Saturday, October 19, 2013

Hadiah Istimewa Hari Konvokesyen Saya!

Assalammualaikum dan selamat pagi...



 Berdiri di tengah yang berbaju kemeja kelabu itulah dia Prof. Madya Dr Ahmad Jazimin Bin Jusoh. Kenangan semasa kelas terakhir subjek Seminar Refleksi Latihan Mengajar di Makmal Kaunseling pada semester 8. Terbaikkkk!


Khayal semasa berada di Dewan Besar UPSI ketika hari konvokesyen, EH tidak sedar menerima hadiah istimewa. Ketika selesai majlis tersebut baharulah EH menyedarinya. Apakah hadiah istimewa tersebut ek?


Menerima ucapan "Tahniah" daripada pensyarah kaunseling EH iaitu Prof. Madya Dr Ahmad Jazimin. EH biasa memanggil beliau Dr J. Lihat tarikh dan masa SMS tersebut dihantar iaitu pada sidang EH bergraduasi, 12 September 2013 sesi pagi...




Sebenarnya EH baharu tahu bulan ni semasa membaca keratan surat khabar Harian Metro bahawa Dr J menerima gelaran Prof. Madya. Email yang dibalas oleh Dr. J ketika EH menghantar ucapan tahniah atas gelaran yang beliau perolehi. Syabas Dr J!


EH takkan lupa dan padam SMS tahniah Dr. J yang dihantar kepada EH semasa hari konvokesyen walaupun ketika itu, Dr. J duduk di atas pentas bersama ahli akedemik yang lain. Itulah hadiah yang sungguh istimewa! Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Bimbingan dan Kaunseling...



EH : Choice Theory Reality Therapy (CTRT)




















Thursday, October 17, 2013

Mencari Kawasan Tanjung Langsat Di Pasir Gudang...

Assalammualaikum dan selamat hari khamis...



Mujur tak salah jalan. Pada permulaannya disangkakan Tg. Langsat di Nusajaya tetapi setelah google memang benar Tg. Langsat di Pasir Gudang...Heheeeee


Betul kata mak EH, Tg. Langsat terletak di penghujung kawasan Pasir Gudang. Lebih kurang 50 minit dari rumah EH kalau nak sampai ke sana. Anda harus melepasi kawasan Pelabuhan MSE dan Pelabuhan Johor jika dari JB.


Boleh menggunakan jalan Pasir Gudang atau Highway Desaru. Boleh juga berpandukan papan tanda jalan. Tg. Langsat jalan terus lagi. Nampak tak papan tanda tersebut?


Parkir kereta di Jalan Nibomg 2. Macam nama jalan di Taman Daya pula...


Di Pelabuhan Tg. Langsat ni banyak kawasan perindustrian dibina.



Sepanjang perjalanan ke Tg. Langsat ni, sedikit sebanyak dapatlah EH mengetahui kawasan sekolah yang EH tidak ketahui di PPD Pasir Gudang seperti Kg Pasir Putih, Tg. Resort dan Tg. Langsat. Pada EH, agak mencabar kalau EH ditempatkan di sekolah seperti yang dinyatakan tadi. Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Ekspresi Interaksi...



EH : Mencari sekolah di kawasan Tg. Langsat...


ABC Kg Melayu Memang Terbaik!

Assalammualaikum dan selamat petang...


Cuaca panas sebegini sedapnya menikmati ABC Kg Melayu. Mujur hari ni bukan hari minggu. Kalau tidak, panjang beratur kalau nak membeli ABC ini. Anda pernah cuba ABC Kg Melayu tak?


Kebetulan tadi pergi ke Pejabat Pos Kg Melayu, singgah sekejap beli ABC ni. Bila dah masuk mulut Fuhhh! Memang Terbaik!


ABC ni berharga RM3.00. Ada kekacang, buah kabung, buah ceri, ais krim dan banyak lagi. Cuba lihat gambar di atas, cuaca panas pasti anda terliur....Heheeee. Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Ekspresi Interaksi...


EH : ABC Kg Melayu memang popular di JB!

Tuesday, October 15, 2013

Menu Hari Raya Haji Tahun Ni...

Assalammualaikum dan selamat malam...



