam jugak EH berjumpa dengan pensyarah ingat lagi masa hari jumaat lepas sembahyang jumaat semata-mata nak dapatkan persetujuaan lecturer lagu yg EH nak gunakan dalam movie maker ini.




Lecturer EH inginkan video yg lain dari lain..


Berkat assigment ni, EH sering menggunakan software ni semasa membuat video untuk program kaunseling yang EH laksanakan. Seronok rasanya sebab mudah dan senang.


 Segmen pagi ini..


Inilah segmen Bimbingan & Kaunseling yg EH ingin coretkan. Sebagai kenangan, EH upload video yg EH buat kat youtube. Nantikan cerita seterusnya dalam blog EH dan Sayonara!



EH : Syukur, berbaloi menyiapkan video ni..







Saturday, July 7, 2012

Berprogram Di SMK Dato' Zulkifli Muhammad


Slot Tali Kasih Sayang




Salam dan holahai!
Inilah segmen Bimbingan dan Kaunseling, BnK yang ingin EH coretkan pada hari ini...





Untuk menyempurnakan tugasan KKP 3053 subjek Pengurusan dan Konsultasi Kaunseling Sekolah, EH dan rakan EH seramai enam orang diminta untuk melakukan program di sekolah. Kumpulan EH telah berprogram di SMK Dato' Zulkifli Muhammad, Slim River, Perak..



Program Kepimpinan



Pada permulaannya, Kumpulan EH ingin membuat program di Sekolah Teknik Slim River. Akan tetapi, hasrat tersebut terpaksa dibatalkan atas alasan tertentu.




 Gerak kerja di Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI.


Gigih kumpulan EH bertungkus lumus mencari sekolah yang berdekatan dengan UPSI. Akhirnya secara ad - hoc  SMK Dato' Zulkifli Muhammad bersetuju dengan paper work yang dikemukakan oleh kumpulan EH.



 Bergambar sebelum bermulanya program pada pagi esok..



Sekolah SMKDZ memberi syarat bahawa kumpulan EH harus melaksanakan program kepimpinan pada minggu tersebut. Bayangkan hari selasa Sek Teknik Slim River menolak program kami, hari khamis pula SMKDZ bersetuju dengan program kami dan program tersebut akan dijalankan pada hari sabtunya pula.



Bergambar di hadapan pintu masuk pejabat sekolah untuk berjumpa dengan Tuan Pengetua



Tersangat mencabar apabila kumpulan EH bersetuju dengan permintaan pihak sekolah. Lambat atau cepat, tugasan ini tetap kena dilaksanakan.



 Beramah mesra dengan kaunselor sekolah di bilik kaunseling.



Walaupun keadaan tegang dengan beberapa konflik yang dihadapi, namun sikap bertolak ansur masih ada pada kumpulan EH. Susah senang dirasai bersama.



 Pendaftaran Peserta program.



EH ditugaskan sebagai fasi dalam slot ice-breaking. Sukar juga pada permulaannya ingin membina repo para peserta. Semua bangsa ada dalam Program Jejak Gemilang ini.




Kenangan terindah di SMKDZ




Walaupun masa singkat bagi persediaan melakukan program ini, namun ia berjalan dengan lancar. Syukur Alhamdulillah. Banyak sangat kenangan, pengalaman dan ilmu yang EH dapat dari program ini. Alrite & sayonara semua..



EH : Berprogram harus, perlu & kena kuat emosi, kognitif dan tingkah laku...