Menghidupkan bara api. Menguji kesabaran dan ketekunan...


Tahun ni, emak EH tidak merebus ketupat atau nasi empit. Tetapi kami semua bersetuju untuk menempah menu satay daging dan otak-otak Kempas sebagai santapan di Hari Raya Aidil Adha tadi.


Selepas menghidupkan bara api, bolehlah membakar otak-otak Kempas. Jangan leka ye!


Nampak tak? Otak-otak Kempas dan satay daging yang telah siap dibakar. Nyummy!


Pakej! Menempah satay dan disediakan kuah kacangnya sekali. Tak perlu mengisar kacang tanah di dapur. Jimat kudrat...Heheeee


Nasi empit dan timun yang dibeli di Pasar S'mart, Pandan. Ada juga air kopi O hangat. Masa untuk makan. Jom makan!


Pencuci mulut, agar-agar gula merah. Segarkan badan dan maniskan mulut...


Islam menggalakkan umatnya bersederhana dalam apa jua keadaan. Bersesuaian dengan tema menu siang tadi iaitu bersederhana dengan nikmat-Nya. Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Releksasi Minda...



EH : Pedih mata bakar satay dan otak-otak....

Monday, October 14, 2013

Salam Aidil Adha 1434H!

Assalammualaikum dan selamat petang...


Semua umat Islam mempunyai impian untuk menjejakkan kaki ke Makkah bagi menunaikan ibadah haji. Betul tak? Bagi menyambut hari raya 10 Zulhijjah, EH ingin mengucapkan  "Salam Aidil Adha 1434 H!" kepada semua muslimin dan muslimat....




Ucapan khas untuk hari raya korban ni. Nampak tak pesanan si lembu tu?


Kalau Nabi Ismail A.S sanggup berkorban untuk disembelih oleh ayah baginda iaitu Nabi Ibrahim A.S pada hari raya korban sebagai mentaati perintah Allah, bagaimana pula erti pengorbanan EH dan anda semua? Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Releksasi Minda...


EH : Meraikan 10, 11, 12 & 13 Zulhijjah....

Persiapan Hari Raya Haji Di Pagi Hari...

Assalammualaikum dan selamat petang....

Hi! Pagi-pagi lagi dah pergi ke Kempas untuk mengambil juadah satay dan otak-otak yang ditempah pada minggu lepas untuk juadah hari raya esok. Itulah perancangan awal juadah di rumah EH!


Sampai di sana, kedai tersebut tutup. Mungkin semua staff telah pulang ke kampung untuk meraikan hari raya korban. Bagaimana menu untuk hari esok ek?


Bila abang EH menelefon kawannya yang mengambil tempahan itu tidak diangkat. Selepas menghantar SMS baharulah kawannya itu memberi respons. Dapatlah membakar satay dan otak-otak untuk hari raya haji esok. Ok semua, sekian dan sayonara!



 Segmen Ekspresi Interaksi...



EH : Menacari arang untuk bara api....

Kupon Ibadah Korban 1434H!

Assalammualaikum dan selamat hari isnin...

Selesai solat Maghrib nanti, akan bergemalah takbir Hari Raya Aidil Adha yang memuji keagungan dan kebesaran-Nya. Mesti sayu kedengaran!



Di tempat EH, saban tahun kupon untuk mengambil daging hari raya haji diberikan kepada penduduk setempat. Syukur Alhamdulillah!


Mungkin sesetengah tempat ada cara pengurusan yang tersendiri untuk mengagihkan daging korban kepada umat Islam. Yang penting erti pengorbanan perlu dihayati dalam sanubari kita. Apa erti  pengorbanan bagi diri anda ek? Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Releksasi Minda...



EH : Tempat anda guna kupon korban?

Sunday, October 13, 2013

Kenapa Ke Pulai Indah?

Assalammualaikum dan selamat petang...

Tengah hari semalam EH pergi ke Pulai Indah menemankan abang EH ke rumahnya. Buat apa di sana ek?



Di kawasan taman perumahan Pulai Indah, Johor. Adakah Cassinia sejenis nama bunga?



Pergi menghantar tangga serba guna untuk kegunaan di sana. Tangga penting untuk memanjat ke tempat yang tidak dicapai oleh ketinggian manusia seperti memasang langsir dan membetulkan lampu elektrik. Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Ekspresi Interaksi...


EH : Peniaga membakar lemang Aidil Adha....






Saturday, October 12, 2013

Gambar Pentas Konvokesyen Saya

Assalammualaikum dan selamat hari sabtu...

Macam-macam ekspresi mimik wajah semasa mengambil scroll ijazah di pentas semasa hari konvokesyen yang difikirkan oleh EH. Tetapi semua persepsi tersebut dapat ditepis setelah melihat hasil gambar oleh pihak jurugambar konvokesyen UPSI iaitu Catalia Creative. Inilah hasilnya...


Gambar di pentas semasa mengambil scroll ISMP EH bersama Pro Canselor UPSI pada 12/9/2013. Selamat EH memancarkan senyuman pada Pro Canselor dan lensa kamera. Heheeeeee



Sebenarnya EH tidak menghadiri sesi raptai konvokesyen UPSI ke-15 atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. EH bertanya pada rakan-rakan mengenai sesi konvokesyen tersebut. Setelah berikhtiar, EH tawakal semasa menerima scroll daripada Pro Canselor. Ok semua, sekian dan sayonara!



Segmen Bimbingan dan Kaunseling....



EH : D.U.I.T!






Thursday, October 10, 2013

Panik, Kupon Parkir Kereta JPO Hilang?

Assalammualaikum dan selamat hari khamis....


Nak balik bila sampai di pintu automatik keluar, kupon parkir kereta JPO salah diambil di mesin parkir. Bukan seperti pada gambar di atas. Abang security terpaksa meminta kereta di belakang mengundur kenderaan dan menggunakan laluan kedua. Anda pernah alami situasi sebegitu tak ek?


Panik, cemas dan menakutkan! Mungkin itulah yang EH rasakan bila kupon parkir kereta JPO hilang siang tadi. Akan tetapi, solusi perlu dicari untuk keluar bersama kereta yang dibawa masuk ke pusat membeli-belah.


 
 Teruja nak balik dan menerima panggilan daripada rakan yang mendapat tawaran menjadi guru bimbingan dan kaunseling di MRSM Batu Pahat, sampaikan tersalah ambil kupon parkir kereta ni yang keluar di mesin pembayaran automatik. Lain kali double check biar tak devian. Heheeeee



Rasa buntu sampaikan nak membayar RM50 denda kehilangan kupon parkir tersebut. Mujur abang security tak putus asa suruh mencari kupon di mesin pembayaran. Alhamdulillah akhirnya jumpa juga kupon itu. Ok semua, sekian dan sayonara!


 Kejadian di JPO siang tadi dalam segmen Releksasi Minda...



EH : Terima kasih abang security JPO!

 
 

Ke Johor Premium Outlets (JPO)

Assalammualaikum dan selamat malam...

Siang tadi pergi ke Johor Premium Outlets (JPO) kat Kulai Indah lalu highway dari rumah. Walaupun kawasan di parkir kereta agak panas kerana kekurangan tumbuhan hijau sebagai kawasan tadahan pancaran matahari tetapi ramai pengunjung yang datang. Anda pernah ke sana?


 Pemandangan pusat membeli-belah JPO dari kawasan parkir kereta. Jangan risau kerana disediakan bas awam untuk pengunjung. Kalau yang perlukan perkhidmatan Teksi Eksekutif pun ada....


Antara bahagian dalam kawasan JPO. Konsepnya seolah-olah membeli-belah di luar negara. Banyak butik yang  popular di sini. Datanglah!


Sepanjang anda berada di JPO, anda dihidangkan dengan sajian muzik jazz yang berentak sentimental. Mungkin strategi pihak pengurusan supaya pengunjung berasa tenang untuk mencari dan membeli barang keperluan mereka. Betul tak? Ok semua, sekian dan sayonara!
 
 Segmen Ekspresi Interaksi...



EH : Ada bangunan JPO yang dibangunkan lagi... 



Update Versi iOS7 pula...

Assalammualaikum dan selamat malam...

Hi! Handphone iphone dah boleh update versi iOS7. EH pun dah update versi tersebut. Tak percaya?


  Handphone EH sebelum update. Sesudah update seperti di bawah ni...



 Ada perubahab tak? Inilah paparan hadapan handphone EH...



EH rasa ikon paparan handphone EH lepas update lebih senang digunakan dan nampak lebih kemas. Bila charge bateri pun cepat penuh. Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Releksasi Minda...


EH : Dah update iOS7 ke?


Monday, October 7, 2013

Singgah Sebentar Di Pantai Tanjung Leman, Mersing...

Assalammualaikum dan selamat malam...


 Nampak tak apa yang tertulis tu? Tolong abaikan kerana papan tanda tersebut tidak berfungsi. Sememangnya ada tempat parkir percuma di Pantai Tanjung Leman.


Sebelum sampai di rumah Pak Ngah semalam, EH sekeluarga singgah sebentar ke Pantai Tanjung Leman, Mersing. Lebih kurang 25 minit dari Felda Tenggaroh 5 untuk sampai ke pantai tersebut. Anda pernah pergi ke sana?


 Sekadar bermain air, menghirup udara pantai dan bergambar seketika di Pantai Tanjung Leman. Ada juga pengunjung yang bermandi-manda. Berteduh di bawah pokok rendang....


Teringat kenangan semasa berpraktikum. Suka melihat keindahan air laut dan ombak. Ada kalanya menghabiskan masa di Teluk Batik, Lumut, Perak. Oh kenangan!


Bergambar bersama emak dan adik-beradik yang lain sebelum pergi ke rumah Pak Ngah.



Mujur cuaca semalam cerah. Bila sampai di Pantai Tanjung Leman pun kelihatan ramai pengunjung yang datang. Siap ada yang memasang khemah lagi di sana. Ok semua, sekian dan sayonara!



    Segmen Ekspresi Interaksi...


EH : Dekat dengan Pulau Sibu...
  

Pergi Ke Felda Tenggaroh 5, Mersing

Assalammualaikum dan selamat malam...

Siang semalam EH pergi ke rumah Pak Ngah di Felda Tenggaroh 5, Mersing. Niat hendak ke sana terbantut pada minggu lepas kerana hujan pada waktu pagi.


 Pergi ke sana menaiki kereta dan sampai di rumah Pak Ngah lebih kurang jam 12.20 tengah hari.


Pak Ngah baharu mendapat cucu sulung lelaki yang diberi nama Mohd Aiman Hakim Bin Norman. Tahniah untuk anak Pak Ngah iaitu Siti Nurhana Bte Yaakob yang sudah mendapat gelaran ibu. Ok semua, sekian dan sayonara!


Segmen Ekspresi Interaksi...



EH : Baby lena tidur... 
 

Thursday, October 3, 2013

Doa Orang Yang Dianiaya...

Assalammualaikum dan selamat hari jumaat... 

Bila waktu lapang EH suka baca twitter rakan-rakan follower EH. Antaranya twitter tersebut...

 

 Tertarik dengan intipati twitter ini. Sumber daripada @Doa Harian. Anda dah follow ke?


Jika anda dianiaya atau ditindas jangan lupa keluarkan senjata yang paling berharga dengan berdoa kepada-Nya. Orang yang dianiaya akan diterima doanya. Ok semua, sekian dan sayonara!


 Segmen Releksasi Minda...


EH : Kanan kiri pasti ada duri...




Jurugambar Konvo : Tahniah Graduan!

Assalammualaikum dan selamat petang...

 Tahniah Graduan! Ucapan khas daripada jurugambar konvokesyen UPSI iaitu Catalia Creative...


Hi! Sukanya gambar pentas konvokesyen EH sudah diposkan. Gambar di atas bukti gambar tersebut sudah berada di tangan EH. Macam mana hasilnya ek?


 Emak terus tengok gambar pentas konvokesyen EH...


Risau juga sebab kawan-kawan yang lain semua dah upload dan post kat FB gambar pentas mereka. EH pegang kata-kata jurugambar tersebut bahawa gambar diposkan paling lambat dalam masa sebulan selepas tarikh konvokesyen. Akhirnya sudah sampai benda yang ditunggu. Heheeee. Ok semua, sekian dan sayonara!


 Segmen Bimbingan dan Kaunseling...



EH : 4 keping gambar pentas konvokesyen...